Labels

Thursday, February 09, 2006

HARI ASYURA

Hari Asyura - 10 Muharram (Khamis 9/2/06)


Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10
Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
Diterima taubat Nabi Adam a.s.
Dicipta Adam a.s.
Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
Selamat Musa dan pengikutnya.
Lemas Firaun.
Dilahirkan Nabi Isa a.s.
Diangkat Nabi Isa kelangit.
Diangkat Nabi Idris ke langit.
Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat :
sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji,seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

[WALLAHUALAM].

Wednesday, February 08, 2006

BOTAK DALAM BUDAYA MELAYU



BOTAK.

Budak botak

Botak Chin

Megat Komeng

Salleh Kamil

adalah beberapa watak dalam sandiwara kita pemegang wataknya adalah botak. Botak dalam budaya kita ditafsirkan sebagai jahat, samseng atau yang seerti dengannya. Walau bagaimanapun kanak-kanak Melayu biasanya akan dibotakkan sekurang-kurangnya sekali semasa kecil, iaitu semasa mencukur jambul diadakan.


Adapun botak asli @ kepala tidak ditumbuhi rambut tu orang Melayu panggil otak geliga atau kuat berfikir. Akan botak di tengah pula orang Melayu gelarkan sebagai kuat xxx. ha ha ha.

Kini botak mungkin salah satu fesyen sahaja, namun ada tempat-tempat tertentu yang tidak membenarkan manusia berfesyen botak dari memasukinya. Juga ada tempat-tempat yang mesti dipakaikan fesyen botak, barulah sah ia graduate dari situ. Contoh terbaru ialah mengenai 11 orang penjudi baru-baru ini.

Perempuan botak bagaimana pula ya?

Tuesday, February 07, 2006

BM = BAHASA MUDAH

TERINGAT semasa zaman sekolah dulu-dulu. Cikgu BI saya adalah Mat Salleh dari UK (hmmm tapi muridnya tak pandai2 jugak speaking). Semasa bulan-bulan awal kedatangannya di Malaya, dia kata BM cukup mudah dan dia cintai BM. Di antaranya ialah:-

Jika pertanyaan apa khabar? jawapannya ialah khabar baik
Bila diucapkan selamat pagi, jawapannya juga ialah selamat pagi.
Bila ditanya apa macam? jawapannya ialah macam-macam
Jika diucap terima kasih, jawapannya ialah kasih-kasih atau kasih terima
(seisi kelas gelak dengan ungkapan beliau, entah siapalah cikgu BM dia. Tapi bila lama-lama rasanya ungkapan tersebut ada benarnya).

Jika buah yang ada rambut, namanya rambutan
Buah yang ada duri namanya durian

Jika bawang warna merah namanya bawang merah
Bagi bawang warna putih namanya bawang putih
Jika saiz bawang itu besar, namanya bawang besar.

mudah bukan?

Monday, February 06, 2006

OH BUKU TEKS .....!

DUA tahun lagi semua pelajar akan dapat buku teks percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Oh dua tahun lagi? mengapa bukan tahun lepas?.

SPBT ini hanya diberikan kepada pelajar yang pendapatak keluarganya kurang daripada RM2,000 sebulan, ataupun yang mempunyai adik-beradik yang ramai. Kemudian pada tahun ini polisi telah menetapkan bahawa semua akan guru, tanpa mengira gaji ibu-bapa mereka juga layak menerima SPBT. Dengarnya juga semua anak pegawai & kakitangan Kementerian Pelajaran juga layak. Hmmmm.... orang kementerian lain dapat apa agaknya?.

Yang menghairankan saya ialah, 90% daripada pelajar menikmati SPBT ini. Cuma 10% sahaja yang tidak dapat dan masa selama dua tahun itulah diperlukan untuk menjadikannya 100% dapat.

Kehairanan berikutnya pada saya ialah betapa ramainya anak-anak termiskin di sekolah kita, iaitu pendapatan keluarga kurang dari RM2,000 sebulan. Setelah ditolak anak cikgu dan anak orang kementerian rasa-rasanya terlalu ramai penduduk termiskin di negara kita ini ya?.

Saya ada 5 anak yang bersekolah dan tidak pernah mendapat SPBT kerana tidak pandai menipu borang permohonan dan meminda slip gaji mengatakan pendapatan kurang RM2,000, walaupun saya dengar dan memang tahu orang bergaji berkali ganda dari sayapun turut menyapu SPBT ini.

Moga-moga Allah berilah buku 'SPBT' saya di akhirat kelak ikut kanan.
(oh pedasnya bagi yang termakan cili)


Amin.

Sunday, February 05, 2006

KLIK SAMBIL BELAJAR @ AFM

HARI ini sambil klik-klik, terjumpa dengan laman Arthritis Foundation of Malaysia (AFM) di http://www.afm.org.my/current_feature.php?id=44

Apa NGO ini kata mengenai perubatan alternatif @ tradisional untuk mengubati gout?. Ianya munasabah sekali:-

Rawatan Alternatif-Pandangan Dari Segi Perubatan

“Anda mengidap artritis? Saya kenal seorang tabib Cina yang bagus dan dia telah berjaya menyembuhkan ramai pesakit artritis!” Pastinya pernyataan ini tidak asing kepada anda. Daripada rawatan tabib Cina kepada tampalan kaki sehinggalah kepada homeopati, perubatan alternatif telah wujud selama wujudnya perubatan. Persoalannya, adakah mereka selamat dan berkesan?

Pakar reumatologi menegaskan bahawa artritis bukanlah satu penyakit yang boleh disembuhkan sepenuhnya dan sesiapa yang menyarankan kepada anda rawatan atau pengubatan yang sedemikian adalah tidak benar sama sekali. Bagaimanapun, artritis boleh dikawal dengan berkesan jika pesakit telah diberikan pendidikan serta rawatan yang berpatutan.

Tetapi bagaimanakah seseorang boleh mengetahui jika sesuatu rawatan itu sesuai? Ada kalanya kita mudah terpengaruh dengan strategi pengiklanan yang agresif serta nasihat daripada para sahabat dan sanak-saudara. Oleh itu seseorang pesakit harus dilengkapkan dengan maklumat yang tepat agar mereka boleh membuat pilihan yang sesuai.

Kebanyakan barangan pada hari ini dilabelkan sebagai asli atau bebas bahan pengawet. Walaupun semua barangan adalah lebih baik dalam keadaan asalnya, ia mungkin tidak sedemikian untuk sesetengah herba. Para penyelidik sering menegaskan bahawa kebanyakan herba ialah racun secara sendirinya dan pembuatan barangan berasaskan herba atau ubatan tidaklah semudah mengambil beberapa helai daun dan mengisinya ke dalam kapsul. Ubatan yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan hanya akan dijual setelah beberapa tahun menjalani ujian klinikal dan penyelidikan yang ekstensif. Ini merupakan sesuatu yang amat kurang dalam ubatan tradisional.

Satu lagi isu yang membimbangkan ialah kebanyakan barangan tradisional sebenarnya adalah samaran. Sebagai contoh, satu kajian yang dibuat di Universiti Malaya menunjukkan bahawa kebanyakan ramuan berasaskan herba untuk pesakit kencing manis sebenarnya mengandungi ubat anti-kencing manis dan steroid, yang mengelirukan pesakit untuk berfikiran bahawa mereka telah mendapatkan rawatan semula jadi.

Ini pula membangkitkan isu kandungan kerana kebanyakan ubatan alternatif tidak dijual dalam bentuk asal tetapi telah ditambah dengan kandungan yang meragukan. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah kebanyakan ubatan dijual sebagai pemakanan tambahan dan bukan sebagai ubatan. Ini adalah kerana barangan yang dilabelkan sedemikian adalah tidak tertakluk kepada pelbagai ujian oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan seperti yang dilakukan ke atas ubatan.

Tetapi ini bukanlah untuk mengatakan bahawa semua ubatan tradisional dan berasaskan herba adalah palsu. Malah kebanyakan ubatan berasal daripada tumbuh-tumbuhan; contohnya, ubat aspirin dan ubat penahan sakit dibuat daripada kulit kayu pokok willow, manakala colchicine, ubat untuk penyakit gout, pula dibuat daripada pokok colchicum autumnale. Di Universiti Malaya, Universiti Putera Malaysia dan MARDI juga terdapat ladang herba di mana kajian berterusan dibuat untuk mencungkil rahsia herba tempatan.

Pokoknya, pesakit perlu berhati-hati semasa mengambil ubatan alternatif kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diketahui atau is boleh berinteraksi secara negatif dengan ubatan yang sedang mereka ambil. Maklumkan kepada doktor anda sekiranya anda mengambil ubatan alternatif kerana ia mungkin berinteraksi secara negatif dengan ubatan yang doktor bercadang untuk berikan kepada anda.

Bagaimana pula dengan rawatan alternatif seperti akupunktur? Kebanyakan terapi-terapi ini telah diamalkan di negara Cina berabad lamanya dan ia sekarang telah diterima oleh negara Barat sebagai rawatan yang terbukti secara saintifik untuk mengurangkan kesakitan tetapi bukan menyembuhkan arthtitis. Persoalannya ialah sama ada ia dilakukan oleh pengamal yang bertauliah.

Sebagai ringkasan, selalulah beringat bahawa sesuatu yang terlalu bagus untuk dipercayai berkemungkinan besar adalah hanya cakap kosong. Kebanyakan penyakit berkembang secara progresif tahun demi tahun di dalam badan kita. Oleh itu apa-apa rawatan yang boleh menyembuhkan atau menghilangkan sakit dan simptom secara serta-merta sepatutnya menimbulkan syak wasangka.

Kaji latar belakang rawatan atau pengamal dengan berhati-hati sebelum membuat keputusan tentang jenis rawatan kerana satu pilihan yang salah mungkin akan menyebabkan kesakitan yang lebih atau mungkin juga meragut nyawa anda.


Dipendekkan cerita, berikut adalah makanan yang perlu dielakkan:-

* Sardines
* Anchovies
* Kidney, liver, brain or internal organs
* Meat and meat extracts
* Asparagus
* Cream sauces
* Cauliflower
* Lentils
* Beans
* Beans
* Spinach
* Mushroom
* Oatmeal
* Whole wheat cereal
* Fish
* Seafoods

Siapa tahu, apakah makanan yang boleh dimakan/patut dimakan/mesti dimakan?.

Saturday, February 04, 2006

BACA BUKU DAN JADI JUTAWAN!

ADAKAH manusia boleh menjadi jutawan dengan (hanya) membaca buku?.



Buku ini memberikan beberapa tips untuk membolehkan perniagaan anda dikembang-maju menggunakan Internet. Jika anda memang telah mempunyai perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan anda melalui Internet, buku ini memberikan beberapa tips bagaimana menggunakan Internet dengan betul (itu sahaja).

Bolehkah anda menjadi jutawan setelah membaca buku ini?. Itu terpulang kepada jenis perniagaan anda. Jika dalam keuntungan perniagaan anda sekarang sudah mencapai angka RM990,000.00 insyaallah anda boleh menjadi jutawan setelah melaksanakan apa yang tertulis dalam buku ini. Nak dapatkan RM10,000 lagi setelah ada RM990,000 rasa-rasanya tidaklah mustahil.

Jika anda tiada perniagaan macamana?. Jawapannya mudah, carilah perniagaan, berniagalah!.

Yang pastinya anda boleh menolong penulis buku ini menjadi jutawan dengan membeli buku beliau ;-)

Friday, February 03, 2006

Treo650 --> Dopod900 -->SE P990i

DULU saya menggunakan Treo 650. Bagi saya PDA adalah Palm dan Palm adalah PDA. PDA-phone ini memang banyak faedah dan jasanya. Banyak sekali perisian yang berfaedah boleh didapai bagi PalmOS. Sebelum Treo 650, saya menggunakan Treo 600, WordPad505, dan Palm IIIc. Di antara masa tersebut, sempat juga mencua iPaq sebelum dicuri orang di pejabat dan Nokia Communicator dan menjualnya kerana saiznya yang terlalu besar serta Sony Ericsson P910 sebelum melepaskannya kerana didapati ia terlalu perlahan.



OLEH kerana perlukan PDA 3G, saya beralih kepada Dopod 900 yang saya kira satu-satunya PDA yang mempunyai perkhjidmatan 3G. PDA ini menggunakan perisian Windows Mobil 2005 atau WM5. Dulu agak janggal untuk menggunakan Windows kerana pelbagai cerita mengenainya. Namun selepas sebulan, ia tidak pernah 'reset', terutamanya 'hadr reset'. Namun saiz Dopod ini boleh tahan juga dan masa tindakbalas tidaklah begitu pantas. Agak sukar untuk mengendalikan Dopod, khususnya semasa memandu.


WALAUPUN pernah gagal dengan SE P910i, namun saya tetap menantikan SE P990i yang akan ke pasaran di penghujung Q1 2006 ini. Mungkin Symbian 9.1 ini ada sedikit kelainan. Selain dari 3G, rupabentuk PDA ini adalah yang paling menarik (bagi saya) berbanding dengan Treo dan Dopod. Mungkin ia perlahan kerana processor yang rendah, biarkanlah... Jika TReo macam telefon, Dopod bagaikan PDA, maka P990i adalah kombinasi antara kedua-duanya dari segi paras rupa.


Berikut adalah perbandingan antara Treo 650, Dopod 900 dan SE P990i:-


Thursday, February 02, 2006

SELAMAT

YAB Perdana Menteri menyarankan agar 'ucap selamat' terus dijadikan sebagai budaya oleh masyarakat Malaysia. Selamat pagi, selamat petang, selamat jalan, selamat belajar, selamat datang dan selamat selamat.

Selamat Hari Wilayah
Hari ini pekerja di Wilayah Persekutuan masih bercuti kerana cuti ganti hari Wilayah.

Selamat Tahun Hijrah 1427

5 ubat hati:-
- membaca Quran
- berpuasa
- sembahyang sunat tengah malam
- beristigfar
- suka menziarahi ulama

--> dari Awang Selamat ;-)

Wednesday, February 01, 2006

test sekali lagi

testing ini perlu kerana selepas tukar make-up, blogger perlukan verification.

posting dari dopod 900

SELEPAS 30 TAHUN



SELEPAS 30 tahun meninggalkan sekolah, akhir Disember lepas kami bertemu semula buat pertama kalinya. Pertemuan di restoran Nelayan ini meninggalkan pelbagai rasa. Pada mulanya kami langsung tidak dapat mengecam wajah rakan-rakan lain. Namun lama kelamaan, satu demi satu kenangan yang ditinggalkan lebih 30 tahun kembali dalam ingatan semula. Semua yang datang pada malam itu ialah lelaki. You all tahulah, apa cerita kaumj lelaki kan?. Semasa di SESMA, kami ada 4 kelas semuanya, 2 English medium dan 2 Malay medium. Dan malam itu.... seperti biasa jugalah minyak dan air tidak begitu mesra percampurannya.

Tuesday, January 31, 2006

Sakit Kepala & California 117 Test Standard

Soalan:
SEJAK akhir-akhir ini saya sering sakit kepala apabila terjaga dari tidur. Apa sebabnya ya?. Dulu doktor kata saya mengalami tension headache. Aik.. malam-malam tengah tidurpun boleh jadi tension?. Mungkinkah saya bermimpi dikejar harimau semasa dalam tidur atau yang sejenis dengannya yang menyebabkan saya jadi tension dan kepala saya sakit?. Entahlah, sebab saya jarang dapat ingat peristiwa semasa tidur, samada saya bermimpi atau tidak.

Jawapan
Sakit kepala dalam tidur ini dikenali sebagai "hypnic headaches". Ia bagaikan jam loceng untuk membuatkan anda jaga dari tidur. Itu sahaja. Diagnosis dan pengubatan bagi keadaan ini termasuklah:
- Satu dos kefen sebelum tidur
- Lithium
- Indomethacin, pengubatan anti-inflammatory)

* Apakah Tension Headache?

Sakit kepala sebab urat tegang di bahagian bahu dan atas tengkok. Biasanya disebabkan oleh stress, kesedihan melampau ataupun rasa cemas, terlalu banyak kerja, tidak cukup tidur, terlepas makan, meminum alkohol atau mengambil dadah. Penyakit ini boleh dikesan dengan pengambilan cokelat, keju dan MSG (monosodium glutamate). Peminum kafen (kopi, teh, coke dll) akan berasa sakit kepala jika tidak meminumnya.

Lain-lain sebab:-
* Kepala terteleng sebelah untuk jangka masa yang lama spt gunakan komputer, mikroskop atau mesin taip.
* Tidur tidak berkualiti
* Senaman/kerja terlampau lebih
* Sakit gigi


Jadi...... sebagai salah satu cara untuk dapat tidur berkualiti, tadi saya dah pergi beli sebuah bantal yang "bagus" (diukur dari mahal harganya). Di antara banyak-banyak spesifikasinya yang paling menarik perhatian saya ialah bantal ini telah memenuhi ketetapan California 117 test standard.

Hmmmmm nak masuk tidur ni..... nak test samada esok pagi masih sakit kepala atau tidak ;-). Selamat Malam!

Monday, January 30, 2006

PASAR BORONG SELANGOR TUTUP



BARANG-barang dapur dah habis. Jadi pagi-pagi tadi menuju ke Pasar Borong Selangor, di Seri Kembangan. Tiba di sana nampak wajah-wajah hampa sebab pasar borong ditutup sempena dengan tahun baru Cina.

Peniaga di Pasar Borong ni dari pelbagai bangsa, namun yang ramainya adalah dari Siam. Maklumlah ikan dari Siam, sayur dari Siam dan ayam juga gamaknya dari Siam juga. Orang Siampun sambut tahun baru Cina juga kot?.

Mak HAji dan Pak Haji yang jual pucuk paku, pucuk midin, ulam-ulam, petai, jering, tempoyak dan budu juga cuti?. Agaknya mereka ni semua cuma front-end saja kot, kat belakang tabir tu taukeh-taukeh yang sedang beraya. Pasal tu pasar borong tiu tutup sempana dengan bos beraya....

Sunday, January 29, 2006

MAKE-UP BARU

SEBENARNYA blog lama tu dah senget-benget. Dah tak tau nak repair kat mana. Buang yg tu senget tempat lain, tambah yang ni tempat lain pulak herok. Last-last buang semua, ambil yang baru. Itulah jadinya.

KESESAKAN LUAR BIASA DI SEMENANJUNG


foto mingguan malaysia
Mingguan kata begini:

* Dari Jalan Duta ke Tanjung Malim

- kesesakan sejauh 80 kilometer.

* Dari Juru ke Jambatan Pulau Pinang

- kesesakan sejauh 25 kilometer.

* Dari Woodlands ke Tambak Johor

- mengambil masa dua jam untuk perjalanan satu kilometer.


HARI ini (Ahad) ialah tahun baru Cina. Khabarnya semalam semua jalan utama di Semenanjung sesak teruk. Ala.... biasalah tu, Cina raya yang bukan Cina ambil peluang balik kampung untuk bercuti. Inilah budaya Malaysia. Cuti-cuti Malaysia!.

Sebenarnya bagi mereka yang tidak menyambut tahun baru hari ini, mereka tidak perlu pulang semalam. Mereka boleh pulang hari ini. Hari ini jalan sudah lengang. Jika begitu halnya, maka semalam juga tidaklah terlalu teruk sesaknya.

Begitu juga dengan pulang semula ke KL nanti.... Jika tidak semua ingin ke KL semula pada waktu yang sama, rasanya kesesakan boleh dikurangkan.

Friday, January 27, 2006

POSTING DARI DIARIST

INI adalah percubaan pertama posting dari perisian DIARIST satu shareware bagi PPC.

14+1 Mengapa XOOPS Perlu Dipilih

Cabutan dari Bengkel Content Management System (CMS) For Managers" 24-26 Jan 2005.


XOOPS - eXtensible Object Oriented Portal System. Mengapa kena pilih XOOPS untuk portal anda?. Ini dia 14+1 jawapannya:-

1. Mudah dipasang
2. Database driven
3. Modular
4. Theme Management System
5. Enjin 'smarty template'
6. Group-based permission
7. Enjin carian
8. Pengurusan Pengguna
9. Multi-language support
10.Pengurusan imej
11.Akses xoops site melalui WAP/GPRS
12.Mesra sokongan
13.Content Editor
14.Komuniti yg teratur
+1 Security

Thursday, January 26, 2006

HUTAN SIMPAN



OLEH kerana masih di Terengganu, maka elok kita cerita pasal "hutan simpan". Lagipun masa memandu semalam, terdengar si Halim Othman DJ radio ERA tu bercakap pasal subjek ni. Sebenarnya Halim tu ialah schoolmate saya. Cuma saya tak kenal dia masa kat sekolah sebab saya ni super-senior dialah.

"hutan simpan" bermaksud kawasan hutan yang dikhaskan (reserve atau rezab). Ia tidak booeh ditebang.

Walau bagaimanapun menurut Halim, apabila disebut 'hutan simpan' di Terengganu, ia boleh bermaksud 'hutan simpang' atau 'hutang simpang' atau 'hutang simpan'.

'hutang simpang' maknanya hutan dekat dengan simpang (simpang empat atau simpang tiga. Simpang dua tak ada kan?)

'hutang simpang' bermaksud dia berhutang dekat dengan simpang tu....

'hutang simpan' pula bererti dia buat hutang dan buat simpanan.

ha ha ha macam-macamlah kamu ni....







Wednesday, January 25, 2006

KL-KEMAMAN

HARI ini saya bertugas di Chukai, Kemaman, Terengganu. Saya memohon untuk memandu kereta dan tidak menaiki kapalterbang. Sebelum dipersetujui, saya kena buat justifikasi seperti berikut:-

A. KL-Cukai dengan kapalterbang:

1. Dari rumah naik teksi ke KLIA (1 jam & RM70)
2. Dari KLIA ke Kuantan dengan MAS (1.5 jam menunggu + 45 minit & RM200 (kelas pertama)
3. Dari Kuantan ke Kemaman dengan teksi (45 minit & RM70)

Jumlah RM340 sehala dan memerlukan 4 jam tanpa masa menunggu (teksi).

B. KL-Cukai dengan kereta sendiri

1. Dari rumah ke Cukai 340km X 60 sen = RM204
(tol RM4+RM2.40+19.90 = RM26.30). Masa lebih kurang 3.5 jam sahaja.

So naik kereta sendiri dapat jimat duit kerajaan & masa kerajaan dan bos setuju dan (kelebihan tersembunyi ialah boleh singgah jumpa mak sekejap).

Alhamdulillah.

Tuesday, January 24, 2006

KEROSAKAN TEKNIKAL



KERAP KALI manusia menyalahkan barang. Acap kali manusia menyalahkan komputer. Walhal yang membuat barang dan yang bikin komputer hatta yang melakukan kesalahan adalah manusia sendiri. Betapa agungnya manusia ya? tidak pernah menyalahkan diri sendiri. [Ini adalah manusia di tempat lain,bukan yang baca blog ini].

Kita biasa hadapi perkhidmatan kaunter ditutup dan notis ditampal di kaunter dengan perkataan "komputer rosak". Macamana nak buat kerja? komputer rosak!. Yang bagusnya, kmputer tak boleh nak balas balik, walaupun pada ketika itu komputer memang tidak rosak.

