Labels

Monday, February 06, 2006

OH BUKU TEKS .....!

DUA tahun lagi semua pelajar akan dapat buku teks percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Oh dua tahun lagi? mengapa bukan tahun lepas?.

SPBT ini hanya diberikan kepada pelajar yang pendapatak keluarganya kurang daripada RM2,000 sebulan, ataupun yang mempunyai adik-beradik yang ramai. Kemudian pada tahun ini polisi telah menetapkan bahawa semua akan guru, tanpa mengira gaji ibu-bapa mereka juga layak menerima SPBT. Dengarnya juga semua anak pegawai & kakitangan Kementerian Pelajaran juga layak. Hmmmm.... orang kementerian lain dapat apa agaknya?.

Yang menghairankan saya ialah, 90% daripada pelajar menikmati SPBT ini. Cuma 10% sahaja yang tidak dapat dan masa selama dua tahun itulah diperlukan untuk menjadikannya 100% dapat.

Kehairanan berikutnya pada saya ialah betapa ramainya anak-anak termiskin di sekolah kita, iaitu pendapatan keluarga kurang dari RM2,000 sebulan. Setelah ditolak anak cikgu dan anak orang kementerian rasa-rasanya terlalu ramai penduduk termiskin di negara kita ini ya?.

Saya ada 5 anak yang bersekolah dan tidak pernah mendapat SPBT kerana tidak pandai menipu borang permohonan dan meminda slip gaji mengatakan pendapatan kurang RM2,000, walaupun saya dengar dan memang tahu orang bergaji berkali ganda dari sayapun turut menyapu SPBT ini.

Moga-moga Allah berilah buku 'SPBT' saya di akhirat kelak ikut kanan.
(oh pedasnya bagi yang termakan cili)


Amin.

4 comments:

Adib Noh said...

Orang menipu tak rasa 'pedas' sebab lidah dah bercabang banyak.

ainizakri said...

MBA san..

Sian pada anak-anak yg dpt SPBT dek tipu helah ibubapa..
Ada sorg tu dpt SPBT, bapa bawa Harrier, mak drive perdana...
Agaknya kurang RM2000 tu..tolak segala belanja hutang kete kot...

abdullahjones said...

2 tahun lagi tu rancangan masa depan mba. jadi pastikan kawan-kawan kita ini masih memerintah 2 tahun lagi jika mahu buku pinjaman.

Nic said...

tapi nic pelik plak ngan menteri pelajaran tu, lepas buat kenyataan baru buat kajian. PAgi tadi dgr, dia kata nak kaji pasal pinjaman teks nie.. hehehe.. tataule pak menteri nie.