Monday, October 19, 2009
CEK ROYALTI PERTAMA
peringatan untuk berzakat
BUKU saya dengan PTS diterbitkan pada bulan April 2008. Ia itu sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Buku kedua terbit setahun kemudian, juga sempena dengan PBAKL. Saya berdoa semoga buku ketiga juga akan diterbitkan sempena dengan PBAKL yang akan datang. Mudah-mudahan dimakbulkan. Jika setahun sebuah buku saya dapat diterbitkan, sebelum bersara, dapatlah saya melihat sepuluh (10) buah buku di pasaran.
Walaupun saya berupaya menulis beberapa buku setahun, namun saya tidak berharap sangat ianya akan diterbitkan kesemuanya sekali. Penulis perlulah menerima hakikat dan realiti. Setakat ini dua buah manuskrip yang 100% siap telah dipulangkan. Satu ditolak di peringkat proposal lagi walaupun ia telah disiapkan sementara menunggu keputusan. Satu lagi sedang berada di tangan editor. Manuskrip inilah yang diharap untuk diterbitkan pada tahun 2010. Selebihnya masih saya simpan dan tidak disuakan ke mana-mana.
Kini saya sedang menulis novel ALING.
Petang tadi, sesampainya di rumah terdapat sepucuk surat dalam peti surat. Tidak lain tidak bukan, ia adalah sekeping cek royalti buku pertama terbitan 2008. Lumayan juga. Penat menapak menaiki bukit dari stesen komuter ke rumah tiba-tiba hilang lesap melihat cek, membaca surat dan membelek peringatan berzakat. Ia adalah cek royalti pertama. setakat ini masih belum punya apa-apa rancangan lagi. Banyak perkara yang boleh dibuat dengan wang royalti tersebut.
Walaupun cek tersebut adalah merupakan bayaran royalti saya yang pertama, ia tidak bermakna buku tersebut adalah yang pertama diterbitkan. Beberapa tahun yang lepas, sebuah buku saya (karangan bersama) telah diterbitkan (oleh penerbit lain). Khabarnya puluh-puluh ribu naskah telah terjual. Namun para penulisnya hanya dapat telah air liur sahaja. Itu adalah sebahagian daripada realiti yang perlu dilalui dalam kehidupan. Ia dapat mematangkan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
syukur!
Beberapa tahun yang lepas, sebuah buku saya (karangan bersama) telah diterbitkan (oleh penerbit lain). Khabarnya puluh-puluh ribu naskah telah terjual. Namun para penulisnya hanya dapat telah air liur sahaja. -----> Macam tahu sahaja. Hahahaa, nasiblah kita.
rudy: ha ha ha
biar telan air liur, jangan meleleh ...
Jangan lupa cukai pendapatan kena kira juga....royalti kena cukai ke !!!
Royalti sehingga RM200k bebas cukai.
Post a Comment