Semalam satu bilik mesyuarat bergelap dan berpanas. Komputer tak berfungsi dan alat pandang dengar tidak boleh digunakan. Seperti biasa alasan yang diberi ialah "kesilapan teknikal" sebab selepas cuti panjang (Sabtu-Ahad). Alasan sebenar seperti "maaf kesilapan saya tidak periksa terlebih dahulu bilik mesyuarat ini' atau 'maaf juruteknik belum datang'. Sebabnya sebaik sahaja juruteknik dipanggil,beberapa minit sahaja ia dah OK.

Adakah ia suatu "kerosakan teknikal"?

Monday, January 23, 2006

CIKGU KITA

SUDAH lama saya tidak ke sekolah anak-anak. Rimas rasanya pergi sekolah untuk mengadap cikgu. Kadang-kala kad kemajuan anak-anakpun saya tidak pergi ambil dan biarkan anak-anak bawa balik dan saya tandatangan. Sebabnya? Pakcik rimaslah...

(Rasanya) anak-anak saya tidak pernah menimbulkan masalah BESAR di sekolah. Tetapi minggu lepas adalah kali pertama dalam sejarah setelah menyekolahkan anak-anak lebih dari 15 tahun. Cikgu telefon minta saya tukarkan anak keempat saya yang akan mengambil PMR pada tahun ini. Cikgu minta ia ditukarkan ke sekolah lain. Cikgu minta saya pergi ke pejabat pelajaran untuk tujuan tersebut.

Kesnya simple sahaja, semasa tingkatan 1 dan tingkat 2, anak saya ni di sekolah lain, di Wilayah Persekutuan. Oleh kerana saya bertukar kerja, maka saya tukarkan sekolahnya ke Selangor. Masa dulu dia ambil matapelajaran perdagangan sebagai elektif dalam kemahiran hidup. Walau bagaimanapun sekolah baru ni tidak mengajar subjek perdagangan, tetapi subjek teknikal.

Cikgu ni dah panik.... (banyak sebab: Jika anak saya gagal atau tidak cemerlang dalam PMR kerana subjek kemahiran hidup tersebut, maka sekolah tidak boleh kekalkan rekod 100% dalam peperiksaan. Siapa yang malu? Cikguuuu jugaklah.)

Setelah berbincang di rumah dengan anak dan isteri saya, kami ambil keputusan tudak akan bertukar sekolah (lagi) dan akan tetap dengan pendirian tersebut dan anak saya sanggup ambil matapelajaran elektif teknikal bagi PMRnya. [Setelah jumpa cikgu, keputusan itu ditetapkan sampai saat ini, esok lusa belum tentu lagi sebab cikgu nak tengok dulu prestasi anak saya, nak beri latih-tubi dulu akan subjek tersebut dan macam2lah. Ah pedulikan.

Berbalik kepada cerita cikgu ini, saya rasa sungguh terkilan. Itulah sebabnya rimas nak ke sekolah ni... . Dialognya begini:-
Ohhh terima kasihlah tuan dan puan datang ke sekolah. Saya nak sangat berjumpa dengan tuan/puan. Saya nak kenal sangat.... Tapi aoa masalah anak puan tu?.
kami: xfas2wre621##$@#%^^&**
cikgu: Budak tu lain sangat... cool sangat, tak pernah saya tengok anak murid macam ni, kat rumah dia macamana?
kami: biasa jer
cikgu: dia coolllll...
kami: a'a
cikgu: dia tu yang macam ni macam ni tu kan?
kami: itu bukan anak kami, anak kami macam tu macam tu...
cikgu: oooh silap orang ler ni!.

Pengajaran dari dialog: Rimaslah pakcik dengan cikgu di Malaya ni yang tak pernah nak kenal anak murid. Pakcik pernah menyekolahkan lima (5) dari anak pakcik ni kat negara penjajah dulu. Bukan saja cikgu kelas kenal, malahan guru lain kenal, guru besar kenal, jaga kenal, tukang kebun kenal, parents lain kenal?. Mungkin kerana di sekolah tersebut hanya ada 2 sahaja keluarga Melayu kot? (budak Asia rakyat negara penjajah tu memang ramai). Time tu rasa rajin pulak ke sekolah.Malahan isteri saya pernah dijemput mengajar BM kepada cikgu supaya dia dapat ajar BI kepada anak saya.

Cikgu...oh cikgu.

Selamat pagi cekgu!.

Sunday, January 22, 2006

NILAI DUIT



Kertas bernama duit ini hanya ada harga seperti mana yang dituliskan hanya semasa ianya diperlukan. Ia tidak ada nilai pada masa ia tidak diperlukan.
-A.Samad Said

Wang kertas RM50 tetap bernilai RM50 samada ia baru dikeluarkan dari bank ataupun sudah lusuh.
-Lelaki muda yang mengahwini perempuan tua yang kaya (lupa nama)
(baginya, duit RM50 yang tua lebih berharga dari duit RM10 muda)

Saturday, January 21, 2006

BEREBUT MAYAT: APA FAEDAHNYA?

DI NEGARA kita biasanya setiap peristiwa yang diketengahkan pasti ada kesinambungan dan pasangannya. Jika musim ular, maka cerita ularlah. Bila musim wanita dibogelkan, maka bogellah di mana-mana. Lepas tu black metal, samseng jalanan dan macam-macam lagi. Kini isu terhangat ialah mengenai berebut mayat.

Mengapa mayat orang mati perlu direbut untuk ditanam?.
Mengapa semasa ia hidup tidak ada dakwah yang dilakukan? (ada ke?).
Adakah orang Islam yang tidak dikuburkan di perkuburan Islam akan hilang keislamannya?
Adakah orang Melayu mesti ditanam di perkuburan Islam?
Adakah orang yang dilahirkan Islam mesti dikuburkan cara Islam?

Semua soalan di atas tidak perlu dijawab mengikut logik akal, tengok sahaja macamana Nabi dan para Sahabat uruskan dulu.


WANITA MELAYU NYARIS BERSEMADI DI JIRAT CINA
TAMPIN: Tindakan pantas Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) dan polis mendapatkan perintah Mahkamah Syariah berjaya menghalang mayat seorang wanita Islam dikebumikan mengikut kepercayaan Buddha di Taman Indah, di sini, kelmarin.Wanita berkenaan, Nyonya Tahir, 89, meninggal dunia di rumahnya di taman itu kira-kira jam 4 petang Rabu lalu akibat sakit tua.Berikutan itu, 13 anaknya mengambil keputusan untuk mengebumikan mayat ibu mereka mengikut upacara agama Buddha kerana beranggapan Nyonya tidak lagi beragama Islam selepas berkahwin dengan bapa mereka pada 1936.Status agama Nyonya disedari anggota polis Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang untuk membuat laporan kematiannya pada hari sama.Bagaimanapun, anggota polis bertugas pelik apabila menerima salinan kad pengenalan Nyonya yang jelas menunjukkan dia Melayu dan beragama Islam sedangkan anaknya menggunakan nama Cina serta beragama Buddha.Menyedari kejadian itu, anggota polis terbabit memaklumkan kepada pegawai atasannya yang kemudian menghubungi Jains.Pengarah Jains, Datuk Zaharuddin Mohd Shariff, berkata pihaknya yang menerima laporan itu segera menjalankan siasatan dan selepas pasti mayat itu adalah wanita Islam, pihaknya mendapatkan perintah Mahkamah Syariah bagi menghalang pengebumian mengikut agama Buddha.Katanya, dia sendiri menyampaikan perintah mahkamah berkenaan kepada ahli keluarga Nyonya di rumahnya di Taman Indah pada jam 2.30 petang (semalam) sebelum membawa mayat berkenaan ke Hospital Tampin sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berhubung status agama Nyonya, Isnin ini.Menurutnya, berdasarkan rekod, Nyonya berkahwin dengan suaminya beragama Buddha, Ching Meng pada 1936 dan hasil perkongsian dikurniakan 13 anak. Ching meninggal dunia 12 tahun lalu.“Daripada maklumat diterima, pihaknya mendapati Nyonya keturunan Melayu beragama Islam berasal dari sebuah kampung di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.“Nyonya juga pernah menghantar surat untuk menukar agama daripada agama Islam kepada Buddha dengan alasan dia sudah berkahwin dengan keturunan Cina dan tidak lagi mengamalkan hidup masyarakat Melayu dan Islam.“Bagaimanapun, permohonan itu ditolak,” katanya ketika ditemui.Sementara itu, anak Nyonya, Chiang Ah Fat, 40, berkata dia tidak tahu ibunya masih beragama Islam kerana ibunya tidak pernah mengamalkan cara hidup sebagai orang Melayu dan Islam.

Thursday, January 19, 2006

LEMBU

PERNAH anda dengar manusia panggil manusia lain sebagai lembu? Tak pernah? Wah alimnya anda! ataupun anda memang berkawan dengan orang-orang alim sahaja. Mudah-mudahan anda diberkati kealiman kawan-kawan anda juga.

'Bodoh macam lembu' adalah ungkapan 'biasa' bagi manusia yang marahkan manusia lain yang telah buat salah, walaupun buat salah tidak semestinya disebabkan bodoh.

Tahukan anda bahawa dalam dunia rasuah, khususnya Badan Pencegah Rasuah, "lembu" diistilahkan sebagai penerima dan pemberi rasuah. Pemberi rasuah akan menggelarkan kepada penerima rasuah sebagai lembu. Sebabnya, bagaikan lembu, ia boleh dicucuk hidung. Bila hidung telah dicucuk, ia akan ikut sahaja apa arahan atau perintah pemberi rasuah. Jadi lembu adalah nickname kepada penerima rasuah oleh pemberi rasuah.

Penerima rasuah juga akan memanggil pemberi rasuah sebagai lembu. Sebabnya lembu jenis ini boleh dijadikan alat tunggangnan, alat membajak dan banyak lagi. Maka pemberi rasuah adalah lembu kepada penerima rasuah.

Hmmm.... engkau lembu, akupun lembu. Apa jadi jika kedua-dua ekor lembu ni berlanggar?.



Jadi lembulah jawabnya...

Wednesday, January 18, 2006

SUSAHNYA JADI KULI

SENARIO 1.

DIA tak ada lesen memandu
Dia tak pakai topi keledar
Dia keluar dari sekolah tanpa kebenaran
Dia lari dari sekatan jalan raya

Tapi siapa yang bersalah? Kuli jugak.

Siapa yang jadi hero? Budak itu juga....

Andai kata budak itu adalah seorang penjenayah yang amat dikehendaki sekalipun, belum tentu lagi kuli tidak dipersalahkan.

SENARIO 2.

Pasangan tu nak kahwin.... bapak siperempuan jumpalah dia minta tolong uruskan. Diapun tolonglah dapatkan jurunikah.

Tup...tup rupanya surat nikah palsu, salah menikah di luar kawasan.

Sekarang siapa yang salah (dan dipersalahkan)?
Kuli tu jugak yang salah.....

p.s Rasa2nya satu Malaya nak tahu siapa kuli tersebut. (mengapalah nak didedahkan orang yang dah tolong kita. Bukankah jika kita tidak mendedahkan kesilapan orang lain di dunia ini, maka Allah tidak akan dedahkan pula kesilapan kita di akhirat nanti?

p.s.2: Kesilapan maknanya membuat salah secara tak sengaja.

Tuesday, January 17, 2006

PENGURUSAN ILMU: AKU TERKELIRU

KNOWLEDGE MANAGEMENT (KM) lebih sedap didengar berbanding dengan pengurusan ilmu. Macamana nak laksanakan KM di organisasi?. Ilmu tu satu bab. Mengurus satu lagi bab. Nak mengurus ilmu bab lain pulak. Nak mengurus orang yang tak berilmu supaya dapat ilmu tidaklah sesusah nak menguruskan orang yang berilmu tapi lokek untuk berkongsi ilmu.

Aku penat-penat kejar ilmu. Lepas tu tangkap ilmu tu. Jinakkan dia, belai dia. Sekarang ilmu tu dah jinak, senang-senang jer kau nak mintak?. Engkau dapat ilmu, apa pula yang aku dapat?. Dulu aku mengaji pakai duit sendiri untuk dapat ilmu ni tau? Engko nak free saja?. Mana ada jalan... Itu adalah sebahagian dari rungutan dari orang yang berilmu (yang kedekut) untuk berkongsi ilmu mereka.

Bos mahukan semua staf berkongsi ilmu, kongsi pengetahuan, kongsi know-how kongsi segalanya. Jadi jika seorang staf tak ada di pejabat, orang lain boleh take-over kerja dia, kerja tetap jalan walaupun dia tak ada kat ofis. Tapi dalam masa yang sama (bos juga berkata), dia ni tak ada value-added. Dia ada ke dia tak ada sama saja, kerja boleh jalan jugak. Semua orang boleh buat kerja dia (padan muka engko sebab berkongsi paku buah keras....).

Itu sebab agaknya guru silat tak perturunkan semua ilmu yang dia ada kepada anak murid. Disimpannya beberapa langkah untuk mengunci diri.

Jadinya..... bagaimana nak uruskan ilmu di organisasi?

A - Luluskan cuti rehat bagi yg kongsi ilmu
- Yang kedekut ilmu akan ambil MC atau EL
B - Beri insentif kursus luar negara bagi yg kongsi ilmu
- Yg berkongsi tak memenuhi pre-requisite
C - Beri markah prestasi lebih aka melintang kpd pekongsi
- Prestasi pengkongsi tak berapa bagus

==> Aku keliru.

nota kaki: Orang kata kebanyakan (bukan semua) pemandu di putrajaya ni sewel, sebab pagi-pagi mereka akan merempuh apa saja untuk mengejar punch card. Tak percaya?. Datanglah pagi-pagi, bawa videopun elok juga buat bukti .... Aku Keliru (lagi)

Monday, January 16, 2006

BIAR LAMBAT ASAL LAMBAT

PERNAH lambat menyelamatkan anda?

Biasanya jika kita lambat buat kerja, bos akan marah
Jika kita lambat bayar hutang, bunga akan menimbun
Jika pencuri lambat cabut ia akan ditangkap polis
Jika pelumba lambat lari, dia akan tewas.

Walau bagaimanapun dalam hidup ini, ada kalanya lambat akan menyelamatkan anda. Misalnya kita nak membelok ke kanan, nampak line clear, tetapi tetiba sahaja ada kereta melintas di sebelah kanan. Sebenarnya kereta tersebut memang berada di sebelah kanan anda, cuma anda tak nampak sebab dia berada di blind spot anda. Hmmm.... nasib baik lambat membelok, jika tidak sudah tentu gedegang kena langgar.

Biasanya juga jika kita lambat buat kerja, memang tak lamalah jawabnya. Namun ada kalanya kelambatan (baca kelalaian) buat kerja itu juga banyak membantu. Suatu hari bos suruh tulis @ jawab surat. Lusa, bos tanya, dah jawab surat?. Untuk cover.... tentulah jawabnya sudah... Tapi bos kata, boleh tak tolong tarik balik surat tersebut, do what ever you can, asalkan surat tu ditarik balik. OK bos... saya akan buat segera!. Dalam hati...alhamdulillah,nasib baik aku ni jenis manusia lembab kerja, jika aku kerja cepat sudah tentu aku jugak yang susah...

Pengajaran dari cerita:
Agaknya itulah sebabnya ramai orang kerja lambat..... supaya selamat ;-)

Saturday, January 14, 2006

LAMAN WEB BASI

Maklumat basi laman web 8 kementerian

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Sebanyak lapan kementerian termasuk jabatan kerajaan didapati tidak mengemas kini laman web mereka bagi memberi maklumat terkini mengenai perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

Malah usaha Utusan Malaysia melayari beberapa laman web kementerian mendapati, ada laman web yang langsung tidak boleh dicapai dan menyukarkan orang ramai mendapatkan maklumat serta mengunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan.

Antara kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Jabatan Pengangkutan Jalan.

Hal ini diakui oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kerajaan Elektronik, Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Mahat Bahari.

``Sikap kurang prihatin terhadap penyebaran maklumat melalui laman web merupakan antara punca sesetengah laman web agensi-agensi kerajaan kurang proaktif dan tidak dikemas kini,'' katanya.

Mahat berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas mengenai sesetengah agensi-agensi kerajaan yang tidak proaktif untuk mengemas kini maklumat-maklumat yang terkandung dalam laman web mereka.

Pada April tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meminta semua jabatan kerajaan agar mengemaskinikan laman web dalam usaha memberi maklumat serta sebagai saluran interaksi dengan orang ramai mengenai perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan.

Menurut Mahat, pemantauan MAMPU mendapati masih ada sesetengah laman web agensi-agensi kerajaan kurang mengambil perhatian berhubung perkara itu.

``Berdasarkan pemantauan yang dibuat oleh MAMPU, masih ada agensi-agensi kerajaan tidak mengemaskinikan laman web mereka walaupun telah berulang kali dinasihatkan agar berbuat demikian.

``Ada laman web yang tidak menggunakan dwi-bahasa dan secara tidak langsung akan menyebabkan penyebaran maklumat mengenai perkembangan kerajaan tidak dapat dibuat secara meluas dan terhad di dalam negeri sahaja,'' katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Kementerian Pengangkutan, Saptuyah Senson menjelaskan, kegagalan mengemaskini laman web juga kerana sesetengah maklumat perlu mendapat kelulusan dari pihak atasan sebelum boleh disiarkan.

Menurutnya lagi, masalah teknikal juga turut menjadi punca mengapa sesetengah maklumat dalam laman web sukar untuk dikemaskinikan.

``Ada sesetengah maklumat perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan agar ia tidak memberi kesan negatif kepada jabatan.

``Selain itu, ada kalanya kerja-kerja mengemaskinikan laman web sukar dijalankan disebabkan oleh masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan,'' jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa kementerian yang belum lagi mengemaskinikan laman web masing-masing memberi jaminan akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat.

Thursday, January 12, 2006

BLOG WAP

JIKA anda tidak mempunyai akses Internet, tetapi mempunyai handphone dan ingin baca blog saya, sila halakan browser handphone anda ke http://pfeeds.com/17d5

Anda akan dapat menikmatinya begini:-



Selamat melayari blog mba2u dengan handphone.

Jika anda juga ingin mewujudkan laman WAP, sila ke sini: http://www.phonefeeds.com/

Wednesday, January 11, 2006

ANJING DAN BANGAU

KEBANYAKAN dari kita pernah dengar cerita anjing dan bangau kan?. Cerita di zaman dahulu-kala di alam binatang.

Pada suatu hari anjing menjemput bangau ke rumahnya. Tiba di rumah, bangau dihidangkan dengan makanan yang enak-enak, tetapi makanan tersebut diletakkan di dalam piring. Maka bangau tengok sahajalah akan makanan tersebut sebab dia tidak boleh menyudunya. Sebagai balasan, bangau pula menjemput anjing datang ke rumahnya. Kali ini anjing dihidangkan dengan makanan dalam botol. Kini giliran anjing pula tidak dapat menikmati makanan tersebut...

Kisah dari cerita dongeng tersebut banyak pengajarannya. Adakah binatang-binatang ini makhluk yang pendendam?. Atau mungkin juga ada kuota pada zaman tersebut, anjing tidak boleh beli belas, bangau tidak boleh beli piring. Sebabnya ia tidak berguna untuk kedua-dua makhluk tersebut. Pada zaman tersebut hotel dan restoran belum dibuka. Jika tidak sudah tentu anjing akan jemput bangau pergi ke hotel 5 bintang di atas bukit dan bangau akan jemput anjing pergi ke hotel berbintang dalam tasik.

OK, berbalik kepada jemputan makan, hotel dan restoran, pada suatu pagi tidak seberapa lama yang lalu, sebuah syarikat paling berprestij telah menjemput xxx untuk ke suatu majlis sarapan pagi di sebuah hotel tersohor dengan bintang-bintangnya. Oleh kerana jemputan yang begitu berprestij, maka xxx tidaklah sempat ambil sarapan sendiri di rumah. Sesampai di hotel, xxx dilayan dengan penuh sopan oleh dayang-dayang dan segala yang ada. Dibawanya mengadap ke dewan jamuan dan bertemu dengan tuan rumah, si penjemput dan tuan orang putihnya. xxx dijemput untuk pilih teh atau kopi. Setelah pilihan dibuat, xxx dibawa ke dalam dewan syarahan (bukan dewan makan!). Persembahan dibuat, perbincangan dilakukan hinggalah tinggi matahari. Kopi dah lama kering, air mineral dah licin, hinggakan gula-gula juga tinggal plastik pembalut sahaja. Makanan tidak kunjung tiba sehinggalah akhir majlis. Selepas bersalam- salaman mengucapkan terima kasih, rombongan xxx pun kembalilah, sambil menjeling himpunan kuih-muih yang bukannya ditempah untuk orang lain. Dengar ceritanya xxx sampai 3 hari sakit kepalanya sebab perut kosong.

Tak tahulah samada syarikat tersebut jatuh dalam kategori anjing atau bangau ataukah xxx itu seorang lebai malang. Namun kisah tersebut masih terpahat dalam ingatan xxx dan ahli rombongannya. Suatu hari mungkin xxx akan jadi invisible man dan menjemput syarikat tersebut untuk majlis bersahur atau berbuka kot...

Pengajaran dari cerita:
1. Bila dijemput menghadiri majlis makan, makanlah dulu
2. Baca betul-betul... jemputan 'minum pagi' bukan 'minum teh atau kopi'
3. Syukur .... mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Monday, January 09, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Sunday, January 08, 2006

BAGAIMANA MENCARI DUIT?

MACAMANA nak kaya?. Oh kaya tentulah perlu ada banyak duit. JAdi macamana nak dapatkan banyak duit?. Nak banyak duit perlu berniaga, sebab 9 dari 10 sumber pendapatan adalah dari perniagaan. Tapi nak berniaga apa?. Itu adalah soalan cepumas bagi kebanyakan orang yang bukan dari kalangan peniaga, macam saya.

Ada orang kata menulis blog juga boleh dapat banyak duit. Tapi apa yang hendak ditulis? Siapa nak baca?. Macamana duit boleh datang?.

Dari satu tinjuan yang dibuat oleh problogger (www.problogger.net), 46% dari penulis blog memang mengharapkan untuk mendapat duit. Hmmmm..... maknanya setengah dari blogger memang begitu.... tapi bagaimana ya? Ada idea??

Berbalik kepada berniaga di alam maya ini, ada kisah seorang budak yang telah menjadi jutawan hanya dengan menjual pixel sahaja di Internet. Beliau mahukan duit sebanyak US$1 juta untuk membiayai pengajiannya di universiti. Dia dapat ilham untuk menjual sejuta pixel dengan $1 setiap 1 pixel, tetapi minima seseorang kena beli 100 pixel (10 X 10). Kini dia dah jadi jutawan (dalam RM). Cuba lihat kat www.milliondollarhomepage.com Macam-macam boleh jual ya...... kita bila?

Kemaskini Blog Melalui e-mel

Cut [Dari blog Lynn - Kobe]
Paste ke e-mel
dan post.

INi hasilnya:-

1. Klik blog yg hendak di update.
2. Pilih 'setting;
3. Klik pada 'email'
4. Masukkan dua maklumat tersebut :
i) Blog Send Address - masukkan email address yg hendak anda gunakan utk mengemaskini blog anda.
ii) Mail to blogger address - masukkan 'password' anda setelah usernama spt cth :
norazlina.******@blogger.com

Senang je rupanya... lepas tu macam biasalah buka email anda dan compose mesej seperti biasa dan send ke alamat email to blogger. cth : norazlina.******@blogger.com dah siap entry, tak caya cubalah!


--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

Saturday, January 07, 2006

KECACATAN BUKAN PENGHALANG

Walau apa kategori kecacatan sekalipun, ia bukan mudah untuk menjalani kehidupan dalam bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menjadikan kecacatan satu alasan untuk kita mencapai sesuatu di dunia dan akhirat, kita hendaklah selalu berfikiran positif

kata-kata di atas saya ambil dari tumb drive seorang insan buta yang hidup berdikari di KL ini.

TADI, selepas mesyuartat exco myJICA, saya ke bangunan MARA jalan Tunku Abd Rahman. Tujuannya ingin berjumpa dengan seorang operator rumah urut (jangan berfikiran negatif lak ya...). Sesampainya di kedainya, dia sedang makan dan saya terus ke surau untuk solat Zohor dulu. Selesai solat, diapun dah selesai makan dan kami bertemu. Saya memperkenalkan diri dan minta maaf sebab datang tanpa buat apa-apa temujanji. Bila diketahui yang saya dari JICA, dia begitu seronok sekali.

Saya dan setiausaha memperkenalkan diri dan yang (tak bestnya), dia tanya, ini MBA kan?. Alamak!..... Dia kata lagi tiap-tiap minggu dia baca laman web saya. Fulamak!!! Saya sudah dengar nama dia setahun yang lalu, apabila dia terpilih ke Okinawa, Jepun untuk mempelajari seni mengurut Jepun. Namun inilah kali pertama saya datang menemui beliau. Beliau adalah kumpulan pertama orang buta yang diterima berkursus di Okinawa International Center (OIC) yang dipunyai oleh JICA. Pada masa tersebut pihak JICA terpaksa mengubahsuai bilik, tangga dan pelbagai kemudahan untuk orang cacat penglihatan.

Tujuan pertemuan kami ialah untuk bertanya khabar dan menilai keberkesanan kursus anjuran JICA yang telah beliau hadiri. Dia amat berterima kasih kerana diterima berkursus, dan menyatakan ia amat berfaedah sekali. Kami juga bertanyakan mengenai apa-apa yang boleh kami (myJICA) bantu sebagai follow-up selepas pulang dari kursus.

Dipendekkan cerita, kami akan anjurkan beberapa siri kurus/seminar mengenai masaj untuk orang buta dengan kerjasama beliau. Kemudian saya akan bina satu portal (mungkin blog saja kot) mengenai urut dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dalam sedikit masa lagi (siapa minat nak beri idea/ kerjasama?).

p.s Anak beliau sedang menuntut di Tsukuba UNiversity, Jepun dalam bidang urut bagi tempoh 3 tahun dengan biaya sendiri. Wow mahal tu.....

Wednesday, January 04, 2006

DAH DAPAT KONEK

SETAHUN menunggu, baru dapat konek. Ya kah, dapat kelulusan 31 Disember 2005, dapat knek cuma hari ini, iaitu 4 Januari 2006. Setahun beb!.

Macam-macam usaha dibuat sebelum dapat konek ini. Mula-mula tak berhajat nak pasang telefon berwayar, kununnya nak pakai jalur lebar tanpa wayar, tapi habukpun tarak. Pakai telefon 3G pun kekadang dapat yang selebihnya tak dapat. Akhirnya, terpaksalah mengalah dan pergi jugalah ke kedai TM. Setengah jam siap pasang telefon dan terus mohon Streamyx. Terus lulus, tapi perlukan 3 hari kerja untuk dapat konek ke ibu sawatnya.

Jadi sekarang dah dapatlah 1MB Streamyx dan tak mau cerita apa yang berlaku di belakang tabir sejak dari tarikh memohon hingga hari ini. Pedih!.

BOTAK

MENGAPA lelaki berkepala botak?

A. Fesyen
B. Rimas berambut
C. Bayar Nazar
D. Memang rambut tak tumbuh

Walau apapun, lelaki botak ialah seorang lelaki yang berani. Mengapa berani?. Ya lah... sekurang-kurangnya dia berani kerana botak!.

p.s MBA sekarang botak, esok nak gi ofis, alahai..... tak hensemnya :-(

Tuesday, January 03, 2006

INTERNET PERCUMA (memang ada!)

ORANG kata dalam dunia ni tak ada benda atau perkhidmatan percuma. Ya ke?

Kat rumah, saya ada 3 bijinotebook, Fujitsu, Dell dan HP. Semuanya wireless. Di sekitar kawasan rumah memag banyak orang pakai Internet, samada dengan wayar atau tanpa wayar.

Dah lama juga cuba-cuba dan godek-godek kot-kot dapat Internet free, namun hampa... Pagi tadi cuba lagi, tup-tup dapat lak.... Tapi hanya guna HP yang dapat, Fujitsu dan Dell tak dapet... ngapa ekk?

Nak kata jenama tu bagus, mungkin tak, cuma mesti ada something kot.

hmmmm bilà mba dapat streamyx nanti nak sedekah jugaklah internet free.

Monday, January 02, 2006

BARU DAPAT YANG BARU

Orang yang dapat handphone baru biasanya akan banyak dapat miss call.

Orang yang baru dapat PDA baru akan teringat jasa dan mudah-guna PDA lama.

Orang yang baru dapat isteri muda, lupa giliran isteri tua (ha ha ha jangan marah).

Esok ialah hari pertama kerja 2006. Lambatnya nak tunggu 3 hari kerja untuk dapat Streamyx.

Friday, December 30, 2005

MERAJUK PADA YANG SAYANG

Merajuk pada yang kasih, meminta pada yang ada.

Orang tua-tua zaman dulu kata, merajuk pada yang kasih, meminta pada yang ada. Budak-budak zaman sekarang kata nak makan ayam pergi KFC, nak makan burger pergi Mc.Donald.

Walaupun KFC ada jual burger dan Mc. D ada jual ayam goreng, namun ia tak sama, dan memang tak serupa. Core business Mc.D adalah burger dan core business KFC ialah ayam goreng. Hanya hard core saja yang tahu.

Berdasarkan pepatah bebudak sekarang, MbA kata, jika nak produk perbankan Islam, pergilah BIMB. Jika nak takaful, pergilah Takaful Malaysia.

Mengapa orang Islam pilih produk perbankan Islam dengan bank kafir? Mengapa kita pergi pasar beli ayam sembelih dengan pejual yang tak bersunat?

Sebagai pengajaran kepada mereka yang guna produk perbankan Islam dengan bank bukan Islam ialah apa yang berlaku terhadap seorang peminjam pembiayaan rumah. Mahkamah telah memutuskan bahawa peminjam tidak perlu membayar apa yang dituntut oleh bank, sebaliknya hanya membayar apa yang dipinjam (Termasuk faedah dll). Hakim menyifatkan adalah tidak munasabah perbankan Islam mengenakan tindakan saman yang jauh lebih dasyat berbanding bank konvensional. Penghakiman ini telah mencatat satu sejarah baru dalam perundangan negara.

(lebih mengejutkan kedudukan seorang peminjam di bawah pinjaman yang mengandungi riba jauh lebih baik daripada pembiayaan Islam) Hakim Abdul Wahab Patail

MBA: streamyx dah lulus ... 3 hari kerja lagi baru boleh activate ;-)

Thursday, December 29, 2005

PINDAH KEM

DULU kita ada PC DOS, kemudian MS DOS. PC DOS dah bungkus dan MS DOS diupgrade jadi MS Win. Lepas tu MS Win jadi Win NT. Lepas tu PC DOS nak lawan Win NT maka ia keluarkan OS/2. TApi tak ke mana juga.

Pada masa win tu win ni, Mac dah lama dah jalan pakai mouse. Pendek kata Apple dan IBM PC adalah dua dunia yang berbeda. Namun bila MS dan run dalam Apple, maka tak ada lagilah bezanya....

Dalam dunia PDA, pembangun Apple wujudkan Palm dan MS wujudkan macam-macam spt PPC, PPC2003, WM5 dan macam-pmacam ada. Bila Palm (hardware) dah buat mesin untuk run WM5, maka apakah ertinya?.

Ertinya ialah instead of tunggu Treo 700 yang pakai Windows, lebih baik MBA pakai O2 XDA Exec yang memang dah pakai Win. Sekarang dah pindah kem...

Wednesday, December 28, 2005

INILAH KENYATAANNYA (TERIMA AJALAH )

SAYA tidak ada talian telefon di rumah. Bagaimanakah saya boleh menggunakan Interne?. Misalnya mobile streamyx atau jaring mobile broadband?

Jawapannya ialah

1. Mula-mula encik apply talian telefon
2. Kemudian encik apply streamyx
3. Itu sahaja jawapan yang ada
4. Memang itu sahaja
5. Jangan dengar khabar angin mengenai cara lain, ia adalah karut ...


p.s MBA telah ke TM sabtu lepas dan hari ini telah selesai no.1. Skg tunggu no.2. Sementara menunggu ni kena update blog pakai O2 XDA exec.

salam

Monday, December 26, 2005

KITA MEMANG KERJA SAMBIL LEWA?

MINGGU lepas mba hantar kereta untuk diservis. Setelah bersungguh-sungguh menerangkan apa yang perlu dilakukan kepada mekanik, dia kelihatan tercengang. Akhirnya dia minta maaf sebab katanya pendengarannya kurang jelas sebab demam panas. Dalam hati mba berkata 'alamak engkau ni dijangkiti selsema burung ke?'

Dah demam mengapa tak ambil MC dan berehat kat rumah, tak perlu datang kerja.

Ah sikit jer demamnya, masih boleh bangun lagi, tak perlulah MC. Tangan masih boleh pegang spanar.

Jadi maknanya mekanik tersebut (dan kita juga para pekerja):
1. Memang kuat kerja, demampun datang kerja
2. Memang kerja sambil lewa. samada sihat atau sakit, sama saja.

fikirkan sendiri.

KENDURI KAHWIN & ALUMNI

SEMALAM MbA hadir ke majlis kenduri kahwin yang diadakan oleh bos lama. Dia mengahwinkan anaknya. Di majlis tersebut MbA jumpa ramai orang, yang dikenali atau yang tidak dikenali. Yang pastinya, ramai sekali yang datang adalah yang sama skim perkhidmatan dengan tuan rumah. Beliau bersara setelah menjawat pangkat paling tinggi dalam profesyen teesebut (sudah tentu hanya seorang sahaja dalam sebuah negara dalam satu masa).

Apa yang menariknya bukan kendurinya, bukan pengantinnya, bukan bunga telur, tetapi tetamunya. Walaupun sudah bersara, namun majlis beliau dihadiri seolah-olah beliau masih dalam perkhidmatan, masih berkuasa, masih dalam perkhidmatan.

Apa yang diperhatikan ialah mengenai sense of belonging di kalangan penjawat skim ini. Jika skim lain rasanya kirim salam ajalah... MbA pernah tengok betapa ramainya 'pengampu' yang mengelilingi seorang penting dalam perkhidmatan awam. Namun seminggu selepas beliau bersara, tidak seorangpun yang ambil peduli. Beliau bukanlah bis yang garang sepanjang perkhidmatan, cuma rasanya para pengampu sudah merasakan sesia sahaja membodek orang pencen agaknya.

Jika andainya orang nombor satu dalam skim MbA (siapa agaknya), buat kenduri begitu, berapa kerat bekas anak buah dan junior seskim yang hadir?

Wednesday, December 14, 2005

RABUN .... SEPET .... CEME

LEBIH kurang setahun yang lalu, saya pergi buat cermin mata di sebuah kedai. Kita namakan sebagai kedai "A". Enam bulan selepas itu cermin mata tersebut pecah. Oleh kerana saya perlukan pengganti dengan cepat, saya pergi ke kedai "B" yang berdekatan dengan ofis. Kemudian minggu lepas saya ke kedai "A" semula nak buat cermin dan bingkai yang baru.

Kedai A (setahun lalu):

Cermin (bukan bingkai) awak ni tak bagus. Ia dari cermin yang murah. Saya cadangkan awak tukar kepada cermin jenis xxx yang bagus. Multi-coated, multi focal dan macam-macam lagi. Harga cuma RM700 saja (lensa sahaja). Jika mahu cermin (atau plastik) yang tak pecah, tambah RM200 saja. Akhirnya saya buatlah cermin yang berharga RM700 tu.

Kedai B (enam bulan selepas itu):

Haiya ini lens aa... murah punya. Kita orang tadak juai lagi, ini sangat murah. Kita ingat dalam RM100 saja satu. Tapi sorry kita tak ada stok lagi, mau order juga manyak lama ooo. Yang pecah hanya sebelah, tapi kena ganti dua-dua dengan jenis dan jenama yang lagi bagus. OK saya kasi lu RM500 tukar kira tukar satu pasang sekali. Esok boleh siap.

Kedai A (minggu lepas):

+Berapa abang bayar untuk cermin ini?.
-RM300 saja (aku sengaja tipu...).
+Oh... mahalnya. Ini bukan multicoated. patutnya dalam RM200 saja.
-OKlah macam tu, saya nak buat frame & lens baru, saya mau yg lens RM200 tuu
+Oh... kita tak carry produk ni, ia dah outdated.
-Kalau gitu, you orderlah, lambat tak apa, saya tunggu. RM200 tu jer saya mampu
+No.... dah tak ada stok ni.

Kesimpulan:

Aku jugalah yang rabun, sepet dan ceme dek permainan depa ni.


p.s
Lama tak update sebab tak jumpa Internet kat rumah. Sekarang tengah tunggu Jaring Wireless Broadband.

Tuesday, December 06, 2005

ULAT

Berita radio pagi ini berbunyi 'beberapa orang ulat telah ditangkap di KLIA'.

Ulat-ulat tersebut ditangkap semasa menjual tiket teksi haram kepada manusia di KLIA. Hmmm apa nak jadi kepada manusia agaknya ya?. Ulat dah menguasai kita...

Satu rang undang-undang akan digubal di parlimen untuk membenteras aktiviti ulat.


@cyberjaya

Monday, December 05, 2005

ASTRO ATAU MiTV?

LATELY mba jarang update blog. Sebabnya ialah akses ke Internet sudah berkurangan. Nak 'buat kerja' ni kat ofis, memang 'tak sempat'. Masalah problemnya ialah kat rumah dah tak ada Internet. Sebabnya mba baru pindah rumah. Kat rumah baru (baru pindah, bukan rumah baru), telefon tak ada, jadinya perkhidmatan jalurlebar (broadband) juga tak ada.

Bagaimanakah kita boleh menggunakan perkhidmatan jalurlebar tanpa telefon?

1. Wireless broadband (contohnya jaring). Jika kawasan kita ada liputan
2. Telefon 3G. Perkhidmatan data boleh digunakan pada notebook utk ke Internet
3. Apa lagi ekk?

Berbalik kepada tajuk di atas, ni nak tanya pendapat korang. Kawasan rumah ni siaran TV tidak berapa bagus (walaupun ada antena tinggi & besar). Macamana nak baguskan dia?. Ada orang kata, subscribe saja Astro, tentu siaran akan bagus.... BAiklah, antara Astro dengan MiTV, yang mana lebih sesuai?. Sebabnya MiTV berikan akses Internet sekali, tapi dia paklai antena UHF biasa. Atau ada satu lagi perkhidmatan TV berbayar kat Malaysia ni (lupa nama).

Ada cadangan?.

Wednesday, November 30, 2005

BOGEL SINI BOGEL SANA

ISU terbaru mengenai bogel ialah apabila "berita" menceritakan perihal seorang wanita warga China dipaksa ketuk ketampi dalam keadaan berbogel dalam lokap polis. Heboh satu Malaya bercerita mengenai perkara ini.

Mungkin juga (agaknya) ia juga heboh diperkatakan di negara China juga. Jika ya, memanglah patut. Sebabnya jika ada seorang rakyat kita yang diperlakukan sedemikian (berbogel) oleh imigresen negara asing (Amerika umpamanya), atau diminta anjing menghidunya, maka sudah tentu hebohlah kita membicarakannya. Memang adatlah kan?. Kita akan mempertahankan rakyat kita (sambil mengutuk tindakan buruk negara orang). Jadi memanglah adil jika mereka mempertahankan rakyat mereka dan mengutuk perbuatan terkeji oleh pihak berkuasa kita.

Tapi yang anehnya ialah .... akhbar negara kita yang lebih-lebih, sedangkan duta negara China minta semua pihak bertenang, cool....

Duta China minta jangan perbesar isu

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Duta Besar China ke Malaysia Wang Chungui hari ini meminta media tempatan dan antarabangsa termasuk di China serta Taiwan agar tidak memperbesar-besarkan kes wanita warga China yang didakwa diberikan layanan buruk oleh polis.

Beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan secara mesra antara kedutaan dan kerajaan Malaysia.

``Bertenang, selesaikannya menerusi saluran diplomatik,'' kata beliau kepada media selepas menghadiri jamuan tengah hari sempena pelantikan Gao Wenkuan sebagai kaunselor Ekonomi dan Komersial Kedutaan Besar China ke Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan China berharap Malaysia akan menyelesaikan kes terbabit dengan cara yang sesuai supaya dapat memulihkan keyakinan rakyat China terhadap Malaysia.

Wang berkata China berharap agar kes itu akan diselesaikan secara adil dan sewajarnya, namun yang paling penting sekarang ialah mendapatkan keyakinan pelancong terhadap Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, kes yang amat menyedihkan ini merupakan kes individu dan tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Beliau turut mencadang kedua-dua buah negara supaya menandatangani perjanjian tenaga buruh agar pekerja buruh China masuk ke Malaysia melalui prosedur undang-undang yang sah.

Katanya perjanjian itu akan membantu mengurangkan kes pekerja tanpa izin China di Malaysia dan kerajaan Malaysia boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap pendatang tanpa izin menurut undang-undang Malaysia atau berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Wang berkata bagaimanapun perjanjian itu masih dalam perbincangan dan beliau harap kedua-dua buah negara akan bekerjasama bagi menyelesaikan masalah buruh asing. - Bernama

Tuesday, November 29, 2005

PEGAWAI KERAJAAN MALAS ...

[Penafian: Rencana ini diambil empat-empat segi dari akhbar]

Cetusan Minda: Sistem penyampaian belum cekap


Jika ketua malas jangan salahkan kakitangan bawahan culas bekerja

SEBENARNYA apa yang akan diperkatakan dalam tulisan ini bukanlah perkara baru. Kita sudah tahu dan sudah baca berkali-kali semenjak Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Malah mungkin ramai yang sudah terasa jemu mengulang-ulang isu yang sama.

Akan tetapi Pak Lah tidak jemu-jemu mengulanginya sehingga cita-cita dan komitmennya tercapai. Kita pun akan terus merungut-rungut selagi urusan kita dengan agensi dan jabatan kerajaan tidak berjalan lancar dan sempurna.

Justeru kenalah kita membantu Perdana Menteri kerana negara ini negara kita dan yang memerintah adalah bangsa kita. Kita juga mahu mewujudkan kerajaan yang mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, berkualiti dan memiliki integriti. Maka kewajipan kitalah membantu apa yang terdaya. Mengkritik dan memberikan pandangan yang ikhlas dan membina. Pak Lah telah mengisytiharkan, kesediaan beliau menerima pandangan rakyat, meskipun yang mungkin pedih rasanya.

"Agensi kerajaan masih tak cekap". Ini tajuk berita utama Berita Harian 23, November, menyimpulkan ucapan Perdana Menteri pada majlis sambutan Hari Kualiti 2005 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Putrajaya.

"PM see red over red tape" tajuk utama NST pada majlis yang sama, juga menyimpulkan ucapan yang sama. Kedua-dua tajuk berita ini tidak menyenangkan kita yang prihatin akan masa depan negeri kita dan bangsa kita. Implikasinya besar. Justeru kita tidak boleh duduk diam.

Apabila pegawai syarikat terpaksa jadi pengemis

BERDASARKAN pengalaman peribadi saya sendiri dan orang ramai yang berurusan dengan jabatan kerajaan, kedua-dua kesimpulan ucapan Perdana Menteri ini memang tepat. Bukan saja masalah banyak borang dan tersangat lambat bekerja, sering juga keterangan atau arahan yang diberi, berbeza-beza antara seorang pegawai dengan pegawai lain.

Masih ada jabatan yang tugasnya bertindih-tindan dan sering pula salah menyalah antara mereka. Akibatnya kerja menjadi sulit dan kita terpaksa berulang-alik atas urusan yang kecil dan sedikit saja.

Untuk mendapat kelulusan mengubah syarat dan memecah lot tanah saya – hanya tujuh ekar – sudah dua tahun belum juga mendapat kelulusan. Setiap kali menghubungi pegawai-pegawai yang berkaitan, saya merayu "Tolonglah! Tolonglah!" Jawapannya lembut dan mesra tetapi yang ditunggu belum juga tiba. Bila sudah lulus di peringkat Pejabat Daerah, untuk sampai ke peringkat negeri dan kelulusan Exco, mungkin memakan masa setahun lagi.

Kawan-kawan yang mendapat kontrak membina bangunan atau membekalkan perkhidmatan kepada kerajaan, masih juga menghadapi masalah kelambatan bayaran. Saya tahu betul, ada yang lebih setahun projek disiapkan atau perkhidmatan diselesaikan, bayarannya belum juga langsai. Macam-macam dalih diberikan.

Pegawai bercuti, menghadiri kursus, bermesyuarat, pegawai lama bertukar (yang baru kata dia tak tahu apa-apa) adalah jawapan biasa yang menyebabkan pegawai syarikat terpaksa jadi pengemis dan perlu 'menabur sumbangan'.

Adakalanya diberitahu, surat atau laporan hilang, tolong hantar surat atau laporan baru! Semua ini menunjukkan sistem penyampaian kita masih ditakuk lama juga. Ucapan dan gesaan Perdana Menteri nampaknya masih seperti mencurahkan air ke daun keladi.

Kelambatan membuat keputusan atau bayaran, menyebabkan tambahan kos pengurusan dan kos pembelian barang-barang yang terus meningkat. Inilah antara sebab-sebab mengapa projek kerajaan lambat disiapkan atau terbengkalai. Inilah antara masalah yang dihadapi oleh kontraktor dan pembekal Bumiputera kelas kecil dan sederhana.

Di mana harga diri dan maruah pegawai Melayu dan bangsa Melayu

KATA Perdana Menteri: "There was no excuse for the agencies not to have a efficient delivery system as the Government had invested greatly in equipping them with up-to-date technology." (Tidak ada alasan bagi ketidakcekapan sistem penyampaian agensi, kerana Kerajaan telah berbelanja besar untuk melengkapkan mereka dengan teknologi yang terkini).

Beliau menegaskan; "Jika ketua-ketua jabatan malas dan tidak bekerja, mereka tidak sepatutnya menyalahkan pegawai bawahan yang juga malas. Tidaklah ada guna jika kita berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki sebuah motokar jika natnya longgar."

Namun tidak dinafikan, pihak kontraktor atau pembekal perkhidmatan pun ada juga kelemahannya. Dan cerita bahawa ada kontraktor yang tidak layak dapat projek, diberi kontrak kerana ada hubungan dengan orang-orang tertentu, pun masih juga kita dengar berlaku. Pegawai yang cekap dan bagus pun memang ada. Malangnya, yang tidak baik itulah yang jadi cerita.

