PERTEMUAN BERSEJARAH
SELEPAS lebih 25 tahun meninggalkan kampus, semalam MBA bertemu semula, buat pertama kalinya dengan rakan sekampus, teman tempat mengadu, rakan bergurau dan kawan tempat meminta salinan nota kuliah.Walaupun tidak pernah bertemu selepas meninggalkan kampus, tetapi MBA sentiasa keep-track tentang beliau. Sebabnya dia kerapkali muncul dalam media masa apabila ada isu-isu tertentu. Kini beliau menjadi orang penting di bandar bersejarah ini. Namun ini bukanlah suatu pertemuan bersejarah.
Pertemuan kedua ialah dengan seorang pensyarah semasa di universiti dulu. Dia tak sempat mengajar MBA kerana semasa MBA masuk universiti, dia baru dipinjamkan sebagai KP sebuah institusi penyelidikan. Kini selepas bersara, dia kembali menjadi profesor di sebuah IPTA lain. Dia dan isterinya ada di bandar bersejarah ini.
MBA kenal dengan isterinya sebab dalam sebuah NGO, mba adalah SU sementara isterinya ialah TP.
Pertemuan ini bersejarah, sebab .... selepas beri salam kepada kedua-duanya, dialog berikut diucapkan.
dia: lama tak nampak, mana pergi.
saya: eh ada Tok, tak ke mana-mana
saya: Datin apa khabar, masih mengajar di U.. lagi?
isterinya: oh dah setahun berehat...
kami berpisah.
cuba teka apa dialog mereka suami-isteri selepas itu?
tok: sapa mamat tu?
tin: entahlah yang, I tak ingatlah, student U kot
tok: I ingat dia student u, ataupun dia salah orang kot.
sambunglah lagi....
1 comment:
tin: tah ler. biau je lah sayang. Jom kita gi table buffet tu. laparlah. dr mlm semlm x makan ni semata2 tunggu ari ni.
tok: ah meh cepat. kita pulun sepuas2nya. baby dearest ada bawak beg plastik ke utk tapau.
tin: ada sayang, siap aku bawak 5 lagi.
tok:5? ngapa sikit sgt tu? manalah cukup utk di-distribute pd aunty, uncle, grand-aunt, cousin Jai sekuarga dan anak2 kita?
tin: beg plastik ikea lah...
tok: ok ok... pandai pulak baby dearest aku ni
tin: see the leg lah...
Post a Comment