Labels

Monday, March 06, 2006

MASALAH TIDAK PANDAI BERCAKAP

SEMENJAK dilahirkan, rasanya mula-mula kita berlajar bercakap. Lepas itu kita berlajar menulis. Kemudian barulah kita mula bekerja.

bercakap dan menulis adalah penting untuk bekerja. Ada kalanya kita diminta menulis. Ada ketikanya kita disuruh bercakap. Pernah juga sesekali kita diminta 'sila bercakap dengan fail'.

Dalam menjalankan biasanya hampir semua pegawai boleh menjalankan kerjanya. suruhlah apa saja, berilah tugasan, arahlah, semua boleh dibereskan. Namun ada tapinya...

TAPI jangan suruh saya menulis. Saya boleh buat kerja, tapi bab menulis ni kureng sikitlah... Ada yang boleh buat kerja, boleh menulis, tapi bab bercakap: minta maaf sajalah. Saya tak reti berkakap.

Nampaknya ramai pegawai yang tak reti bercakap. Mungkin bercakap adalah merupakan bakat tersendiri. Mungkin ia adalah suatu anugerah. Mungkin ya, mungkin tidak.

Ketiga-tiga kebolehan tadi iaitu bercakap, menulis dan bekerja mungkin tidak dipunyai oleh semua orang. Biasanya yang pandai dan cekap bekerja mungkin tidak pandai bercakap. Yang pandai bercakap pula biasanya hanya omong kosong sahaja. Cakap serba-serbi boleh, tapi sekadar cakap sajalah, hasil kosong. Sebahagian, tidak semua.

Mungkin sudah tiba masanya untuk diadakan kursus bercakap dan berbual-bual. Ia amat penting untuk menjalankan kerja. Apa tidaknya, jika kerja adalah mesyuarat, maka yang banyak bercakaplah yang dikatakan banyak dan pandai bekerja. Masakan ahli mesyuarat yang diam dikatakan banyak berfikir dan pandai bekerja? Memang kerja mesyuarat ialah bercakap dan hanya setiausaha mesyuarat sahaja kerjanya menulis.

Ini jam kena bercakap-cakap sajalah. Di mana agaknya ada kursus atau bengkel bercakap atau berbual?.

.... Dari udara laut cina selatan
dalam penerbangan menuju kk.

dari angkasa
terbang menuju kk
azam di langit

1 comment:

zino said...

ada kursus berkaitan communication skill, public speaking, dll..

zaman dulu2.. org tuo2 selalu tegur.. bilo org tuo2 cakap jangan menyampuk..

tapi sekarang ni zino memang selalu galakkan anak anak beri pendapat.. bercakap berkomunikasi.. kalau tak dapat skill bercakap ni memang satu kekurangan..