2. Saya tidak pernah dengan berguru dengan beliau. Walau bagaimanapun saya berkawan agak rapat dengan anaknya. Kami panggil anaknya ini sebagai "Mat Ook". Nama rasminya Mat Daud atau Ahmad Daud.
3. Pada suatu hari, telah berkalu kemalangan kereta di kampung saya yang sunyi itu. Maka ramailah orang kampung datang melihat. Kampung saya ini sunyi sahaja. Penduduk kampung hanya gunakan basikal atau motosikal sahaja. Tidak ada seorangpun yang memiliki kereta. Bas hanya lalu dua kali sehari (pergi dan balik). Teksi sekali-sekala. Lori balak banyaklah.
4. Kereta yang kemalangan itu sebenarnya terbabas dan melanggar busut di tepi jalan. Beberapa orang cedera ringan. Kereta rosak. Ramailah orang kampung percaya bahawa kemalangan tersebut berpunca dari busut tersebut yang ada penunggu. Kononnya penunggu busut itu sudah lama tidak minum darah. Maka Man Tok Guru pergi menasihat dan memarahi beberapa orang kampung. "Itu syirik. Mana ada penunggu. Jangan percaya perkara khurafat begini ... ". Betapa sukarnya menjadi orang alim pada zaman dahulu. Susah betul untuk membetulkan pegangan masyarakat yang percaya tahyul begini. Pada masa itu saya masih kecil dan belum bersunat lagi. Namun saya faham apa yang Man Tok Guru cakapkan.
Semoga rohnya dirahmati Allah jua.
1 comment:
Thanks for the wonderful informations regarding ,White Pure Heroin, we have interesting article which can help provide you and your audience with more insight and informations about the above mention,everything you need to know, thanks again
Email>>>>support@cocainestore.com
wickr>>>robertgreen1020
call/text >>>1(505)257-5355
Post a Comment