Labels

Monday, July 11, 2005

AKU TERTIPU KERANA ANDAIAN SENDIRI

MATI-mati aku ingatkan blog aku ni dapat dilihat oleh orang lain macamana yang aku lihat. Hidup-hidup aku tertipu rupanya... Semasa entri mengenai kemaskini laman web melalui SMS, Rubie kata hitam jer yang nampak di sebelah kanan (tempat aku kemaskini laman guna SMS). Dalam hati berkata, ah Rubie ni pakai PC versi Jepun kot, sebab tulah dia nampak hitam saja.

Rupa-rupanya aku terlupa bahawasanya sebilangan besar daripada umat manusia di muka bumi ini menggunakan komputer dengan perisian yang dicipta oleh Bill Gates dari Microsoft. Maaflah... betul-betul terpula (buat-buat lupa). Hari ini bila blog tersebut dicapai menggunakan Internet Explorer (IE), barulah nampak rupa sebenar blog aku. Habis senget-menget jadinya. Memang hitam legam ler sebab yang kanan dah jatuh ke bawah. Oh buruknya rupa... (seburuk tuannya ler tu).

Sudah semenjak dua menjak ini, aku memang dah tak pakai IE. Walaupun kat ofis masih pakai Windows XP, tapi aku dengan sengajanya telah memberikan pencen kepada IE dan menggantikannya dengan FireFox. Tapi kalau PC kat rumah sememangnya kelibat Bill Gates pun tak ada. Semuanya dok main Linux dan Open Source belaka.

JIka dalam FireFox nampak comel dan cute (ugly but pleasant to lok at) jer blog aku tu (perasan sendiri). Seba tu macam tak percaya bila orang lain cakap ia sengetlah, hitamlah dan macam-macamlah.

Walau bagaimanapun yang senget dalam IE tu telah dibaiki adanya.

No comments: