Monday, November 12, 2007
PINDAH RUMAH - BELANJA BESAR
Ini sketch landscape rumah saya (kononnya)
DULU saya tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebabnya saya dan isteri bekerja di KL. Kini saya tinggal di Selangor, sebabnya saya dan isteri bekerja di WP Putrajaya. Mengikut jangkaannya hujung bulan ini kami sekeluarga akan berpindah rumah. Ia itu ke Puncak Mutiara.
Walaupun ini bukanlah kali pertama berpindah rumah, namun puncak mutiara seakan-akan rumah kami yang pertama. Maklumlah, rumah dahulu dibeli dari tuan rumah setelah menyewa di situ. Tiada proses pindah rumah berlaku. Rumah kini pula siap dibina semasa kami berada di luar negara. Kesemua urusan rumah baru seperti ambil kunci, bayar deposit itu ini, pasang gril dan sebagainya diuruskan oleh adik ipar yang menjadi penghuni pertama rumah tersebut. Kini... puncak mutiara adalah bagaikan anak kami yang pertama... Segala urusan bagaikan pertama kali dilakukan...
Rupa-rupanya kos berpindah ke rumah baru amatlah mahal sekali. Kos perlatan dan perkhidmatan yang diperlukan seperti jeriji, lampu, siling, kabinet dapur, kipas, aircond, perabot, landscape dll. dll boleh dikatakan sepertiga daripada harga rumah.
--> Sekarang saya tengah pening fikirkan pasal landscape. Jika gunakan khidmat arkitek landscape, RM12 ribu terbang. Jika beli dan buat sendiri, barangkali setengah sahaja daripada kos tersebut. Namun consultant ini tawarkan warranty untuk gantikan semua pokok jika ia mati ataupun tidak disukai. Shopping di Sungai Buluh semalam tudak banyak membantu sebab harga yang ditawarkan oleh consultant pokok demi pokok juga tidak mahal sangat berbanding dengan Sungai Buluh!. Anda ada idea?.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kalau nak rumah yang sempurna dan setanding dgn jiran2 peruntukan perlu banyak. Tetapi jika ingin bersederhana (spt suruhan islam) dan tersemat dihati bahawa hidup di rumah baru mungkin tak lama, kos perpindahan adalah amat sederhana sekitar 30 ribu (yang wajib-wajib saja)
Fikir-fikir kanlah.
RM30ribu kos pindah dari RM100ribu harga rumah, kira2 30% lah tu.
Thanks.
;-)
Wah.. nanti jangan lupa jemput saya ye untuk kenduri naik rumah baru...
Post a Comment