Labels

Friday, May 04, 2007

SALAH FAHAM TERHADAP JEJAKA KESUKAAN RAMAI (JKR)

KAMI bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur semasa cuti hari pekerja dan hari vesak yang lepas.

"Alahai teruknya jalan-jalan di sini. Berlobang-lobang. Teruk betullah JKR ni. Jangankan jalan yang jauh, yang dekat bangunan diapun teruk".

"Yang.... kat negara kita ni ada tiga jenis jalan. Ia itu Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Perbandaran. Itu tak masuk lagi jalan kampung. Jalan yang berlopak-lopak ini bukan tanggungjawab JKR, tetapi DBKL. Sebabnya ini adalah Jalan Bandaran".

"Oooo gitu. Ingatkan DBKL tugas pungut sampah aja".

"Yang ..... pungut sampah tu dah jadi tugas Alam Flora Yang ooiii".

"Tu... yang bangunan kat Putrajaya paip pecah tu, siapa pulak yang jaga kalau bukan JKR?".

"Itupun setaraf dengan DBKL juga, tapi oleh kerana ia di Putrajaya, maka ia adalah PJH atau Putrajaya Holding".

"Habis tu JKR buat apa?".

"Patutnya JKR kena asingkan antara kerja operasi dengan kerja polisi. Barulah ada governance namanya".

Jangan Jejaka Kesukaan ramai jadi Jejaka Kebencian Ramai dahlah....

3 comments:

areyoung said...

menterinya pun selalu mendatangkan 'salah faham'.. haha

Berisman said...

Kalau tol roads,di bawah bidang kuasa LLM.Kesian JKR jadi mangsa silap faham.

JKR=Jasa Kepada Rakyat

Anonymous said...

Bang oii. Yang dewan runtuh kat putrajaya tu terletaknya Pejabat Pendaftaran KONTRAJTOR. Raja segala kontraktor.

Yang runtuh di Imigresen tu, adalah raja segala pemberi permit untuk kerja-kerja kontraktor.

Dan yang tanah runtuh pula tu, adalah dekat raja segala projek kontraktor, yang hampa panggil jejaka JKR

Yang belum runtuh adalah ......