Labels

Wednesday, April 12, 2006

B E R N I A G A

RAMAI orang kata, Melayu tak pandai berniaga,
Banyak orang percaya, Cina bijak berniaga.

Mungkin (ya mungkin) salah satu dari ungkapan di atas adalah benar. Mungkin juga kedua-duanya adalah benar. Mungkin juga benar, tetapi tidak semuanya benar, ada pengecualiannya. Maksudnya tak semua Melayu tak tahu berniaga dan tak semua Cina licik berniaga.

Dalam soal berniaga ini, saya memang langsung tidak mempunyai darah perniagaan. Pentingkah darah keturunan ini?. Bukan semua jutawan perniagaan hari ini adalah anak kepada ahli perniagaan yang berjaya?. Berniaga bukannya suatu warisan, tetapi suatu usaha gigih!.

Namun jika kita perhatikan, bagi yang kaki berniaga tu, dicampak di mana sahajapun, asyik menjadi saja.... di mana-manapun ada peluang. Tapi bagi yang tidak berdarah niaga tu, hmmmmm asyik-asyik lesap modal saja.

Berbalik kepada darah niaga ni, teringat saya kepada arwah ayah. Dia juga tidak mewarisi sebarang darah (ilmu) berniaga. Pelbagai usaha yang dia buat semasa zaman budak-budak saya. Semuanya lingkup. Pada musim limau laku, dia tanam limau langkap. Buah begitu banyak sekali, namun tidak dapat dijual kerana tiada pembeli. Lagipun semua orang kampung tanam limau juga. Bila selera dah berubah kepada ayam daging, dia ternak ayam daging dan ayam telor. Daging tidak menjadi dan telur tidak cukup gred. Beralih pula dia kepada menternak ikan. Ala... takat cucu-cucu balik memancing dalam kolam dia, cukuplah.

Teringat saya bila ada pegawai perhutanan datang nak beli pokok petai. Diapun semai benih petai. Lepas tu pegawai itu entah ke mana, anak petai dah lebih tinggi dari rumah dan terpaksa ditebang kerana tidak memberikan hasil. Jika pasa masa itu beliau tanam pokok jati, agaknya kami dah menebang balaklah, akibat janji-janji orang terhadapnya.

Kini anak dia begitulah jugak. Bukan hanya rugi, modal juga hanya tahu pergi saja, tak tahu nak balik rumah.

berniaga buluh kasap
untung hilang, modal lesap

5 comments:

Anonymous said...

MBA,

Rasanya 'darah' je tak cukup, kena belajar, dan kena ada kesungguhan juga :-)

Mungkin boleh minta panduan (dan bantuan jika perlu) dari agensi kerajaan yang berkaitan? Rasanya ada kementerian yang diberi tugas untuk melahirkan dan membimbing usahawan, kan?

Anonymous said...

Datuk nak berniaga apa? Orang kata berniaga mesti untung, kalau rugi tak payahlah. Buat penat badan aje ....

mba2u said...

sayangzzzz;

berniaga tu fardhu kifayah (org lain dah buat, kita tak payah). Tak untung di duniapun tak apa, kita boleh kutip laba kat akhirat nanti.

zino said...

kalau nak kaya kena lah berniaga.. makan gaji sampai pencen pun tak boleh nak kaya nak idup boleh le..

bila dah kaya boleh tolong org susah.. boleh derma sana sini

mba2u said...

Zino;

Mmg betul tu, sbb berniaga tu 9 dari 10 punca rezeki.

Berniaga ni jika tyak kaya, kayap!