Kemudian saya terfikir, lebih baik saya beli rumah dan buat pejabat dari rumah tersebut. Saya bukan ingin jual barang. Saya bukan perlu orang ramai datang ke pejabat/kedai tersebut. Ia sekadar sebuah tempat pertemuan para pekerja, rakan bisnes dan juga rakan-rakan. Ia tidak akan mengganggu jiran-jiran dengan aktiviti sedemikian. Rasa-rasanya ia tidak menyalahi peraturan pihak berkuasa tempatan (rasanyalah).
Setelah pulang dari Dusun Buku, ia itu sebuah perpustakaan persendirian di Kuala Terengganu, saya berpendapat rumah yang bakal saya beli itu boleh juga dijadikan perpustakaan. Ia boleh digunakan oleh penduduk taman tersebut untuk memenefaatkannya.
Setelah pulang dari Studio Cenderawasih di Kuantan, saya terfikir, mengapa tidak rumah atau pejabat atau perpustakaan yang akan saya buat itu nanti menjadi tempat karyawan bertemu dan bertamu?.
Cool rasanya ...
Selfie di Studio Cenderawasih, Kuantan
Tempat pelukis berkarya di Studio Cenderawasih.
Sepuluh ekar terlalu mewah dan tidak mungkin dapat saya sediakan.
Pekan Buku. Perpustakaan persendirian di Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment