Juma Arni anak tunggal. Bijak dan rajin. Namun, gadis 11 tahun ini agak manja tetapi patuh kepada orang tua. Tidak mahu bersendirian di rumah dan asyik dengan gajet-gajet moden, ayah dan ibunya sepakat menghantar Juma ke kem musim cuti.
Pada mulanya, Juma berdalih macam-macam untuk tidak ke kem Nek Imah. Pacat, nyamuk dan unggas itulah alasanya tetapi setelah dipujuk, Juma mengikut.
Di kem Nek Imah, Juma menjadi pelajar popular. Dia menang beberapa pertandingan menyebabkan ramai yang cemburu kepadanya termasuk beberapa orang peserta lelaki.
Suatu hari, Juma telah dikhianati. Siapa yang mengkhianati Juma? Mengapa Juma dikhianati? Adakah disebabkan dikhianati itu Juma terpaksa berjanji? Dengan Juma berjanji? Dan, apakah janji Juma?
Janji Juma
No comments:
Post a Comment