Labels

Monday, July 08, 2013

HADIAH PERSARAAN: CENDERAHATI ATAU CEDERA HATI ?

SEMUA sudah maklum bahawa hari ini, 8 Julai 2013 saya sudah bergelar Yang Bersara (YB). Ramai juga maklum bahawa saya telah diberikan hadiah persaraan seperti di bawah dalam satu majlis 'gilang-gemilang' di PICC.


Saya bersara dari jawatan Pengarah dalam gred JUSA C.

Ayah saya bersara sebagai boroh kasar di MARDI telah mendapat sebuah jam tangan, sebuah jam dinding dan sekeping sijil penghargaan. Dia guna jam itu. Dia gantung sijil itu sehingga akhir hayat dia. Dia sangat menghargai penghargaan yang diberikan.

Berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2011: Peraturan Mengenai Perbelanjaan Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Bersara:

3.1 Jamuan
Kadar penyediaan jamuan untuk pegawai bersara dan jemputan adalah tidak 
melebihi RM30 seorang. Bilangan jemputan hendaklah dihadkan kepada 
mereka yang benar-benar perlu sahaja.


3.2 Cenderamata
Pegawai yang bersara boleh diberikan cenderamata yang sesuai atas kadar 
keseluruhannya tidak melebihi RM400 seorang.


3.3 Sijil Penghargaan
Pegawai yang bersara boleh diberikan sijil penghargaan.


Tiga puluh tahun berkhidmat dengan penuh semangat dan pengorbanan tanpa sebutir pingat mahu pun bintang. Mengapa perlu diungkit akan keikhlasan orang dan keikhlasan diri sendiri berkhidmat? Bukan mengungkit, cuma jika sebuah jabatan yang maha hebat, tidak mengikut Pekeliling Perbendaharaan (barangkali ia sudah digantikan dengan yang baharu?), apakah maknanya?.

Saya pernah tahu, bos saya meminta dan diberikan sebuah komputer baharu bernilai RM10 ribu sebagai hadiah persaraannya. Ia tidak melanggar Pekeliling Perbendaharaan kerana ia dihadiahkan. Besar jasanya kepada negara.

Memandangkan selama 30 tahun itu saya tidak memberikan apa-apa jasa pun kepada kerajaan dan rakyat, maka layakkah saya dihadiahkan dengan sebuah mug?. Jika tidak layak, barangkali saya perlu pulangkannya semula kepada kerajaan.

Pada asalnya saya ingin membuat cadangan penambah baikan di sini. Misalnya pegawai yang diperuntukkan komputer (PC atao notebook atau iPad) semasa perkhidmatannya diberikan tawaran untuk membeli peralatan tersebut sebagai hadiah persaraannya. Kerajaan pun tidak dibebankan dengan proses pelupusan akan barang-barang buruk ini. Cuba lihat, pegawai yang diberikan kereta, ia ditawarkan untuk membeli kereta itu bukan?. Memandangkan Pekeliling Perbendaharaan sudah ada,  maka saya tidak mahulah membuat cadangan yang berlebihan.

cenderamata atau cenderahati janganlah jadi cederahati.


Sekian terima kasih.




8 comments:

zino said...

Kalau mcm tu masa saya bersara nanti aps yg bakal saya dapat ya

mba2u said...

Tiap-tiap bulan kita mengharapkan gaji kita masuk sebagaimana tercatat dalam tangga gaji kita. Ia memang tidak salah.

Sekali sepanjang perkhidmatan, Arahan Perbendaharaan kata tidak lebih RM400 sebagai hadiah. Maka 10 sen pun memang tidak lebih RM400. Itulah pengharapannya.

Anonymous said...

Tuan;

Saya juga terkejut dgn cederahati yg diberikan, melampau. Bagi tenangkan hati tuan, jadikan peristiwa ini sbg ujian dari Allah, juga sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan. Selamat Berpuasa.

senandunghatiku said...

MBA..itu dijabatan yang memang ada peruntukannya.. kami di sekolah sedang sibuk menguruskan majlis persaraan GB pada 31.Julai ni..lansung tidak tahu menahu tentang peruntukan..entahkan ada entah tidak..tapi nilai hadiah persaraan yg kami berikan sebagai menghargai jasa beliau yang berkhidmat selam 5 tahun, mencecah RM1 ribu juga..hanya itu yg mampu kami berikan. hadiah personal..terpulang kpd masing2..hadiah jabatan, yg pasti sijil..dan kalau ikut resmi tahun2 sebelumnya..jam tangan lah..

mba2u said...

Sdr Senandunghatiku;

1. Peruntukan adalah bergantung kepada budibicara jabatan sendiri. Tahun ini yg bersara cuma empat orang sahaja (semuanya dapat mug). Jika boleh buat jamuan bertaraf 5 bintang, sudah tentu peruntukannya ada.

2. Sekolah mungkin sedikit sukar kerana ia perlu merujuk PPD, JPN dan seterusnya. Namun usaha memungut lebih RM1k adalah sangat bermakna sekali bagi pesara. Rasa sangat dihargai.

Wallahualam.

fZLi-sBG said...

MasyaAllah. Besar dugaan dariNya utk hati tuan. Semoga tuan bertenang dan tabah. AllahSwt Maha Mengetahui. Pasti telah dicatatkan pahala buat bekalan tuan di sana.

fZLi-sBG said...

MasyaAllah. Besar dugaan dariNya utk hati tuan. Semoga tuan bertenang dan tabah. AllahSwt Maha Mengetahui. Pasti telah dicatatkan pahala buat bekalan tuan di sana.

Unknown said...

Main game dapat Duit Puluhan juta, hanya modal 20.000 , mau ??

Website link alternatif :

- Mejasahabat,com
- Mejasahabat,net
- Mejasahabat,org
- Mejasahabat,info

PIN BBM : 2AE48042