JIKA anda tinggal di Kuala Lumpur.Jika ada orang kampung datang bertandang dan minta anda tunjukkan jalan. Jalan-jalan ke Muzium Negara, Zoo Negara, Masjid Negara dan apa-apa lagi... Andapun bawalah mereka jalan-jalan. Ya! jalan kaki dan naik bas dan naik LRT. Apa perasaan orang kampung anda?. Mungkin dia berharap nak round-round naik kereta, bukan jalan-jalan naik turun bas dan LRT.Sebenarnya itulah cara terbaik bagi orang KL untuk berjalan. Jika naik kereta pasti jam. Namun cara terbaik kita mungkin tidak dapat diterima sepenuh hati oleh orang kampung kita. Sudahlah tinggal di kampung kena berjalan, datang KL juga perlu berjalan kaki!.
Di Boston ini saya diajak oleh seorang kenalan (baru kenal ni) berjalan-jalan. Dia call saya suruh tunggu kat hotel jam 10.30am. Jam 9.30am saya sudah sedia, takut lewat. Ingatkan orang yang dah lama tinggal kat US memang tepat pada waktunya, macam orang yang dah lama tinggal kat Jepun jugak. Akhirnya dia tiba juga walaupun sedikit lewat. Jalan kaki!. Alamak, first impression saya ialah dia bawa kereta. Namun dia memang tidak memandu di sini. Kamipun jalan-jalanlah naik turun keretapi dari satu tempat ke satu tempat. Dari hujung stesen ke nun hujung stesen lagi satu. Cover satu bandar. Singah-singgah tengok dan tidak beli.
Terima kasih Leo kerana datang bawa jalan-jalan dan belanja makan.
2 comments:
mba, rasanya orang US tak leh lawan orang Jepun in term of time management. Kat Jepun, seingat saya kalau meeting pkl 10, sebenarnya 9.50 dah kena sampai kan?. Kat US sini, 10 is 10 (*although kekadang lewat sikit)...
napa ...Singah-singgah tengok dan tidak beli?
sakura
Post a Comment