Monday, March 01, 2010
RAYUAN AGM myJICA
SEMUA ahli JICA Alumni Malaysia (myJICA) dan juga bekas peserta kursus JICA adalah dipelawa untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-23 seperti berikut:-
Tarikh: 7 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 10pagi
Tempat: Kelab Tasik Putrajaya
(No.2 Jalan P8).
AGM pada kali ini akan mengadakan pemilihan EXCO baru. Sehubungan dengan itu semua ahli adalah dijemput hadir bagi melicinkan proses mesyuarat dan pemilihan ini. Semenjak 22 tahun yang lalu, AGM myJICA sentiasa meriah dengan kehadiran ahli, kecuali 2 AGM yang terakhir.
Bagi menggalakkan kedatanga ahli, EXCO bercadang untuk membuat cabutan bertuah berupa tiket penerbangan ke Jepun. Walau bagaimanapun setelah perbincangan lanjut diadakan, EXCO memutuskan untuk memberikan wang tunai kepada pemenang cabutan bertuah ini. Dengan nilai melebihi RM1,500, para ahli boleh menggunakannya untuk apa sahaja.
Jom semua ahli dan para sahabat myJICA ke AGM ke-23. Ahad ini di Kelab Tasik Putrajaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
april/march?
MAAF. 7 Mac 2010 (Ahad)
MBA-san,
7th March tu birthday Cath... Hehe!
Cath,
MBA tidak boleh lupa 7 Julai.... sebab ia juga adalah birthday wife.
MBA-san,
Cath jugak tidak boleh lupa 7 Julai... sebab hari tu teramat istimewa untuk Cath. Hehe.
Cath, boleh kongsi..what's so special dengan tarikh 7 Julai tu?
Post a Comment