Peranan wang dalam kegiatan politik kita semakin ketara. Maka sukarlah kita hendak menegakkan pentadbiran yang bersih, berkualiti dan berintegriti.

Majoriti pegawai kerajaan, termasuk ketua-ketua jabatan dan ketua setiausaha kementerian, adalah Melayu. Orang Melayu itu adalah juga orang Islam. Kita kata negara ini warisan nenek moyang kita, maka kita punya keistimewaan. Orang bukan Melayu merasa tidak senang. Akibatnya, jika pentadbiran negara kita buruk, tidak cekap dan korup, tentulah tuduhan itu jatuh ke batang hidung kita – bangsa Melayu! Malu benarlah kita dipandang begitu buruk dan hina!

Maka sukarlah saya hendak menerima tingkah laku pegawai-pegawai kita yang malas, tidak cekap, menyeleweng dan korup. Apakah mereka ini manusia yang tidak punya perasaan dan maruah? Apa lagi kalau mereka boleh 'dibeli' oleh bangsa lain!

Pengaruh buruk politik dalam pentadbiran berkualiti dan berintegriti

BERCAKAP mengenai kualiti dan integriti pegawai kerajaan, mengingatkan saya kepada kualiti dan integriti pemimpin parti kerajaan, khususnya pemimpin Umno. Mereka tidak saja minta dipilih sebagai pemimpin parti, tetapi juga sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Merekalah yang bertangungjawab meluluskan undang-undang, bajet dan rancangan pembangunan.

Mereka juga membuat keputusan projek dan pelaksanaan projek di peringkat Kerajaan Pusat dan Negeri. Mereka terlibat dalam membuat keputusan tender, cadangan projek dan pemilihan pembekal dan kontraktor.

Kita juga melihat pemimpin politik menggunakan pengaruh politik untuk mendapat kontrak kerajaan. Ada di antara mereka memainkan peranan sebagai 'orang tengah' atau 'broker' saja. Maka seringlah kita mendengar kritik, rungutan dan rasa tidak puas hati pegawai dan pengusaha mengenai keputusan dan peranan para pemimpin politik ini. Maka ketidakcekapan dan penyelewengan pegawai ada juga kaitan dan pengaruh daripada kegiatan dan tingkah laku sesetengah pemimpin politik.

Di Indonesia, pada zaman Presiden Suharto, secara rasmi diamalkan peranan yang disebut "dwifungsi ABRI" , iaitu tentera dan polis, di samping tugas ketenteraan dan kepolisian, juga terbabit aktif dalam pentadbiran dan perniagaan. Maka banyaklah berlaku rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Dalam zaman Presiden SBY sekarang ini timbul pula istilah "dwifungsi politisi" iaitu pembabitan pemimpin politik – terutama yang memegang jabatan dalam pemerintahan – dalam bidang perniagaan. Ada golongan yang berpendapat, pemimpin politik tidak wajar aktif dalam perniagaan. Maka Presiden SBY sedang meneliti perkembangan ini untuk mencegah terjadi apa yang disebut "oligarki ekonomi".

Di negara kita, semakin hari semakin ramai pemimpin politik terdiri daripada usahawan atau yang ingin jadi usahawan segera. Tanda-tanda menunjukkan, perkembangan baru ini telah membuka lebih banyak kesempatan berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah. Lebih-lebih lagi peranan wang dalam kegiatan politik kita menjadi semakin ketara dan semakin dominan. Jika begitu, semakin sukarlah kita hendak menegakkan pentadbiran yang bersih, berkualiti dan berintegriti.

– Lot 3850 Kampung Sg. Pencala, Kuala Lumpur - 24 November 05.

Sunday, November 27, 2005

SEJAMBAK ANAK-ANAK TANPA IBU

SEPETANG sembang-sembang bersama emak. Duduk atas tangga sambil menunggu masa mengejar waktu.

aku: anak ( ) siapa kat tepi jalan tu mak?

mak: ah itu anak tanpa ibu, dah tak boleh pakai, dah tak ada guna. Ibunya dah hilang entah ke mana.

aku: Eh-eh teruknya ibu dia. Mengapa menghilang? Bapak dia macamana pulak?.

emak: Anak-anak tu tak perlukan bapak. Memang tak ada bapakpun. Tak tahu macamana rupa bapaknya. Kalau ada bapakpun memang tak boleh guna. Memang tak berguna.

hmmmm.... korang tahu anak siapa yang dimaksudkan oleh emak aku?. Jawapannya ialah......






























anak kunci yang kehilangan ibu kunci @ mangga.

Tuesday, November 15, 2005

PUTERI SAYAKO

DI NEGARA kita, ramai wanita (anak dara, janda, balu dan yang seerti dengannya) memang teringin untuk berkahwin dengan raja atau kerabat diraja. Hasilnya mereka dapatlah mengecapi pelbagai tahap kemewahan, kebahagian dan tinggal di istana. Jika tidak dapat memikat raja atau anak raja (Rajasinggam dan yang seerti dengannya, merfeka tak mahu), maka dapat memanda menteri, bendahara dan yang sewaktu dengannya juga sudah memadai. Begitu jugalah halnya dengan lawan mereka, suka sangat mengahwini artis (tak kiralah samada tua atau muda).



Cuba pandang ke Timur, baru-baru ini puteri Sayako (puteri bongsu dan satu-satunya puteri) kepada maharaja Jepun, Akihoto telah memilih untuk berkahwin dengan rakyat biasa dan meninggalkan istana dan segala kelebihan serta keistimewaan sebagai puteri maharaja.

Apakah yang dicari dalam perkahwinan?

myTREO 650
















SAYA telah menggunakan PDA/telefon pintar berikut:-

- Palm IIIc
- IBM WordPad505
- Sony Clie
- iPaq
- Nokia Communicator
- Sony Ericsson 910i
- Treo600
- Treo 650
---> selapas ni apa pulak???

Dari Palm ke Windows Mobile ke Symbian, nampaknya Palm juga yang tetap menawan. Minggu lepas saya mengambil langkah drastik dengan menaiktaraf firmware dari versi lama ke versi baru Treo 650. Risiko yang diambil ini alhamdulillah berjaya dan dapatlah Treo tersebut dengan nyawa baru dan ruang storan serta ingatan yang lebih baik.

Selepas OS dinaiktaraf, kini mulalah gatal nak tambah aksesori pulak:-
Mula-mula nak wireless keyboard macam foto kat atas tu. Kemudian teringin pulak dengan virtual keyboard macam kat kanan tu:-

Monday, November 14, 2005

BUNUH DIRI

DALAM Islam, membunuh diri adalah merupakan suatu dosa, malahan ia adalah suatui dosa besar. Orang yang membunuh diri dikategorikan sebagai kufur dan tidak akan dapat masuk syurga. Walau apapun yang berlaku, walau sebesar manapun masalah menimpa, orang Islam dilarang sama sekali menyelesaikannya dengan cara membunuh diri. Tidak ada sebarang nas yang membolehkan seseorang membunuh diri walau dalam keadaan apa sekaliupun @ darurat. Ini bermakna, sekirannya seseorang itu adalah Islam, dia tidak akan membunuh diri sendiri.

Apa pula hukumnya seseorang (atau segolongan orang) yang menuduh orang Islam lain membunuh diri?. Bolehkah diqiaskan dengan zina?. Berzina adalah merupakan dosa besar. Mendekati zina adalah dilarang. Menuduh seseorang (perempuan yang suci @ tidak melakukan zina) berzina adalah merupakan suatu dosa besar. Maka adakah sama hukumnya seseorang yang menuduh seseorang yang mati (dibunuh?) sebagai membunuh diri?. Wallahualam.

Walau apapun, dari segi moralnya pertuduhan sedemikian amatlah jijik sekali dan tentu bermotifkan perkara lain.

Dalam dunia kewartawanan di tanah air kita ini, tidakkah anda biasa terbaca atau terdengar berita-berita yang sengaja menuduh seseorang (yang telah mati) sebagai membunuh diri?. Apakah motif sebenar golongan penuduh begini?.

Misalnya begini:-

1. Seorang pegawai Jabatan Agama Islam (misalnya) ditemui terbunuh di kawasan tempat letak kereta sebuah pejabat. Beliau dipercayai telah membunuh diri dengan tejun dari tingkat 18 bangunan tersebut. Di sini pemberita telah mendahului para pakar yang boleh menentukan sebab-sebab kematian pegawai tersebut dengan perkataan 'dipercayai'. Pemberita ingin melariskan berita tersebut dengan 'menuduh' ustaz tersebut telah membunuh diri (walaupun belum tentu kesahihannya).

2. Seorang doktor dari Pusat Rawatan Islam (bukan cerita sebenar) telah terbunuh dipercayai telah menembak dirinya sendiri dengan senapang gajah dan bom mortar. Beliau dipercayai meletupkan dirinya sendiri setelah pihak polis mengepung klinik beliau yang dipercayai sebagai tempat menyeludup dadah. Beberapa minit kemudian, pembaca berita membuat suatu pengumuman dengan berkata ' ini adalah berita yang baru diterima': Pihak polis menafikan doktor pakar tersebut telah meletupkan diri sendiri, sebenarnya beliau telah ditembak mati oleh pegawai polis dalam drama tembak-menembak di klinik beliau.

Sebenarnya 'berita yang baru diterima' tersebut telahpun lama diterima, namun oleh kerana sesuatu sebab yang disengajakan, skrip meminta pembaca berita melakonkan adegan tersebut. Iaitu dengan menuduh doktor tersebut telah membunuh diri. Apa muslihatnya?. Hanya Allah yang tahu. Namun kita boleh meneka.... tidak lain tidak bukan supaya beritanya laris. Kelarisan berita telah melangkaui halal-haram dalam kehidupan. Tuduhlah apa sahaja.

Jika diperhatikan..... akhbar yang sering membuat tuduhan begini ialah akhbar Melayu. Akhbar Inggeris rasanya tidak terlalu melalut sangat dalam pemberitaan mereka.

Mungkin ramai pemberita ini yang bersekolah di negara orang putih, mungkin mereka terpengaruh dengan orang asing. Tetapi mereka lupa bahawasanya, membunuh diri di sesetengah bangsa asing adalah merupakan suatu tanggungjawab. Membunuh diri dianggap sebagai hero, bukannya berdosa.

Insaflah...

Sunday, November 13, 2005

JANGAN BERSEDIH

RAKYAT Malaysia, khususnya kakitangan perkhidmatan awam selepas ini sepatatutnya berlumba-lumba mendapatkan dan membaca buku Jangan Bersedih (La Tahzan).

Sebabnya?:-



Hadiah istimewa buku Al-Tahzan daripada rakan karib

Oleh Mustafa Kamal Basri

SUBANG 12 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah buku oleh rakan karib yang menyambut kepulangannya dari Maseru, Lesotho di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini.

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira pukul 1.20 tengah hari itu turut disambut oleh para penyokong Barisan Nasional (BN).

Sebaik sahaja turun dari pesawat rasmi kerajaan, Abdullah bersalaman dengan orang ramai.

Beliau kemudian berhenti seketika dan berbual dengan rakan karibnya, Datuk Azmi Hamid Bidin yang turut menyambut kepulangannya.

Azmi yang pernah berkhidmat di bawah Abdullah dalam pentadbiran kerajaan, kelihatan menyerahkan sebuah buku berjudul Al-Tahzan sebagai hadiah kepada Abdullah.

Azmi ketika ditemui berkata, beliau memang berhasrat untuk menghadiahkan buku itu kepada Perdana Menteri, sekembalinya Perdana Menteri dari Lesotho.

Perdana Menteri berada di Lesotho sejak Rabu bagi menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Antarabangsa 2005.

