JIKA tidak silap, foto ini dirakam pada tahun 1999. Ia itu pada 20 Oktober 1999, sempena dengan Hari Kualiti Perkhidmatan Awam. Ini adalah kali pertama saya naik ke pentas, setelah 16 tahun bekerja dalam Perkhidmatan Awam. Saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Akauntan Negara Malaysia. Anugerah ini disampaikan oleh Dato Dr Jamaludin Jarjis, timbalan menteri kewangan pada masa itu.
Usia saya pada ketika itu sudahpun 40 tahun. Tahukah anda apa yang Pak Menteri tanyakan?. "Ini sudah kali keberapa terima APC"?.
Saya tergamam dengan soalan itu dan hanya memberikan senyuman (yang tidak berapa manis) sebagai jawapan.
Ia lah, sudah 40 tahun, masakan kali pertama naik pentas?. Sut saya juga tidak seragam. Saya beli sut ini di Jepun, tetapi seluarnya sudah tidak muat lagi. Jadi, pakai seluar lainlah. Cuba tengok sut menteri ... Ini adalah kali pertama naik pentas!.
APC pada masa itu hanya dapat sekeping sijil (yang masih tersimpan hingga sekarang). Tidak ada lagi sebuah jam, sebab ia telah berlalu. Tidak ada lagi menegak atau melintang, kerana ia telah berakhir.
No comments:
Post a Comment