Labels

Thursday, January 01, 2009

PERMULAAN YANG BAIK BAGI 2009


GENG basikalis daripada Putrajaya Easy Riders (PERs) bersama Geng Gedebe menjemput untuk meraikan 2009 di Lebuhraya DUKE (Duta Ulu-Klang Expressway) yang masih belum dibuka sambil menonton pertunjukan bunga api di KLCC. Khabarnya 6 pengayuh daripada Gedebe dan 3 daripada PERs mengambil bahagian. Apa yang istimewanya ialah semua (kecuali seorang) berumur lebih 50 tahun dan mengayuh basikal dijadikan hobi baru mereka. Pagi ini pula PERs mengadakan PMR (Putrajaya Morning Ride), iaiatu acara menyambut tahun 2009 peringkat Putrajaya.

Kedua-dua acara tersebut tidak disertai oleh saya kerana sebab-sebeb tertentu.

Pagi ini sya menghantar anak ke-3 untuk mengikuti kursus di sebuah IPTS setelah dia ditawarkan biasiswa oleh Kerajaan. Pendaftaran di IPTS ini berjalan amat lancar sekali. Ibu bapa dipersilakan duduk dan anak-anak mendaftar tidak sampaipun 30 minit. Lengkap dengan tag nama, kunci asrama, bayaran yuran dan arahan-arahan dalam buku panduan yang disertakan. Dua jam kemudian taklimat dan perasmian minggu orientasi diadakan. Ia juga berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun amat ringkas sekali. Selesai taklimat para pelajar dibawa dengan bas ke asrama untuk menyimpan barang dan sebagainya dan acara berakhir sebelum tengahari.

Program pendaftaran kelihatan amat mudah sekali. Ia jauh berbeza dengan anak pertama kira-kira 4 tahun dahulu yang memasuki IPTA yang pendaftarannya sahaja memakan tiga suku hari.

2 comments:

aofuad said...

MBA,
Wakil PERs adalah Dr Taufik,Won dan saya,
Kita mula kayuh lebih kurang jam 1045 malam, sebab terpaksa tunggu 2 geng GEDEBE yang baru na pasang road bike mereka yang baru.
Meleleh air lior tengok bike yang berkilat dan sangat ringan, jenama BH dan Merida.
Kalau di total kedua dua nya boleh beli lebih sedozen T-bolt.
Yang best nya, apabila penonton penonton yang bwrada di tepi jalan yang menonton bunga api, berkata " Wah yang pompuan tu laju dari lelaki di belakang"
Apa ta laju,road bike compared to mtb.

Cat Cat said...

MBA,
Cantik rumah baru MBA... Selamat Tahun Baru untuk MBA sekeluarga...