Tuesday, March 27, 2007
GARANG
RAMAI orang beranggapan bahawa saya adalah seorang yang garang. Perlukah saya mengiya atau menafikannya?. Rasanya tidak perlu. Sebabnya agak sukar bagi diri kita sendiri untuk menilai diri sendiri. Kita lebih menjurus untuk meletakkan diri kita bagi yang baik-baik sahaja. Sedangkan orang di sekeliling kita adalah bagai cermin diri kita. Kadang kala ada juga cermin yang menipu .... Cermin ini biasanya rosak dan tidak boleh bekerja sebagai cermin lagi. Ia perlu kembali kepada kaca dan seterusnya pasir.
Sekarang saya berada di Eagle Ranch, dalam satu program untuk menilai diri sendiri. Ukuran dibuat secara saintifik. Ukuran saintifik ini memberikan keputusan yang sama sekali berbeda dengan ukuran (tanggapan?) orang awam yang terdahulu. Saya tak garang!.
yang mana satu nak pakai?. Tunggu entri selanjutnya. Itupun jika ada mood.
... Dari Treo 680 @ Eagle Ranch.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tuan,
Bagi perempuan seperti saya, garang itu satu perisai. Jika tidak garang orang akan mengambil kesempatan atau membuli atau apa-apalah yang sewaktu dengannya. Siapa lagi yang hendak melindungi diri kami selain Allah dan diri sendiri bukan?
Post a Comment