Labels

Tuesday, September 01, 2009

IPHONE 3G ATAU NOKIA E71 ?

SAYA sedang menggunakan kedua-dua telefon ini. Terasa malas untuk menulis review mengenainya. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.


1. iPhone sangat kuat makan bateri. Untuk beberapa hari ini saya terpaksa caj hingga dua kali sehari. E71 cuma sehari sekali.

2. Menaip SMS menggunakan iPhone sungguh memenatkan. Malas rasanya menaip yang panjang-panjang.

3.Synchronise iPhone dengan PC sungguh cepat dan laju sekali berbanding dengan E71

4. Perisian (yang free) untuk iPhone sungguh tersusun sekali. Saya download hampir kesemua perisian yang ada. Semuanya boleh digunakan dengan jayaya. Kebanyakan perisian percuma untuk E71 tidak berkualiti malahan banyak yang tidak boleh digunakan langsung. Tidak ada QA dibuat terhadap perisian ini sebelum disebar untuk download.

5.Saya gunakan iPhone untuk mel rasmi pejabat. Wow! ia lebih laju berbanding dengan menggunakan PC. Saya gunakan dengan gmail dan ia tetap laju dan paling bagusnya keupayaannya untuk "pushmail". Habislah Blackberry macam ni ...

6. E71 tidak mempunyai masalah untuk emel pejabat kerana saiznya kecil. Apabila gmail digunakan, E71 terus menjadi lembab dan akhirnya keluar mesej tdak cukup memori atau ruang. E71 kantoi di sini. Lantas saya terpaksa uninstall dan delete gmail daripada E71. Jika mahu baca gmail, perlu gunakan browser. Ya masih boleh, tetapi tidak ada pushmail lagi.

7. iPhone sangat lembab dengan bluetooth. Saya buat connection di antara E71, iPhone, SE990i dan PC. iPhone hanya kenal PC dalam masa yang singkat dan bermasalah untuk berkomunikasi dengan dua lagi Symbian ini. Hingga kini nak transfer ringtone ke iPhone masih gagal. Boleh connect, tapi iPhone menolak ringtone tersebut.

8. Semalam saya ke surau kerana menyelia pemasangan peralatan audio visual dan pengkabelan. Apabila tukang ketiadaan alat pengimbang untuk melihat samada pemasangan senget atau tidak, iPhone dengan selamba sahaja mengeluarkan tools pengimbang ini. Wow... semua orang terpegun. E71 terpinggir jauh.

9. Ramai orang mengatakan mutu suara E71 sangat baik berbanding dengan E71. Bagi saya ia adalah sebaliknya. E71 saya ada echo dan berdengung. Barangkali kerana E71 underwater ...

10. Contact dalam iPhone adalah lengkap, namun saya tidak suka kerana tidak ada kemudahan carian. Saya perlu browse satu per satu untuk mencari contact yang betul. Ia menyusahkan apabila kita mempunyai beribu entri dan firstname dan familyname berterabur ...

Sungguh seronok menggunakan iPhone. Begitu banyak perisian yang boleh digunakan. Namun jika mahu cepat-cepat (menaip, bercakap dll), ia agak cerewet. Kesimpulannya sekarang saya gunakan E71 sebagai telefon utama dan iPhone sebagai telefon kedua. sebab utamanya ialah kerana bateri, keupayaan menaip, kemudahan modem, kemudahan GPS dan loceng penggera.

1 comment:

Anonymous said...

saya suka feature #8.
jadi alat pengimbang.