Thursday, February 07, 2008
PUNCAK MUTIARA
Ini adalah foto rumah saya yang diambil dari luar. Projek perumahan ini menggunakan nama Puncak Mutiara semasa jualan. Begitu juga yang tercatat dalam perjanjian jual beli. Walau bagaimanapun setelah siap, khabarnya nama tersebut tidak diluluskan oleh pihak berkuasa. Di antara sebabnya ialah terlalu banyak sangat taman perumahan di sini. Jadi Puncak Mutiara diminta menggunakan nama salah sebuah taman yang sedia ada di sini. Taman teresebut ada 13 jalan, daripada jalan 1 hingga jalan 13. Puncak Mutiara menggunakan jalan 2A hingga 2F.
Sekian adanya. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tahniah kerana sudah mempunyai rumah yang cantik. Dekat masjid pula tu. Semoga diberkati Allah.
Post a Comment