Labels

Wednesday, October 11, 2006

URUSNIAGA MELALUI INTERNET

SEMALAM saya menerima dua bungkusan pos. Pertama dari Hong Kong, pembelian aksesori telefon dari ebay dan satu lagi dari N.Sembilan, pembelian buku dari Ujanailmu.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah mengenai pembelian melalui ebay. Saya membeli sebuah smartphone baru (terbaru) yang masih belum dijual aksesorinya di Malaysia. Lantas saya ke ebay dan menemui beberapa aksesori. Saya klik dan berjaya mendapatkannya dengan harga cuma UKP0.01 Ya dengan 1 pence saya berjaya mendapatkan 2 casing dan diberikan 1 car charger dan 1 holder. Jikan 1 UKP bersamaan dengan RM6, maka saya hanya berbelanja 60 sen untuk membeli aksesori tersebut. Dalam perkiraan saya, car charger yang dihadiahkan tersebut sudah bernilai sekitar RM60. Beruntung sangatkah saya? Tidak juga, sebab saya perlu berbelanja UKP4.95 lagi untuk bayaran pos. Rugikah penjual? Rasanya tidak juga, sebab penjual ini banyak lagi barang untuk dijual dan strategi pemasarannya memang bagus. Walau bagaimanapun setelah dikira dicongak tolak campur, keempat-empat barangan tersebut adalah terlalu murah saya perolehi. Untung!!!.



NAMUN saya juga pernah ditipu semasa membida dan membeli di ebay. Saya telah kehilangan charger bagi kamera digital Sony Cybershot P8. Lantas saya mengitainya di ebay dan bertemu dengan 2 Unit yang dibida dengan UKP0.01. Ya 1 unit charger dan 2 bateri dengan hanya UKP0.01. Setelah membuat bayaran termasuk UKP13 sebagai belanja pos, barang tidak kunjung tiba. Hantar dan berbalas mel dengan penjual dan akhirnya saya give-up. Komplen pada ebay. Akhirnya saya beritahu penjual "saya tidak akan miskin hanya dengan kehilangan UKP13 dan saya doakan anda akan kaya dan berjaya setelah mendapat UKP13 dari saya. Saya benar-benar berdoa supaya anda kaya dan cukup segalanya di dunia ini supaya cukup untuk saya menuntut semula wang saya itu di akhirat kelak". Memang saya betul-betul putus harap. Kemudian penjual minta maaf dan memulangkan semula wang saya.

Itulah kisahnya.

2 comments:

Atok said...

wah...hebat ayat tu!

penjual tu letak harga murah pasal tak nak bayar komisen byk to ebay. ini 'trick' biasa esp. penjual2 di HK. dia org recover the cost on packaging+postage pasal yg ni ebay tak kira yg ni.

so kalau nak jual satu benda dgn harga 10(whatever the currency), letaklah harga brg let's say 2 + 8 for postage. ebay akan minta komisen dia from harga jual. tu pasal selalu nampak dia org letak postage ni tinggi2.

ggitulah... nak kaya, kena pandai belit skit. ko guano?

bbuko nga ggapo today?

mba2u said...

atok,
oh begitu rupanya trick mereka berniaga. Sekarang barulah faham.

ari ni berbuka dgn kurma saja, sebab lambat sampai ke destinasi disebbakan kesesakan lalulintas yg teramat sangat.

(mmg simpan kurma & air dalam kereta).