Labels

Tuesday, August 01, 2006

ENTAH MENGAPA

KAMI berempat asalnya dari jabatan yang sama. Saya, Sob dan Bed kerja sama-sama. Mec pula menyertai jabatan setelah saya keluar. Bed keluar dari gomen sebaik sahaja kontrak biasiswanya tamat dan menyertai sektor korporat. Dia jadi usahawan dan menjual segala harta yang mahal-mahal. Sob sempat mengambil biasiswa bagi Master dan resign setelah mendapat tawaran kerja yang baik dan majikan barunya membayar segala hutang kontrak dengan kerajaan. Mec pula keluar setelah sekian lama berbakti kepada gomen. Saya? oh... dah lapan kali bertukar tempat kerja dan masih dalam gomen. Bukan takut nak keluar, cuma tak berapa berani. Bukan juga demand tinggi, cuma dia orang kat luar tu tak berani nak offer ;-)

Memang dah lama kami tak berjumpa. Sekali sekala tu adalah.

Bed ajak keluar lunch. Sob setuju. Kat mana?. Alamanda. Namun tak jadi sebab Bed ada urusan penting dan kena balik kampung. Bila Bed free, dia google-talk minta diaturkan lagi lunch. Saya beri tahu yang Mec dan resign dari company dia yang terkemuka itu. Sekarang ni dia kata dia menganggur, mengikut blog dialah. So, nak ajak dia sekali. Kemudian dimaklumkan yang Sob dah berkurung dan dikurung di ofisnya sejak semalam kerana server back-up tak berfungsi setelah server utama break-down dan menjadi heboh satu Malaya. Akhirnya lunch tak jadi.

Akhirnya Mec ajak saya dinner. Saya pergilah sendiri, somewhere kat PJ sana. Dah parking elok-elok di tempat parking dan masuk restoran dan makan-makan bersama Mec. kami berdua saja. Mec dah kurus sakan. Dulu diabukan over-weight, tapi over-obesiti. Macamana dia buat? Katanya dia pergi akupuncture. Lepas tu dia pergi gim tiap-tiap hari. Sekarang ni dia jadi consultant. Bila ditanya berapa RM target dia setahun, katanya RM9juta. Wow, terkejut saya dibuatnya, ingat dia jadi consultant cabuk jer, macam dulu-dulu, setakat beri ikhlas hati saja.

Dipendekkan cerita, dah habis dinner, kamipun berpisah dan balik. Saya pergi ke tempat parking dan..... tak nampak langsung kelibat kereta saya. OH kat mana aku park MBA tadi?. cari punya cari punya cari dan confirm dan sahlah kereta tu dah lesap. Fening.... frust dan macam-macam lagi. Ooooo merc aku, buruk-burukpun merc juga!. Dok congak-congak, macamana ni?. Report polis?, report insuran?, beli kereta baru?, kongsi kereta dengan wife? macamana? ???

Dalam dok berfikir-berfikir tu, nasib baik diri masih atas katil lagi dan bukan kat tempat parking. Terus bangkit dan tengok kat luar, ah kereta masih ada. Ini entah kali keberapalah agaknya termimpi kan kereta tu ilang.... apa alamatnya??

Entahlah, macamana boleh dicampur adukkan kisah benar dengan sebuah mimpi semasa bermimpi.

Oh ya.... semasa bangkit dari tidur pagi ni, kahak masih berdarah. Bukan setitik dua, tapi banyak..... merah lantai. Entahlah.


[Jika ada salah silap, minta maaflah kepada semua pembaca. Minta ampun]

5 comments:

Anonymous said...

Tu lah..ramai yang minat dgn MBA 92 tu..mungkin kerana gah bewarna hitan atau mungkin kerana drivernya kot (yg hensem macam Datuk K)

Pasal kahak berdarah...segeralah jumpa pakar dan setiap penyakit mesti ada ubatnya, kuatkan semangat

Anonymous said...

laa...ini mesti gabra nak panjat Gunung Fuji.biasalah orang melayu percaya pada menda2 yang karut.Ini kira masuk khurafat gitu. Pasal kahak berdarah tu bbp sebab antaranya tekak kering, kurang minum air @ terlalu rungsing.Jadi segeralah jumpa doktor. Keeee cari alasan nak excuse pi panjat gunung..hihi..

Anonymous said...

mimpi...berlaku selalunya bila perkara tersebut selalu difikirkan dan ia akan dibawa ke tidur.

Utk dapat tidur berkualiti, ambil wuduk, baca doa tidur, baca al-fatihah dan selawat 3 kali. InsyaAllah bila bangun akan rasa tenang dan sihat.

abdullahjones said...

Bos, mari saya ajar cara untuk mentafsir mimpi. Apa saja tafsiran yang pertama tentang mimpi adalah yang paling hampir dengan maksud mimpi. Jadi setiap kali bermimpi, cubalah tafsirkan perkara-perkara yang baik.Sekian ilmu bagaiman mentafsir mimpi.

Anonymous said...

kalau badan tak sihat, mmg kadang-kadang mimpi kita tersasar kepada perkara-perkara yang tak elok. Saya harap cepat sembuh, kena usaha untuk berubat...