Banyak kenangan. Banyak pengalaman. Banyak perkara untuk ditulis. Namun bagaimana memulakannya ya?. Baiklah, kita mulakan dari perancangan...
PERANCANGAN
Saya dan isteri berhasrat untuk bercuti ke Eropah. Musim pilihan ialah summer, kerana siangnya panjang. Kami dapat jalan-jalan sampai 10 malam, masih belum Maghrib. Senang nak uruskan soala ibadah dan sebagainya.
Kebetulan summer tahun ini ialah pada cuti sekolah (30 Mei-13 Jun). Saya cuba iklankan trip ini kepada kawan-kawan dan keluarga. Ada seorang anak saudara yang berminat. Jadi kami berempat bersama anak bongsu sudah ada dalam perancangan kembara. Pada asalnya kami ingin ke Eropah menggunakan motorhome, pandu sendiri, masak sendiri. Walau bagaimanapun motorhome yang paling optima harganya ialah bagi 7 penumpang. Kami hanya berempat, jadi kosnya akan menjadi mahal.
Apa-apa hal pun, saya beli tiket dahulu. Pilih tarikh 30 Mei (Sabtu) KUL-LHR dan kembali 13 Jun LHR-KUL. Selepas dapat tiket baharu buat pelan dan itinerari. Bermula dari situ, pelbagai pelan dan itinerari dilakukan. Kebanyakannya hanya meliputi UK sahaja, seluruh UK memandangkan banyak perkara berkaitan dengan MBC boleh saya lakukan. Umpamanya melawat kedai buku, peroustakaan, kampung buku dan juga pengusaha mobilebook shop di sana.
Namun akhirnya, dalam minit0minit terakhir, kami tukar pelan ke Eropah. Sebabnya?. Kemudian ya...
No comments:
Post a Comment