MUSLIM PACKAGE dalam lawatan atau melancong atau zaiarah?. Apakah maknanya?.
Dulu-dulu pakej ziarah ini mungkin untuk pergi umrah dan ziarah ke tempat-tempat bersejarah, khususnya di negara-negara Asia Barat. Namun tempat bersejarah, tempat menarik bukan sahaja di Asia Barat, malahan di seluruh dunia. Islam juga terdapat di seluruh dunia. Dengan itu muncullah barangkali pakej pelancongan yang dijual atas nama "Muslim Package".
Islam memang menggalakkan umatnya supaya berjalan merantau ke seluruh pelusuk dunia ini untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Muslim package barangkali banyak membantu.
Walau bagaimanapun, pada jangkaan saya, pakej begini diadakan semata-ma a untuk tujuan perniagaan semata-mata dan tidak lebih dari itu. Apakah yang terdapat dalam program pelancongan Pakej Muslim?. Biasanya melawat masjid, melawat tempat-tempat menarik, makan di restoran halal dan tidak lupa membeli belah.
Biasanya lawatan ke masjid dibuat bukan dalam waktu sembahyang. Misalnya pada jam 11 pagi. Ia dikuti dengan lunch dan kemudian sesi jalan-jalan sehinggalah lewat petang. Bila pulang ke hotel, dah maghrib. Nah! di mana solat Zohor dan Asar djamak-qasarkan? Bila ditanya pada operator atau ketua lawatan, ah..... tadikan dah lawat masjid?. (Operator pakej ISlam ini mungkin orang ISlam di Malaysia, namun counter-part di negara destinasi tidak semestinya Muslim, jadi? bagaimana?).
ALHAMDULILLAH, semasa sesi XPDC myJICA ke Mt. Fuji baru-baru ini, semua peserta diberikan peluang untuk solat secukupnya. Kerana dikhuatiri tempat solat, waktu rehat dan kesukaran mendapat air di puncak, kami solat dahulu di kaki gunung sebelum mendaki.
--- Salam dari Jakarta.
3 comments:
Macam chipsmore la pulak ~ M'sia-Jepun-Jakarta-? (mana pulak?)...
Patut pun tak jadi 'swap'... bnyk 'agenda' rupa nya ;-). Anyway, tahniah kerana berjaya menawan Mt. Fuji. Bila nk share gambar2...?
~S***~
Sy**;
Gambar2 sdg diisih, maklumlah ada 24 biji kamera... Setakat ni baru terima dari 3 kamera. Itu belum masuk Video lagi. Nanti akan dibikin satu laman/album Fujiyama.
berehatlah, tenangkan hati dan kosongkan fikiran. Dah 20 tahun lebih bekerja teruk....ambillah masa untuk diri sendiri.
Nanti bawalah ole-ole dari Jakarta, sekurang-kurangnya benda yang boleh dikunyah dan tak mau benda yang hanya dilihat saja spt tongkat mt fuji.
Post a Comment