Labels

Friday, October 10, 2008

KERETA ATAU KAPALTERBANG?

Saya kini di Kuala Terengganu setelah memandu hampir 500km. Keputusan nekad untuk memandu tanpa mendapat sesenpun tuntutan perbatuan atau apa-apa tuntutan telah dibuat walaupun tiket penerbangan telah berada di tangan.

+ Bolehkan saya memandu sahaja ke KT. Saya tak akan claim perbatuan, cuma tuntutan gantian tiket penerbangan sahaja.
- Apa alasannya?
+Tiket kapalterbang sudah habis. Yang ada cuma 8am. Sedangkan check-in kat hotel 3pm
-Itu bukan alasan munasabah. Saya akan pastikan tiket dikeluarkan. Apa salahnya 8am?
+ 8am. Saya perlu keluar rumah 5am. Pergi KLIA. Jika memandu, 8am boleh mula. 5 jam sudah sampai.
-Naik flight
+Kerajaan tak rugi apa-apa jika saya memandu
-Naik flight
+Saya nak memandu juga. Tidak dapat claimpun tak mengapa
-Anggap saya tak dengar. Saya tak tahu

Maka sayapun memandu, sebab dpt singgah sebentar ziarah mak yg tak sihat. Sudahlah raya tak balik, nak ziarah orang tuapun susah. Jumpa emak lebih berkat daripada claim.

Mudah-mudahan perjalanan saya selamat pergi dan balik.

2 comments:

Anonymous said...

Tuan;

Saya tak fikir tuan rugi kewangan, balasan di akhirat jauh berganda kerana niat suci menziarahi ibu sendiri. Ingat, tanggung jawab anak lelaki perlu utamakan ibunya dan jika ada masa terluang fikir-kanlah, berapa lama sangat lagi tuan mempunyai ibu di dunia?

Tahniah kerana tidak terlalu memikirkan keuntungan kewangan semata-mata.

mba2u said...

Alhamdulillah,

Dah selamat sampai.