DULU kita di Malaya hanya dengar kisah di negara orang putih sahaja ada orang dibuang kerja pasal dia tutup aurat. Sekarang, selepas isu karikatur, mereka uji pula dengan memecat pekerja yang memakai tudung. Ia berlaku di tanah air kita sendiri, namun hotel tahu bintang tersebut kepunyaan orang putih.
Yang menarik mengenai berita ini ialah cara ia dilaporkan. "Adalah dilaporkan bahawa sebuah hotel bertaraf tahu bintang telah memberikan kata dua kepada pekerjanya. Buka tudung atau berhenti. Hotel bertaraf tahi bintang tersebut di jalan Ampang". Mengapa 'pemberita' takut nak dedahkan nama hotel tersebut?. Jika didedahkan nescaya kita tak perlu buat demo, tak perlu buat laporan, tetapi saya jangka lebih setengah sales dia akan merundum. Ini asyik nak rahsiakan saja nama sebab apa?. Jika takut kena saman seba siar nama tahi bintang tersebut, lebih baik jangan siarkan langsung. Bolehlah siarkan berita lain seperti ada majlis tari menari sepanjang malam disebuah hotel tahi biantang di jalan kaki bulan. Contohnya.
Pemberitaan jenis ini nampaknya ada double-standard. Masa akhbar the new strait times siar karikatur, mengapa tak sebut sahaja sebuah akhbar siput bulan yang siar karikatur?.
ayo yo ini macam punya beritapun ada ka?.
4 comments:
lepas ni kena pastikan hotel kat malaysia tak de taik !! hehe
Those in the know shud post the name. Kalau tidak kita ni pun jadi sama taraf dgn reporter tu je.
...akhbar terbabit tidak menyiarkan nama hotel berkenaan atas dasar untuk mengelakkan tindakan (saman atau sebagainya) diambil ke atas mereka sama ada oleh mangsa atau pelaku setelah berita tersebut disiarkan. Ini menjadi amalan biasa bagi organisasi media baik elektronik atau cetak...
sebenarnya diskriminasi ni memang biasa berlaku dulu2 pun, tapi biasanya peringkat interview lagi. kalau masa interview pakai tudung, langsung tak dapat kerja. dulu-dulu orang kata kalau nak kerja jadi kerani (teller) BSN pun gitu. tapi sekarang dah tak macam tu lagi. saya memang tahu org yg masa interview tak pakai tudung, lepas dah dpt kerja baru pakai. tapi taklah kena buang selepas tu.
Post a Comment