Labels

Thursday, July 31, 2003

Dilema Orang Teknikal

Dilema Orang Teknikal
Perbincangan kali ini masih berkisar mengenai PTK4. Salah satu tujuan tersirat kursus tersebut ialah untuk mencari pemimpin (search for leaders). Jadi semua peserta kursus (berjumlah 34 orang semuanya) perlulah bersikap dan bersifat pemimpin. Di antaranya mestilah cergas, cekap, ramah, kreatif, berperawakan dan yang paling penting ialah sentiasa “bercakap”. Cakap pula bukanlah sebarang cakap, bukan merapu tetapi cakap-cakap yang berisi dan penuh strategi. Ini yang paling susah, sebab orang Melayu kata “diam berisi”, ini kita mahu cari yang “riuh berisi”. Walau bagaimanapun pada pendapat saya, jika semua 34 orang tersebut “boleh bercakap”, maka akan riuhlah kelas tersebut dan banyaklah kerja yang tidak akan menjadi sebab semua orang ingin bercakap dan tidak ada yang ingin mendengar.

Pada hemat saya, kita ini dinamakan sebagai “orang teknikal”, maknanya duduk di antara ‘profesional’ dan ‘pengurusan’. Nak jadi profesional, profesyen kita tidak dilindungi oleh sebarang akta parlimen yang khusus ataupun dari badan ikhtisas. Maka kitapun lebih cenderung kepada pengurusan. Benchmark kita ialah PTD. Jika PTD boleh bercakap, kita mesti boleh bercakap, jika mereka boleh bersyarah, kita mesti boleh. Pendik kata apa sahaja yang mereka boleh, kita mesti boleh (kecuali beberapa perkara). [ha..ha… ingat pada malam dinner?… sebab PTD ambil gambar dengan VIP, PSM juga perlu ambil gambar dan bayar RM20 lagi…] Tetapi yang aneh sedikit ialah, misal kata ada PTD yang boleh buat programming, kita akan kata kerja PSM bukan buat programming. Jika ada mereka yang boleh buat powerpoint yang baik, homepage yang menarik, malahan database yang mengancam, kita akan bersuara (bukan semua) PSM bukan kerja buat powerpoint. Homepage kerja user. Nak buat database bukan hantam kromo saja, mesti buat normalisation dulu dan sebagainya. Lantaran itu kita tak buat-buat juga database dan pengguna yang terpaksa buat sendiri mengikut keupayaan meraka (yang kadang kala lebih baik dari sesetengah daripada kita – jangan mare).

Pada pendapat saya, kita tidak boleh buat kerja borong, iaitu semua nak jadi pengurus sahaja. Kena ada selonggok dua yang buat kerja teknikal walaupun dah jadi JUSA. Jika tidak profesyen kita sudah tentu akan diperlekeh sebab yang dikejar tak dapat yang dikendong pun tak ada. Mengikut statistik 1996, terdapat 46 orang JUSA teknikal berbanding 446 JUSA bukan teknikal dan di dalam Gred I, II & III ada 12,800 orang teknikal berbanding 66,500 orang bukan teknikal. Dari sini apa salahnya jika PSM kekal sebagai orang teknikal (dengan sebahagian daripadanya menjadi pengurus). Kita perlu kekalkan trak teknikal dan trek pengurusan, bukan semuanya pergi ke pengurusan apabila dah naik gred F48 dan ke atas. Di antara trek teknikal ialah Systems Analyst, Operation, Specialist (network, Database, Security, graphics, AI, OA,CRM,QA, Education. Trek pengurusan pula bolehlah terdiri daripada cc manager, project manager, ISP, BPR, consultancy etc.

Di kalangan peserta PTK4 yang lalu, ramai yang mengeluh “kami ni dah tua, mana larat nak ikuti perkara-perkara teknikal begini”. Tetapi, jika kita dah tua tetapi masih juga “tak pandai bercakap”, macamana nak jadi pemimpin?. Teknik bercakap ni bukan boleh diajar dalam sehari dua, kekadang tu ia adalah anugerah semenjak lahir lagi. Bagi yang memang dah tak boleh bercakap, nak buat macamana lagi?. Buatlah R&D (Rehat & Duduk !!)

Sebagai kesimpulannya saya rasa, kita patut buat kerja kita lebih dahulu berbanding dengan kerja orang. Maknanya JUSA PSM mesti “lebih sedikit” kebolehan ICT berbanding dengan JUSA benchmark. Begitulah seterusnya F54, F52, F48 mesti lebih sedikit pengetahuan dan kebolehan ICT berbanding dengan skim benchmark di gred yang sama. Kemudian barulah dikira soal bercakap, bersyarah dan sebagainya.


No comments: