Labels

Friday, December 14, 2007

SAKIT JANTUNG

KINI sana sini ada orang mati kerana sakit jantung.
Semalam sihat-sihat sahaja,hari ini sudah meninggal.
Dulu OK sahaja, kini sudah tiada lagi.
Dunia kian canggih, penyakit bertambah banyak.

Walau apapun, rasa-rasanya penyakit-penyakit begini memang sudah wujud.
Logiknya, ramai juga orang kita di kampung-kampung yang meninggal dengan tiba-tiba sahaja. Kita istilahkan sebagai mati mengejut. Mungkin mereka meninggal kerana sakit jantung. Cumanya kepakaran perubatan belum diperolehi pada masa tersebut. Maka mati mengejut adalah jawapannya.

Apakah simpton sakit jantung?. Adakah ia bermula dengan sakit dada ataupun sesak nafas atau yang seerti dengannya?. Kawan saya rasa pening bila bangun tidur dan muntah. Bila dibawa ke hospital, dia disahkan sakit jantung. Kawan anda bagaimana pula tanda-tandanya?.

1 comment:

MA said...

Abang saya keluar peluh yang amat banyak dan merasa amat tak selesa. Duduk dalam aircond pun peluh menyimbah-yimbah. Nasib baik he got to the hospital on time. Tapi kena gak duduk CCU for two weeks.