NOVEL TERBARU 'MAHLIGAI CINTA'
KINI MENANTI ANDA DI PASARAN SEKARANG
SRI DIAH kini menampilkan novel terbaru beliau bertajuk 'Mahligai Cinta'. Novel beliau kini sudah mula dijual di kedai-kedai buku berhampiran.
Novel beliau kali ini mampu mengajak anda menyelami watak-watak yang bermain dengan perasaan terhadap pasangan masing-masing sama ada kecewa, gembira, pasrah, sayang, cinta dan sebagainya.
Namun, lumrah percintaan; ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Tidak kiralah anak dara, tunangan, isteri, suami, janda malah dua sekalipun berjak memiliki anugerah paling agung - CINTA.
MAHLIGAI CINTA - memuatkan momen-momen cinta, sengsara, suda dan duka. Antara kejujuran dan kepuraan, antara keikhlasan dan pendustaan. Ada cinta yang terhalang... ada rindu yang tercicir.
Tajuk: Mahligai Cinta
Harga: RM19.90
Halaman: 508
P.S Novel ini tidak akan ku baca. Kenapa?. Jawapannya ada dalam novel ini. Jika anda nak tahu, anda beli dan bacalah sendiri.
7 comments:
Boleh tak MBA belikan dan saya baca. Saya malas nak beli novel, tapi kalau orang bagi saya akan baca.
Kenapa cover depan gambar katil? Agak sempitlah definasi cinta.
MBA tak mahu baca? Saya tak percaya!
Abah;
Perasaan semasa membaca proof dan menulis tak sama seperti semasa membaca hasil yang telah 100% siap!.
Jadi... Mesti Baca!
tak kisah pasal gambar katil kat novel Mahligai Cinta, tp tak puas hati gambar orang pegang Notebook tanpa KEPALA, kok ye minat misteri nusantara, janganlah sampai gitu..malu warga IT sekelian.Blog ni ramai peminatnya.gambar kat atas tu tak ubah seperti baling batu sorok muka.Serlahkan imej positif anda mba
anonympus: Alahai, banyak (atau ramai?) benor Anonymous kat sini. Macamana nak tunjuk kepala, jika yg tulispun tak nak tunjuk nama ;-)
sri: Itu namanya kempen promosi terbalik. Sri tak belajar ke masa kelas marketting dulu?.
Siti Noor Eyes: "sama jer"
anonymous (yg satu lagi): Mengapa katil? Kena baca, sebab ia memang bukan taman bunga, walaupun ada adegan di Lake Garden.
Eyes mesti baca... jika tidak kamu akan menyesal ;-)
nak minta pendapat, berapa usia yang sesuai utk baca novel ini. Kalau dah kahwin 10 tahun, 20 tahun dan 25 tahun, pengalaman yang dilalui sangat banyak. Masa remaja dulu dan zaman dara saya baca gak buku-buku macam ini. Tapi skrg dah kahwin 10 tahun, macam malas jer..dah tahu dari pengalaman. Kalau ramai orang macam saya, tak untung banyak penerbit buku. Reason yang sama (saya teka) tuan MBA tak nak baca
Post a Comment