|
sejambak bunga wangi seluruh alam seorang teman |
KAWAN-KAWAN berpesan: "kau pergilah.... rugi kalau tak pergi, kelak kau akan menyesal. Teknik rebonding ni sesuai untuk kau". Bekas bos aku kata "Saya bangga kau dapat naik tangga tu. Walaupun kau dah naik tangga tu dan duduk lebih tinggi dari saya, sebenarnya kan, sejak dulu lagi awak dah duduk di tangga yang tinggi kat sini. Kat sini itulah tangga tertinggi yang ada. Kita tak ada bajet nak tambah lagi anak tangga. Maklumlah harga simen mahal, harga boroh lagi mahal. Tak apalah, daripada tinggikan tangga, prioriti kami nak tambah barang dapur, biar anak-anak yang ada ni cukup makan. Biar mereka boleh jadi tinggi jugak walaupun tak naik tangga tinggi". Pergilah, tapi jangan lupakan kami.
Aku pulak menasihati sahabatku supaya jangan pergi, duduk rumah, jaga anak, jaga emak, jaga segalanya. Awatlah aku ni teruk sangat? Teruk ke aku ni?. Aku ada seorang sahabat, dia kerja sebagai hobi dan untuk memenuhkan masa lapang sahaja. Minat dia memang bekerja. Bila diamat-amati, belanja make-up dia sebulanpun adalah jauh lebih mahal daripada gajinya. Sebiji tayar kereta Siri-7 dia tu dah beribu lemon dah tu... Jadi buat apa kerja jika kat rumah boleh dapat semua benda?. Kalau nak kerja jugak, bolehlah jadi PA kepada suami ke, atau jadi pengarah di syarikat suami atau minta modal seketul dan jadi bos di syarikat sendiri saja. Tak perlulah jadi kuli kepada orang lain. Namun dia nak kerja jugak.... Kemudian aku kata, you ni dah merampas hak orang lain tau, orang miskin yang nak kerja untuk menyara mak bapak kat kampung, yang perlukan duit untuk meneruskan hidup..... masih teruk jugakkah aku ni?.
[tamat]
3 comments:
Nasihat mba pada sahabat itu memang betul 100% tapi bila saya baca, terketawa pulak, jadi macam tak serious...padahal topik tu serious.
Memandangkan mba masih muda...naiklah tangga yang disediakan itu...bukan mba tak biasa kerja macam ini...gambatte ne!
bernas sungguh nasihat MBA tu...tipah stuju ajer!! ekekekekekeju
taman dan anjing
panas sinar mentari
Amin memecut
surirumah: best ek orang kerja,
boleh beli macam-macam..
orang bekerja:
best ek jadi suri rumah,
boleh rehat..
**kakngah2
Post a Comment