Labels

Thursday, April 03, 2008

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2008



PESTA Buku KL ini sudah banyak kali diadakan. Acap kali juga saya menghadirinya. Namun kehadiran ke Pesta Buku tahun lepas membawa satu perubahan yang amat ketara sekali. Saya komen dalam blog saya kerana saya cuma diberikan diskaun 10% sahaja semasa membeli buku-buku di PTS. Sedangkan ada orang lain yang mendapat diskaun 20%, 30% malahan ada yang dapat 100%!.

Komen saya dijawab oleh Puan Ainon yang merupakan Sifu dan juga pengerusi PTS. Beliau menulis "rajin-rajinlah menulis. Tahun hadapan datanglah ke gerai PTS sebagai penulis dan saya mahu tengok buku tuan berada di rak buku-buku PTS. Nanti kita akan berikan diskaun 35% kepada semua buku PTS yang tuan beli".

Berdasarkan kata-kata tersebut, Alhamdulillah bersyukur kepadaNya. Insyaallah saya akan datang ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 ini sebagai penulis.

Semua pembaca adalah juga dijemput hadir untuk memeriahkan lagi pesta. Jumpa di sana!.

No comments: