Labels

Friday, May 27, 2011

PENTING-SEGERA

DALAM hidup kita, terdapat empat pilihan dalam melaksanakan sesuatu. Ia terletak dalam kuadrant mudah seperti berikut:


1. Penting dan segera
2. Penting tetapi tidak segera
3. Tidak penting tetapi segera
4. Tidak penting dan tidak segera.

Barangkali dalam Islam ia boleh diumpamakan sebagai wajib atau rukun, sunat muakat, sunat dan harus.

Semenjak awal minggu, saya telah memaklumkan bahawa kad Touch-n-Go saya sudah susut dan perlu ditambah nilai. Ia biasa sahaja, iaitu penting tapi tak segera.

Semalam Pesanan Tempatan (LO) baru siap, dan kad saya diminta untuk urusan tambah nilai. Berapa lama kad ini boleh disimpan oleh mereka? Tentunya sebelum saya pulang kerana memerlukan kad tersebut untuk bayaran tol. Sebelum saya pulang, kad dikembalikan dan tambah nilai masih belum dibuat kerana mereka sibuk.

Hari ini, setelah tengahari, tidak adapun satu usaha untuk meminta kad tersebut. Maknanya proses tambah nilai tidak akan dibuat hari ini. Jadi bila?. Nilai kad semakin susut.

Apa yang boleh saya buat?
1. Marah. Apa gunanya? Tambah nilai tidak dibuat juga
2. Senyum saja. Ini kerja orang bodoh yang tidak ada perasaan, atau kerja Wali sahaja

Akhirnya saya minta LO untuk buat tambah nilai sendiri. Itulah saya. Walaupun sangat kecil hati dengan mereka, saya pendamkan sahajalah. Bagi saya penting-segera, bagi mereka tak penting-tak segera.

3 comments:

Anonymous said...

Saudara MBA ... macam Stephen Covey punya quadrant .... about urgent and importance ....

Anonymous said...

Itu lah unit hasil didikan Tuan. Terlalu memberi muka kepada mereka hingga akhirnya pijak kepala sendiri. Unit pentadbiran ini sepatutnya turut sama pindah ke Mampu. Unit yang paling tidak berguna di BPM. Tidak mempunyai adab terhadap pegawai dan kakitangan

Anonymous said...

unit yg paling x berguna di BPM????...drpd pengamatan saya unit ini la sebenarnya tulang belakang BPM . Kadang2 kita pikirkan kenapa org memperlakukan kita sebegitu...'KARMA'