Labels

Friday, August 11, 2006

MOLESKINE

SAYA (mungkin seperti anda juga) tidak pernah tahu apa-apa mengenai moleskine, sehinggalah saya memilikinya.

Moleskine ialah buku nota lagenda, yang digunakan oleh artis dan pemikir Eropah semenjak dua abad yang lalu.

Ia telah diperkenalkan semula oleh syarikat Modo & Modo dari Itali pada tahun 1998 dengan pelbagai stail. Moleskine adalah dari keluarga buku nota yang mempunyai pelbagai fungsi seperti buku catatan, diari, muzium, buku lakaran, cahiers, atlas dan banyak lagi.

Apa Istimewanya Moleskine?
Entahlah.... saya tak pasti, tetapi harganya adalah mahal.....

Barangkali sayalah manusia pertama yang telah membawa moleskine ke puncak mt. Fuji

Ya... saya bawa moleskine ke puncak Mt. Fuji, namun adakah sebarang catatan atau lakaran dibuat?. Fuh.... jangankan nak buat catatan, nak hela dan tarik nafas sendiri juga terasa payah. Nak makanpun tak berselera dan tak terasa laparnya. Beg yang disandang juga tak terasa beratnya. Hanya sekadar minum air sahaja.... itupun kerana arahan dari renjer di setiap perhentian "myJICA are you ready? 5 minutes break please drink water".

5 comments:

abdullahjones said...

Selamat sampai punchak!

p/s: kalau bawak buku 555 lagi laaa klahh weh! moleskine tu glamour je lebih. :)

mba2u said...

Batultu AJ, buku 555 lagi bagus. Tapi saya nak cari buku 575 lah... utk tulis haiku ;-)

Bunga Rampai said...

Salam. Tahniah dah sampai puncak gunung Fuji!

Anonymous said...

tahniah en. mba. dah sampai ke sana.

Berisman said...

MBA,
I missed this posting of yours until your reply in the MOLES.tahniah abedib ucapakan kerana berjaya ke puncak Mt Fuji.