SUDAH lama benar kami ingin berkayuh ke Port Dickson (PD). Namun pelbagai halangan menjelma. Di antara halangan utamanya ialah tidak cukup peserta, tidak ada ketua yang telah biasa ke sana dan tidak ada kenderaan sokongan. Namun semalam, kami nekad sahaja berkayuh ke PD. Jemputan dibuat melalui FaceBook dan 3 orang sanggup ke sana.
Bermula jam 7.00am, kami bertiga memulakan kayuhan agak santai menuju ke PD. Setelah tiba di Salak Tinggi, kami bertemu dengan Encik Razak yang berkayuh sendirian. Katanya dia adalah bekas pengayuh daripada pasukan kebangsaan. Dia menyertai kami dan kami mengikutinya rapat. Tanpa rasa penat dan lenguh, apatah lagi 'ditarik' oleh kayuhan Razak ini, kami tiba di jeti PD sekitar jam 10.30am. Kami berehat di kedai Pak Lang, minum, makan roti bakar.
Kayuhan pulang bermula jam 11.30am. Hari kian panas. Kami putera-putera lilin, tidak tahan panas dan berhenti rehat. Razak ingin pulang cepat kerana perlu menghadiri kenduri. Kami berehat bertiga dan kayuhan pulang mengikut rentak kami sendiri sambil berperang dengan panas dan terik mentari.
Dipendekkan cerita, kami hanya tiba semula di taman Warisan Pertanian untuk menjamu selera padajam 5pm. Itupun setelah berhenti rehat dan solat Zohor di tempat kuda berlatih dan ditimpa hujan lebat dalam 2km terakhir kayuhan.
Bagi saya dan Muhaimy, inni adalah kayuhan terus 100 km pertama bagi. Ia mencatatkan 130km.
Apakah rasanya?.
1. Dari Putrajaya ke PD, sangat seronok, santai dan tidak ada sebarang masalah
2. Dari PD ke Putrajaya, sangat panas. Selain daripada itu, masih boleh bertahan walaupun sedikit-sedikit penat, sakit tengkok dan sudah semestinya sakit pungg**g.