Katanya, buku yang dihadiahkan kepada Perdana Menteri itu berupa versi bahasa Melayu yang membawa maksud Jangan Bersedih.

``Saya sudah lama mencari buku itu dan kebetulan Perdana Menteri baru sahaja kematian isteri, Datin Seri Endon Mahmood, saya bercadang untuk menghadiahkan buku itu kepada Perdana Menteri.

``Bagaimanapun, buku yang saya hadiahkan kepada Perdana Menteri itu masih mengekalkan tajuk asalnya dalam bahasa Arab Al-Tahzan dan disertakan tajuk dalam bahasa Melayu Jangan Bersedih.

Menurutnya, buku itu sangat laris jualannya di Indonesia dengan lebih 800,000 naskhah dalam versi Indonesia telah habis dijual.

Azmi berkata, buku itu dalam versi bahasa Melayu diterbitkan oleh Al-Hidayah Publishers di Jalan Ipoh Kecil, Kuala Lumpur.

Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Al-Hidayah, Fazrul Hasan Kamaluddin, ketika dihubungi berkata, buku itu dikarang oleh seorang pensyarah dari Timur Tengah, Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni.

Buku versi bahasa Melayu pula diterjemahkan oleh seorang guru agama, Noraini Abu.

Katanya, buku tersebut berkisar mengenai motivasi dan tentang kehidupan seorang Islam.

``Selain diterjemahkan dalam bahasa Melayu, buku itu juga diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris.

``Sejumlah 15,000 naskhah buku itu dalam versi bahasa Melayu telah dijual di pasaran di negara ini,'' katanya.

Fazrul Hasan berkata, ia dijual pada harga RM49 senaskhah (kulit keras) dan RM35 senaskhah (kulit biasa).

MBA dah lama beli, cuma belum baca ....

Friday, November 11, 2005

KALI TERAKHIR

Bilakah kali terakhir anda:-

1. Melawat Zoo?



He he he orang KL mana suka melawat zoo..., malahan ada orang KL yang tyak pernah sampai ke zoo (Zoo Negara). Apatah lagi di hari raya.... Hmmm... saya melawat zoo di hari raya (raya ke-6), sebabnya bawa anak-anak sedara yang datang bercuti ke KL yang teringin sangat nak tengok haiwan di zoo. OKlah fun jugaklah... Lepas tu kami ke Muzium Negara pulak.

2. Baca Novel

Ya.... rakyat MAlaysia hanya baca 2.5 muka surat saja setahun!. Bila kali terakhir anda baca buku?. Hmmmm saya baca novel sementara tunggu masa berbuka dan selepas sahur hingga Subuh. Habis dalam 3 hari semasa kat kampung. OK jugaklah....


he he he Sri Diah kata novel ini belum sampai Alor Setar. Saya cari kat Kuala Terengganu juga tak jumpa, akhirnya saya beli kat Kuala Berang.

3. Menziarahi Pusara

Musim-musim raya ni.... memang ramai yang ke pusara. Macam orang lain jugak.... saya menziarai pusara ayah pada hari raya.


Tapi biasalah kan..... tanah perkuburan orang Melayu ni masyaallah semaknya, kotornya dan segala-galanyalah kan?. Andai kata ada kat Malaysia ni Kubur Cina Muslim, saya rasa ia jauh lebih kemas, cantik & bersih berbanding dengan kubur Melayu. Mengapa ekk?.





2.

Wednesday, November 09, 2005

LAGU ARAB JADI URDU

MENGAPAKAH lagu, khususnya lagu raya yang lama-lama lebih syahdu didengari?, lebih menangkap (lentuk)?, lebih ummph! berbanding dengan lagu-lagu baru?.

Jawapannya mungkin sama dengan mengapa filim-filim P.Ramlee lebih diminati berbanding dengan filem-filem baru. Apa sebabnya ya?.

Anak saya yang berumur 5 tahun cukup suka dengan filem klasik hitam-putih yang ditayangkan di TV, berbanding dengan cerita-cerita semasa (selain kartun). Mengapa ya?. Pengaruh apa?.

Berbalik kepada lagu-lagu raya, ni nak habaq pi yang ada juga penyanyi baru yang cuba nak menyanyikan lagu-lagu lama oleh orang lama (nak gelemer kot). Hasilnya ialah kalau lagu lama tersebut berirama Arab, maka dicincang-lumat lagu tersebut (sebab tak pandai menyanyi), dah jadi macam lagu Urdu.

Hangpa tak perasan ke ada lagu raya yang dah jadi lagu tu?.

Sanisah Huri

Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

( ulang dari korus )

Ini bukan lagu tu....


Ini gambar hiasan.

Tuesday, November 08, 2005

PANTAI OH PANTAI

PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dipetik sebagai melaporkan:

sebuah syarikat pengurusan hospital, Pantai Holdings Bhd. yang dimiliki oleh korporat bumiputera kemudian dipindah milik kepada bukan bumiputera dan seterusnya dikuasai oleh syarikat Singapura, Parkway Holdings.

``Parkway Holdings turut menguasai dua syarikat konsesi yang ditawarkan oleh kerajaan iaitu Pantai Medivest yang menjalankan perkhidmatan sokongan hospital dan Fomema (perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing).

``Dari sinilah bermulanya sejarah hitam penyingkiran orang Melayu dalam kepentingan syarikat, pembangunan vendor, pengabaian tanggungjawab sosial dan kemungkinan berlaku penyebaran maklumat sulit negara sehingga boleh mengancam keselamatan,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Maamor, semua ketua pegawai eksekutif (CEO) bumiputera yang sebelum ini mentadbir hospital-hospital swasta milik Pantai Holdings telah diganti dengan CEO bukan bumiputera.

Perkara yang sama turut berlaku pada pembangunan vendor serta pembekal bumiputera yang telah diambil alih oleh bukan bumiputera.

``Bahkan, ada ura-ura untuk memasukkan sebuah lagi syarikat Singapura yang kononnya mempunyai kepakaran bersama pekerja-pekerjanya ke dalam dua konsesi berkenaan.

``Apa akan berlaku pada kepakaran yang telah dibina selama 12 tahun, perisian yang dibangunkan dan nasib 1,500 jurutera muda yang menjadi tonggak kepada pembangunan dua syarikat konsesi tersebut,'' tegasnya.

Tambah beliau, paling menakutkan ialah kemungkinan penyaluran maklumat sulit terutama data peribadi khususnya orang kenamaan yang boleh diguna pakai bagi memanipulasi keadaan yang boleh diperoleh melalui sistem di Pantai Medivest dan Fomema.

Malah, baru-baru ini, syarikat ini telah diberi konsesi bagi menjalankan projek Total Hospital Information System (THIS) bagi menguruskan data-data hospital serta pesakit di seluruh Malaysia.

``Pemindahan kawalan ekuiti yang memberi kuasa kepada Parkway Holdings untuk mengubah semua polisi Pantai Holdings akan menjadi ancaman kepada keselamatan dalam negara, khususnya apabila THIS mengandungi profil kesihatan ketua-ketua kerajaan Malaysia yang kini terdedah kepada negara luar,'' kata beliau.

Tambah Maamor, satu lagi kelebihan yang dikecapi oleh syarikat Singapura ialah laluan mudah untuk menembusi pasaran Timur Tengah.

``Jika dahulu ia begitu sukar tetapi dengan bertopengkan syarikat tempatan Malaysia, tembok itu dapat ditembusi dengan mudah,'' ujar beliau.

Beliau turut mencadangkan supaya satu badan berkecuali dan mempunyai kuasa untuk memantau semua pengambilalihan berkenaan diwujudkan.

Badan itu juga sewajarnya boleh mewajibkan semua syarikat

Dato' Mohzani Mahathir dipetik sebagai berkata:

beliau tidak terbabit dalam penjualan 31 peratus kepentingan Pantai Holdings Berhad (Pantai Holdings) kepada syarikat Singapura, Parkway Holdings Ltd. (Parkway).

Katanya, sejak 2001, beliau telah menjual sebahagian kepentingannya dalam Pantai Holdings kepada Ketua Eksekutif Kumpulan Pantai, Lim Tong Yong.

Seorang penganalisis berkata:

- Syarikat Singapura cuma beli 31%, bukankah 69% lagi pegangan rakyat Malaysia?. Tak ada isu.
- Syarikat Singapura itu bodohlah kalau pecat CEO Melayu yang bagus dan gantikan dengan CEO Cina atau India dan buang vendor bumiputera yang bagus dan gantikan dengan vendor non-bumi yang tak bagus
-Syarikat ini akan lebih bagus, lebih cekap dan mungkin boleh kurangkan kos perubatan dan lebih ramai orang Malaysia (termasuk orang Islam) mampu mendapatkan rawatan di hospital Pantai.

Tukang karut kata:
- Hangpa pikiaqlah sendiri
- Apa dok susah-susah, jangan pergi Pantai, Tawakal sajalah....

Monday, November 07, 2005

BERBALAH UNTUK RAYA

Perbalahan suami isteri balik kampung meningkat


KUALA LUMPUR: Pertengkaran dan perselisihan faham suami isteri mengenai `balik kampung di rumah siapa’ mungkin dianggap remeh bagi sesetengah pihak, tetapi isu itu menyebabkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menangani dengan bijak agar tidak berakhir dengan perceraian.


Isu balik kampung di rumah ibu sendiri atau mentua yang dirujuk kepada Jawi meningkat sekali ganda setiap kali selepas cuti Aidilfitri. Yang menyedihkan sesetengah kes seperti itu terpaksa dibawa ke Mahkamah Syariah.

Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali (gambar), berkata pada waktu biasa, kes perselisihan rumah tangga yang dirujuk kepada Jawi untuk sesi kaunseling kira-kira 20 kes sehari, tapi angka itu meningkat sekali ganda kepada 40 kes sehari pada musim Aidilfitri.

“Sepatutnya persoalan ini dapat diselesaikan dengan tolak ansur, tetapi apabila isteri atau suami berkeras mahu pulang ke kampung masing-masing setiap tahun, perkara kecil ini menjadi besar.

“Memang benar ada kes perselisihan yang dianggap sebagai retak menanti belah, tetapi perasaan tidak puas hati, merajuk dan geram tetap wujud dan boleh menjadi pencetus perbalahan,” katanya kepada Berita Minggu.

Che Mat berkata, masalah itu sudah lama berlaku dan ketika Allahyarham Sulaiman Endut menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kekeluargaan Jawi, beliau membangkitkan isu ini.

Bagaimanapun, katanya masalah itu terus berlaku hingga beliau berasakan isu ini perlu diketengahkan untuk perhatian masyarakat.

Katanya, kebanyakan perselisihan ini membabitkan kes suami isteri berasal dari kampung yang terletak terlalu jauh seperti satu di utara dan satu di selatan.

Beliau berkata, pasangan terbabit secara sukarela datang untuk mengikuti sesi kaunseling, tetapi ada juga kes yang gagal diselesaikan terpaksa terpaksa dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

“Ini biasanya membabitkan kes pasangan yang bertengkar hingga mengeluarkan perkataan yang membawa maksud kepada perceraian,” katanya.


Mengapa orang Cina tak berbalah (tidak diceritakan) untuk balik raya?
- Memang sudah menjadi tradisi orang Cina turun temurun beraya di rumah keluarga lelaki, malahan nama juga ditukar kepada nama keluarga lelaki. Apa lagi nak berbalah.

Mengapa orang Arab tidak berbalah nak balik raya? (atau tidak diceritakan berbalah)
- Sebabnya sama seperti di atas.

Jadi yang berbalah tu sebab apa?
A - Hasutan mertua/sedara-mara
B - Memang jenis degil, suka berbalah
C - Tak nak ikut hukum, tapi ikut kepala hotak sendiri
D - Tak berbalah, tak fun ler raya.