BAPA angkat Jepun saya tinggal di Ittoman shi, sebuah kampung nelayan di utara Okinawa, Jepun.
Biasanya kami ke rumah beliau menaiki teksi dari OIC di Maeda ataupun dari bandar Naha.
Suatu hari pakcik Higa (Kyogi Higa) ini mengajak kami ke rumah beliau menaiki bas. Perkhidmatan bas dari Naha ke Ittoman tidak banyak. Barangkali beberapa jam sekali. Sebabnya kekurangan penumpang (kini saya tidak pasti samada sudah pulih atau sebaliknya).
Apabila menaiki bas di Okinawa, kita perlu masukkan duit siling dengan nilai tertentu dalam kotak bas. Tiket akan keluar dari kotak tersebut. Ada satu paparan di hadaan bas menunjukkan berapa Yen duit yang dimasukkan sepanjang perjalanan. Ia bermaksud, jika kita bayar 100 Yen, maka kita boleh naik bas sehingga had 100 Yen sahaja.
Jika tidak silap saya, tambang ke Ittoman ialah 210 yen. Pakcik Higa ini selalu masukkan duit lebih. Saya tanya "mengapa pakcik masukkan duit lebih?". Pakcik jawab "Jika company dapat duit lebih, ia akan untung. Jika company untung, perkhidmatan bas ke kampung pakcik bertambah elok lagi. Jika banyak orang tipu, company rugi. Lama-lama bas tidak ada lagi".
Begitulah minda orang Jepun.
Begitulah minda orang Jepun.
1 comment:
nak tye kalau saya nak melawat ke jepun dlm mid or late march ok ke?
n suggestion places? sy akn trun kat tokyo.. maybe dlm 12 hari
Post a Comment