SEMASA MBA tinggal di kampung dulu, perkataan "kelmarin" adalah yang paling lumrah digunakan untuk menceritakan mengenai "yesterday". Namun setelah berpindah ke KL, orang sini selalu gunakan "semalam". Jadi, MBA ikutlah stail orang sini dengan 'semalam'nya. Rupa-rupanya, mengikut DBP, kelmarin bermakna yesterday dan semalam bermakna 'last night', yang biasanya disebut oleh orang sini sebagai "malam tadi". Rupa-rupanya "malam tadi" dan "siang tadi", "pagi tadi", "petang tado" hanyalah sekadar untuk menceritakan tentang waktu peristiwa.
OK ... kelmarin MBA bercuti. Pagi-pagi lagi, sebelum 7am memandu ke H.Selayang. Sampai di sana jam 7:45am (sangkanya dah awal). Dapat nombor 58, alamak!. Tunggu-punya tunggu punya tunggu selesai ambil darah dah jam 9:15am. Lajulah juga misi-misi ni buat kerja, sebab dalam masa 1jam 30minit dapat selesaikan urusan 58 orang pelanggan mereka. Namun yang sakitnya.... temujanji dengan doktor ialah jam 9am untuk ultrasound. Lepas tu temujanji seterusnya ialah 10am, 12am dan 2pm.
Sakit yang kedua ialah, adakah misi tu tak jumpa cari urat untuk ambil darah... Dua kali dengan dua tempat dicucuknya, darah tak juga keluar. Sakitnya tak terkiralah lagi sebab dicucuk salah tempat. Hinggakan dia terpaksa minta pertolongan dari misi lain, barulah darah tu nak keluar. Rupa-rupanya ramai orang yang macan tu hari ni. Hmmm... kena komplen ni.
9:20am dah siap-siap dalam bilik ultra-sound sebab XXX tolong uruskan (sebab ada meeting jam 10). Alahai, macam nak semak bayi dalam kandunganlah rasanya. Nasib baik tak ditemui sebarang bayi. Jika tidak jenuhlah kena buat DNA pula untuk tentukan siapa bapaknya pulak. Ha ha ha.
10am: meeting jap dengan ketua jabatan IT h.selayang pasal masalah IT. Lepas tu meeting dengan dua vendor pasal masalah masing-masing. Ia berlarutan hingga 12pm. Masalah mereka boleh dikatakan selesai.
12:30pm ke pejabat tanah gombak untuk bayar cukai tanah yang tertunggak. Alahai, kaunter tutup untuk makan tengahari. Sepatutnya kaunter bayaran tak tutup (rasanyalah).
Temujanji untuk majlis hari raya dengan ex-JKR tak dapat ditunaikan. Dulu jamuan pra-puasa juga miss. LEpas tu terus memandu ke Shah Alam untuk ambil majalah-majalah dan buku yang dijanjikan dari KarangKraf. Terima kasih Sri Diah kerana berikan majalah-majalah percuma hingga ratusan ringgit. Lain kali bolehlah berjanji lagi ekkk. :)
Memandu pulang dan buat perancangan baru. Singgah kat Keramat untuk solat zohor. Lepas tu gunting rambut. Lepas tu terpergi ke kedai cermin mata (yang dalam entri yang lepas-lepas tu). Buat cermin baru (bingkai sedia ada). Fuh.... RM1800.00 untuk kanta sahaja.
Dia: Harga dia mahal sikit, RM1800 ni
Aku: Mahalnya. Jika tahan 5 tahun tak apalah, tapi jika dua tahun parah gak tu.
Dia: Hmmmm jika 2 tahun, dalam RM2.30 seharu
Aku: RM2.30 sehari.... ah tak apalah, untuk melihatkan!, Jika hisap rokok, mau RM5 sehari. OK jadi.... diskaunlah sikit.
Dia: OK RM1700. Set.
Lepas tu pergilah pulak ke kedai ikan. Niatnya nak beli cacing untuk dua ekor ikan laga kat rumah. Tapi tergoda pulak dengan anak-anak ikan dan akuariumnya sekali. Terbang lagi RM...... Balik ke rumah dah lewat senja. Lepas solat, pasangkan akuarium. Lepas Isya' keluar untuk jumpa client lagi hingga 11pm.
Itulah kisah kelmarin, mengalahkan orang yang tak bercuti.
No comments:
Post a Comment