Labels

Friday, February 10, 2006

AHLI YANG BUKAN AHLINYA

AKHIR-AKHIR ini rupa-rupanya banyak sekali perlantikan ahli dibuat di kalangan orang yang bukan ahlinya. Bukan setakat bukan ahlinya sahaja, malahan adalah merupakan seteru atau penentang kuat yang menjadi ahli kem lain.

Misalnya ahli @ pakar dalam bidang komputer dilantiknya dari individu yang langsung tak kenal IT. Malahan dalam budaya hidupnya adalah seorang 'penentang' kuat penggunaan IT.

Contoh lain ialah ahli, penasihat @ pakar open source dilantik dari orang yang sememangnya penentang kuat open source, malahan merupakan penyokong nombor satu kepada M$.

Apa agaknya yang akan terjadi kepada nasihat,keputusan dan polisi yang dibuat oleh kumpulan yang keahliannya terdiri daripada meraka dari jenis ini?. Rasa-rasanya kesemuanya akan menjadi skrip lakonan semata-mata. Nampak akan bersungguh-sungguh benar (terutama bila ada bos besar), namun ianya hanyalah merupakan sebuah lakonan sahaja. Apa yang akan terjadi seterusnya?.


"Maka bertanyalah kepada orang-orang yang mempunyai keahlian jika kamu tidak mengetahui" (QS. An-Nahl : 43). "Tiap-tiap orang berbuat menurut profesinya masing-masing, maka Tuhan-mu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" (Al Isra : 84). "Apabila sesuatu perkara dikerjakan oleh yang bukan ahlinya maka tunggu saja akan ada kehancuran". (HR. Thabrani)

4 comments:

Berisman said...

MBA,
Siapa yg melantik mereka yg tidak ahli ?Orang yang berpangkat tinngi dan berkuasa.Menurut logik seterusnya,kita rakyat yg melantik mereka semua.Kenapa kita lantik orang yg tak berkelayakan?kerana kita juga termasuk dalam kumpulan mereka yg tak layak membuat perlantikan...

melor said...

singgah sebentar melepas lelah..

Onk Hi Tea said...

si jahil berlagak seperti si alim. si alim hanya diam membisu...takut untuk menyatakan yang haq. takut si jahil akan 'gam'. bak kata Saudagar Unta Usin Lempoyang, "dunia-dunia....jual orang lebih untung dari jual unta....WOW!!!".

The Editor said...

Macam la tak biasa lak En Mat. Zaman sekarang ni nak tahu "right" click dengan "left" click pun susah. Yang mana yang "right" click tu , adakah mereka click (geng) yang sebenar pun, kita belum yakin.

Begitu lah sandiwara IT di Malaysia.