Labels

Tuesday, March 09, 2010

myJICA: KEPIMPINAN BARU YANG LAMA



Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-23 myJICA telah berlangsung dengan jayanya. AGM pada kali ini nyaris-nyaris dibatalkan kerana kekurangan korum. Pelbagai usaha telahpun dibuat oleh para EXCO untuk mempastikan seramai mungkin ahli datang menyertai AGM tersebut. Ia meliputi surat panggilan, e-mel, blog dan FaceBook.

Akhirnya kepimpinan baru sesi 2010-2012 berjaya dipilih dan seperti biasa, kepimpinan utama yang baru adalah daripada yang terdahulu. Sungguhpun begitu, banyak muka baru terpilih sebagai EXCO. Semoga gandingan muka baru dan lama ini akan memantapkan lagi myJICA.

1 comment:

Leyla Shuri said...

salam sdr MBA,

Letaklah nama2 mereka yg dipilih.

Anak dara cute itu ada dlm gambar, cutenya dia...tapi dah lupa nama ish..

Nago san pun ada...banyak yg saya kenal tapi entah mereka kenal saya, tak tahulah.

Tahniah akhirnya berjaya juga membuat perlantikan.