BARANGKALI sememangnya telah diterima palai dalam masyarakat kita bahawa pangkat-pangkat tertentu diletakkan sebagai nama seseorang. Misalnya:-
Kaptan Abu
Inspektor Dolah
Penguasa Ali
Prebet Mat Zen
Kemudian jawatan-jawatan tertentu juga, misalnya:-
Ustaz Jusuh (ustazah pagi ustaz perempuan. Ini sahaja gelaran yang ada jantina)
Cikgu Zakaria (guru besar atau guru kecik, dipanggil cikgu juga hingga meninggal)
Dr.Ramasami (pembacuh ubat Chandran tidak digelar)
Ir. Wong (Pembantu Teknik Senik tidak digelar)
Sister Esah (walaupun penjawatnya lelaki, dipanggil sister juga)
Matron Che' Jah
Profesor John (dekan Mat Sepiah tidak digelar)
Tetapi tidak semua jawatan atau pangkat yang digelarkan. Misalnya Presiden Bush (orang kita tidak gelar Perdana Menteri Abdullah, macam Mat Salleh gelar Prime Minister Abdullah).
MUNGKIN sudah tiba masanya pangkat-pangkat lain juga turut digelar bersekali dengan nama penyandang agaknya:-
KP Sharif
KSU Bahadur
Hakim Mat Lela
Pengarah Che Kub
Pemandu Mat Saman
JADI, bila mereka bersara bolehlah simpan gelaran tersebut KP(B), KSU (B), Pemandu (B). PM (B), MB (B), AP(B).
ha ha ha ha.
2 comments:
Asm Tuan MBA
Sekadar berkongsio khabar, insyaAllah 25 jan , kami sekeluarga akan berangkat ke Jepun.. harap2 kita berjumpa di sana.
:D :D
Salam.
Post a Comment