Labels

Tuesday, July 12, 2005

MAWI BOLEH JADI IDOLA



SEORANG pensyarah Sains Politik berjawatan Profesor Madya dari sebuah universiti tempatan menyifatkan Mawi, peserta Akademi Fantasia 3 (AF3) sebagai idola generasi muda Melayu terkini yang bijak menyelitkan unsur jati diri Melayu dan keagamaan ke dunia hiburan.

Apakah kaitannya di antara sains politik dengan Akademi Fantasia?. Adakah unsur jati diri Melayu dan keagamaan dalam dunia hiburan yang mengaitkannya?. Entahlah. Walau bagaimanapun rasanya lebih banyak lagi isu lain yang berkaitan secara langsung dan lebih ilmiah dalam sains politik yang boleh disentuh, dianalisis dan diulas.

Salahkah pensyarah dalam bidang lain membuiat ulasan dalam bidang lain?
Sudah tentu tidak salah sekirannya dia mempunyai kemahiran dalam bidang yang diulas. Misalnya dulu ada profesor sejarah yang bercakap pasal sukan, menulis pasal sukan, bercerita pasal sukan dan banyak perkara pasal sukan. Adalah sikit-sikit diselitkan pasal sejarah dalam sukannya. Namun profesor ini memang berkebolehan dan selepas bersarapun dia masih lagi dengan dunia sukannya.

Yang ini bagaimana?. Entahlah. Wallahualam. Semua boleh membuat ramalan sendiri.


Beliau melihat Mawi sebagai seorang bersahsiah Islam dan Melayu, yakin dan selesa dengan dirinya, berorientasi "world" yang disukai anak muda sekarang. Malah, Mawi bukan sekadar artis baru, tapi cerminan sebahagian daripada anak muda.

Bagaimanapun, beliau mahu Mawi terus dengan penampilan ikhlas yang ada sekarang - berketayap, pakai kain pelekat, pandai silat, berzanji, kental ajaran agama termasuk menjadi qari selain boleh membawa pelbagai rentak lagu dengan kekuatan sendiri.

Adakah berketayap budaya Melayu di zaman ini?. Mungkin anak muda di universiti masih boleh berketayap, namun anak muda yang telah bekerja, terutamanya di sektor awam, bolehkah berketayap?. Jika songkok tu lainlah ceritanya. Jadi, sampai tahap mana kita mahu anak muda berketayap?. Begitu juga dengan kain pelekat. Jika kombinasi ketayap dan kain pelekat untuk ke majlis yang bersesuaian dengannya seperti ke surau, masjid, majlis kenduri dan yang seumpama dengannya sudah tentulah amat sesuai. Selain dari itu bagaimana?.

Wallahualam

No comments: