SEMENJAK menemui blog Prof. MKI, boleh dikatakan setiap hari saya mengunjunginya, mengikuti perkembangannya. Hasrat untuk mengadiri majlis buku beliau tidak terlaksana kerana pada tarikh dan masa yang sama ada mesyuarat lain di pejabat. Banyak kedai yang saya pergi untuk mencari buku ini, namun hampa. Akhirnya setelah pulang cuti hari raya, 20 Oktober saya bank-in duit dan mel kepada MKI. Lama juga menunggu, akhirnya saya SMS dan akhirnya 2 buah buku tersebut saya pergi ambil di Pos
Sudah banyak entri mengenai buku ini yang saya baca. Ada yang sebak. Ada yang menangis dan macam-macam lagi. Saya hanya mengambil masa semalam sahaja untuk menghabiskan pembacaannya. Diringkaskan cerita, buku ini sangat menarik. Sangat informatif. Perlu dijadikan teks wajib untuk bakal jemaah. Perlu dibaca oleh semua. Seperti mana entri orang lain yang terdahulu, memang ditemui bab-bab yang boleh bergenang air mata, sebak, suspen dan sebagainya. Hati juga tertanya-tanya luluskah aku untuk ke sana?. Bila lagi kad jemputan untuk saya akan diterima?. Macam-macam. Pengalaman dan pertimbangan yang dicatatkan hamnpir sama dengan yang difikir dan dialami oleh ramai orang. Siapa nak jaga anak sepanjang tempoh haji memang memeningkan. Apatah lagi jika anak-anak masih kecil. Selain daripada kad jemputan yang masih ditunggu, persediaan, persediaan dan persediaan juga tidak kurang pentingnya.
Bacalah ....
3 comments:
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana hampir setiap hari saya melihat gambar tuan di Myblog...
Untuk makluman, sehingga ke hari ini saya tidak menerima sebarang e-mail daripada tuan - termasuklah yang terakhir. Mungkin UiTM server reject e-mail tersebut. Jadi tuan agak lambat menerima buku tersebut.
Syukurlah semuanya selamat. Saya doakan tuan dan keluarga akan mendapat panggilanNya secepat mungkin. Saya sendiri terus merindui Mekah dan Madinah.
Salam MBA,
Saya pun tak sabar nak membacanya.
Semoga suatu hari nanti kita akan terpilih ke sana untuk merasai sendiri 'keindahan' HAJI.
Salam,
Terima kasih info ini.
Post a Comment