Labels

Monday, April 10, 2006

SERBA SALAH

Saya "serba salah" dibuatnya.

Ungkapan ini mungkin membawa maksud sesuatu yang kurang selesa. Hendak dibuat ditakuti salah, tidak dibuat juga ditajuti salah. Perasaan 'serba salah' ini berlaku apabila terdapatnya pilihan untuk melaksanakan atau tidak melaksanakan sesuatu, atau untuk membuat pilihan, yang ini atau yang itu. Serba salah jadinya.

Namun Kamus Dewan mentafsirkan "serba salah" sebagai - salah dalam segala hal; bagaimanapun salah juga.

Itulah yang hendak saya coretkan. Adakah anda pernah mengalami situasi begini?. Katakan bos anda berikan anda satu kerja. Andapun terus buat kerja tersebut. Bos anda tak suka. Sebabnya anda terus buat kerja tersebut. Anda laju sahaja menyiapkan tugasan yang diminta. Ia adalah salah. Dalam kes lain, jika anda tidak (terlewat) melaksanakan tugasan yang diberikan (dengan alasan dalam kajian, menunggu komiti ditubuhkan, mesyuarat panel belum bersidang dan 1001 alasan logik lagi), anda juga adalah salah. Mengapa salah?. Sebab lambat. Yang pertama tadi mengapa salah? Sebab cepat.


lambat salah, cepat salah
laju salah, perlahan salah
betul salah, tipu salah
jujur salah, klengtong salah
semuanya salah
serba salah.

:-( Hari yang malang.

No comments: