Labels

Tuesday, December 25, 2012

CUTI SERAGAM SELURUH DUNIA

BEBERAPA hari sebeluk Krismas, kebanyakan negara maju akan bercuti sehinggalah ke awal tahun baru. Negara-negara yang dimaksudkan adalah negara yang majoriti penduduknya berugama Kristian. Namun begitu, negara-negara lain, khususnya negara maju seperti Jepun juga cuti pada tarikh tersebut. Jepun bercuti mulai 23 Disember hinggalah 4 Januari.

Bercuti maknanya tidak ada sebarang aktiviti. Pejabat kerajaan cuti. Sekolah tutup. Bank tutup. Kedai tutup. Kompleks membeli belah tidak dibuka. Semuanya bercuti.

Semua makhluk dalam negara tersebut sudah tahu tarikh cuti. Kucing pun tahu rasanya. Jika makanan kucing kehabisan, ia tidak akan dapat makan kerana kedai ditutup. Klinik juga tutup. Ini adalah kerana klinik hanya boleh dilawati dengan temujanji sahaja. Semua temujanji pada musim cuti tidak dibuat. Jika sakit bagaimana?.... Pergilah ke bahagian kecemasan hospital.

Walaupun bercuti, negara mereka tetap maju dan aman makmur. Kita bagaimana?.
Di negara kita yang mempunyai pelbagai jenis perayaan ini, musim cuti pun kena kerja. Barangkali tidak pernah negara kita bercuti walau pun satu hari. Kerja. Kerja dan kerja. Kita takut sangat tinggalkan kerja. Kita takut rugi jika tidak kerja. Sebenarnya kita rugi dengan bekerja di hari cuti. Sebabnya? .... walaupun di ofis hanya seorang sahaja yang kerja, elektrik, lampu, penghawa dingin dibuka bagaikan 100 ataupun 1000 orang juga yang kerja. Lebih rugi lagi ialah, yang seorang dua berada di ofis pun tidak bekerja sebenarnya... tidak ada mood.

Oh negaraku.

Monday, December 24, 2012

BUKAN SENANG TERBIT BUKU

HARI ini saya bercuti hingga ke tahun hadapan.
Seawal pagi breakfast-meeting dengan rakan niaga.
Kemudian memandu ke KL berpandukan Waze. Boleh harap juga Waze ini. Dari lebuhraya Sungei Besi-KL, diarahkan saya ke laluan Shah Alam. Kemudian ambil MEX dan terus ke destinasi. Sebabnya ialah kerana hoghway sungai besi sesak katanya.

Hasrat saya mahu ke pencetak A. Harga yang ditawarkan adalah lebih murah 10 sen berbanding pencetak B. Apabila saya tiba, tidak ada orang di situ dan pekerja sedang sibuk melakukan tugasnya.

Akhirnya saya ke pencetak B. Dalam bilik berhawa dingin itu, saya disambut mesra oleh taukehnya. Setelah berkira-bicara, harganya tetap juga 10 sen lebih mahal berbanding Pencetak A.

Akhirnya saya setuju juga kerana ia lebih mudah berunding. Setelah itu fail-fail yang ingin dicetak diserahkan dalam bentuk PDF. Fail pertama OK. Fail kedua tidak begitu sesuai. Gambar warna tidak begitu terang. Fail ketiga reject terus. Fail PDF yang dikemukakan tidak mempunyai saiz dan tanda. Dia mahukan faul AI. Walhal dengan pencetak terdahulu, semua fail PDF sahaja. Susah juga jadi penerbit ini ya ...

Sunday, December 16, 2012

FOTO BUAT DUIT HARI INI



http://www.dreamstime.com/orange-slice-imagefree6520323

Stock Photos: Orange Slice. Image: 6520323
© Photographer: Sonya Etchison | Agency: Dreamstime.com

Sunday, December 09, 2012

HARI INI SAYA TAK SAKIT KEPALA


MALAM tadi tidur jam 1am. Bangun sekitar jam 5am terasa tengkuk bahagian belakang sakit. Entah mengapa. Saya tidak fikir disebabkan salah tidur. Mungkin ada gejala lain, ataupun simpton penyakit lain. Entahlah.

Selepas solat subu, buat sarapan. Makan dan terus telan dua biji panadol muscle. Terus memandu ke Semenyuh Sentral untuk berkayuh ke Lenggeng. Kayuh bersama tujuh geng yang lain. Pergi balik sejauh 50km dalam panas yang sangat terik.

Tiba semula di Semenyih Sentral, kami makan durian. Balik dan pada hari ini saya tidak sakit kepala.

Saya perlu fikir mengapa dan sebab-sebabnya. Pembaca juga mohon fikirkan untuk saya, mengapa kepala saya tidak sakit hari ini. Biasanya tiap-tiap hari kepala saya sakit.

Saturday, December 08, 2012

HARI 1: HAKUBA SKI RESORT, JEPUN


Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, kita akan menaiki bas menuju ke Hukuba. Perjalanan mengambil masa selama empat jam setengah. Kita sampai awal pagi, makan pagi dan terus check-in di Inn.

Seterusnya kita akan ke Hakuba Goryu Ski Resort. Belajar bermain ski dan memakai kasut salji. Pada tengahari akan "Snow picnic" di puncak gunung. Bilik sembahyang disediakan di Escal Plaza. Lewat petang akan kembali ke Innmenikmati makan malam ala Jepun (halal)


Main ski di Hakuba Ski Resort


Ini dia Escal Plaza yang dibuka 24 jam sehingga 31 Mac setiap tahun.




Friday, December 07, 2012

2S ( SAKURA DAN SALJI) Di JEPUN


Tour of Japan for Snow & Sakura. 23/3/2013 - 31/3/2013

Date City Transport Journey Meals
Day1 (3/25)
Depart by AirAsiaX to Haneda Airport.
Arrive Haneda Airport. Meet by our Tour Representative. B : nil
L : on board
D : nil

Day2 (3/26)
HANEDA
HAKUBA PRIVATE
BUS Transfer by bus to Hakuba Ski Resort
Arrive very early morning. Check in to the Inn.
Breakfast is provided. Transfer to Hakuba Goryu Ski Resort. Learn to play ski and wear snow shoes. Snow picnic is available on top of the mountain. Praying room is available at Escal Plaza. Late afternoon back to Inn. Japanese Authentic Halal Dinner is served at the Inn.

Hotel: Member Inn or similar class
Optional: ski equipment B : incl
L : incl
D : incl

Day (3/27)
HAKUBA PRIVATE
BUS Breakfast is at the Inn. Transfer to Hakuba Goryu Ski Resort. Today is snow activities. Family games on the top of the mountain. Snow picnic with wearing snow shoes. Continue with the snow activities. Rental of ski equipment is available.
Back to the Inn

Hotel: Member Inn or similar class
Optional: ski equipment B : incl
L : incl
D : incl
Day4
(3/28)
HAKUBA
TOKYO PRIVATE
BUS

SHINKANSEN

SUBWAY TRAINS Breakfast at the Inn. Visit Wasabi Farm. Lunch in Nagano. Transfer from Hakuba to Nagano train station. Shinkansen rides from Nagano to Tokyo.
Taking subway trains to Asakusa. Check in to Sakura Hostel Asakusa. Free at own activities in Asakusa area.
Dinner is provided.

Hotel: Sakura Hostel Asakusa B : incl
L : incl
D : incl
Day5 (3/29)
TOKYO SUBWAY TRAINS

Breakfast at the hostel. Walking tour to observe Sakura Trees in Tokyo. Sightseeing and shopping in Tokyo.

Hotel: Sakura Hostel Asakusa
Optional: Tokyo Disneyland B : incl
L : incl
D : incl

Day 6 (3/30) TOKYO
OWN
FREE & EASY OWN
Day 6
(3/31) TOKYO
HANEDA AIRPORT SUBWAY TRAINS

LIMOUSINE BUS Breakfast at the hostel. Continue for Walking Tour of Tokyo.
Check out from the hostel. Transfer to Haneda Airport by Limousine Bus.
B : incl
L : incl
D : x


Cost per pax Package inclusive of: Details
Air Ticket by AirAsia X with taxes
Luggage 15 kg each way
Hot meals both way
Request seats both way
1 night stay in the bus
2 nights stay at the Member Inn Hakuba Ryokan / Western
RM 5531.00 (Adult)
RM 4920.00 (child)* 2 nights stay at Sakura Hostel Asakusa Bunk beds
Airport Transfer / Limousine Bus Two ways
Haneda Airport to Hakuba Private Bus
Ski Resort Private Bus
Wasabi Farm Private Bus
Snow shoes Hakuba Goryu
Family games activities Hakuba Goryu
Foot spa Hakuba
Meals: Daily Breakfast Inn / Hostel
Lunch 5x
Dinner 4x
Tour Guide and driver
1 Tour Leader from IGNS
Visa arrangement Embassy of Japan
5% Tax


Child* ( 4-11 yrs old)

Deposit of RM1500 is required immediately to secure seat with AirAsiaX
The balance is 3 weeks before departure

Contact: sales@tomodachi.my

Thursday, December 06, 2012

MACAM 2

Dalam perjalanan ke ofis tadi, teringat temujanji dengan hospital untuk ambil darah. Nasib baik rak perlu puasa.
Menjelang petang (hampir setiap petang, ) kepala sakit.

Tuesday, December 04, 2012

TEAM BUILDING

hari ini saya diarah hadir ke sesi team building selama 2 hari. Ikut agenda ada joget2 nari2 nyanyi2. Perlukah itu semua?

Sunday, December 02, 2012

ANDA MASIH BACA BLOG ?

Salam Sejahtera,

Adakah anda semua masih membaca blog?
Ya lah, maksud saya, kini kita sudah ada Facebook, sudah ada twitter dan segala macam social media lagi.

Sekiranya anda masih lagi membaca Blog, maka saya akan selalu kemaskini Blog sya.

Mohon pandangan anda.

Terima kasih.

Wednesday, November 21, 2012

JOM MELANCONG, JANGAN MELENCONG

SEMASA berkhidmat dengan Kerajaan, berapa kerap anda terbang keluar negara?.

Saya...

1. JKR (1983-1989): 0
2. JPA (1989-1990): Jepun
3. JPJ (1990-1996): Singapura, UK,
4. ANM (1997-2003): Jepun, USA, China
5. H.Selayang: (2003): 0
6. MITI (2003-2004): 0
7. KKM (2004-2010): UK, USA, Jepun, New Zealand
8. MAMPU (2010-sekarang): 0

30 tahun perkhidmatan terbang ke 10 destinasi. Purata 3 tahun sekali terbang.

Hmmmm....

Monday, November 05, 2012

MEMOIR SEORANG JURUHEBAH - ZAINAL ABAS


SAYA tidak perasan akan buku ini berada di pasaran, sehinggalah saya bertemu dengan penulisnya sendiri, Zainal Abas. Pertemuan ini berlangsung semasa bengkel penulisan PENA-ITBM-DBP di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 5-7 Oktober yang lepas.

"Buku ini adalah jiwa saya". Begitu kata-kata Zainal Abas yang saya 'kenali' sewaktu beliau menjadi DJ di RTM Kuala Terengganu. Pada masa itu saya bersekolah di SMST. Beliau menggantikan Ramlah Hj. Ramlan yang juga popular semasa saya bersekolah.

Membaca memoir beliau, menyebabkan saya bergenang air mata di beberapa bab tertentu. Juga menyebabkan saya ketawa bagaikan nak pecah perut mengenai "apa bakar encik khabar".

Saya cukup kagum dengan budi-baik anggota polis yang mengiringi beliau ke Ipoh supaya beliau tidak terlewat. Saya terharu dengan songe serta budi-baik kakitangan hospital terhadap beliau. Sebabnya saya juga pernah bertugas di hospital. Beliau ditukarkan tanpa usul periksa dari Angkasapuri ke Kuala Terengganu secara drastik sekali. Saya juga pernah mengalaminya.


Ya, buku setebal 400 muka ini seronok dibaca. Bahasanya mudah dan ia mengambil masa enam tahun untuk disiapkan.





Saturday, November 03, 2012

PENERBITAN BUKU : LAIN PENERBIT LAIN CARANYA

SAYA mendapat peluang menerbitkan buku dengan beberapa buah penerbit. Berikut adalah cara dan gaya mereka:

1. PTS

a. Royalti dibayar sebanyak 7% bagi jualan kurang 10,000 naskah. 10% bagi 10,000 naskah dan 11% bagi 11,000 dan ke atas.

b. Bayaran royalti dibuat setahun sekali.

c. Penulis dapat membeli buku sendiri dan buku-buku terbitan PTS dengan diskaun penulis, ia itu 35%. Kredit sebanyak RM2,000 diberikan bagi tempoh bayaran 60 hari.

d. Segala urusan berkaitan dengan penerbitan buku seperti editor dan lain-lain hanya melalui e-mel sahaja.

2. KARANGKRAF

a. Royalti ialah 10%

b. Pendahuluan dibayar sebanyak RM700 sebaik sahaja manuskrip diterima dan kontrak ditandatangani.

c. Bayaran royalti dibuat 4 kali setahun.

d. Diskaun penulis sebanyak 35% hanya untuk buku tulisan sendiri sahaja.

3. ITBM

a. Royalti 10-12 %

b. Kontrak perjanjian mempunyai tempoh tamat (3-5 tahun)

c. Royalti dibayar sepenuhnya sebaik sahaja buku siap dicetak.

d. Diskaun penulis bagi buku sendiri ialah sebanyak 50%


Friday, November 02, 2012

PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP

1. Manuskrip hendaklah ditaip langkau dua baris menggunakan MS Word

2. Font Times New Roman bersaiz 12

3. Manuskrip hendaklah dicetak atas kertas A4, sebelah muka surat dan dijilid



* Panduan DBP

Thursday, November 01, 2012

KANDUNGAN MANUSKRIP


1. Halaman Judul

2. Kata pengantar (jika ada)

3. Prakata

4. Pendahuluan (jika ada)

5. Senatrai kandungan

6. Seluruh bahan teks

7. Ilustrasi/ jadual/ foto *(jika ada)

8. Lampiran (jika ada)

9. Glosari

10. Bibliografi

11. Indeks (jika ada)


* Panduan manuskrip Buku Umum DBP.

Sunday, October 28, 2012

KAYUHAN KUALA LUMPUR

HARI AHAD, 21 Oktober 2012, Hari Raya Haji yang kedua, kami berkayuh daripada Tangling ke Kuala Lumpur.

[Sweeper]
[Berhentyi berfoto di depan KLCC]
[Berfoto di belakang KLCC]
[dataran merdeka]
[sweeper lagi]

Friday, October 26, 2012

BLOG SUDAH MATI?


BENARKAH Blog sudah mati dengan adanya Facebook?.

Sunday, October 21, 2012

Saturday, October 20, 2012

JOM MAKAN SUSHI

[Sushi ini paling awal disiapkan. Bila post ke FB, kawan yg berbelah bagi tak nak datang, terus datang. hahahaha]
{Puluhan tahun tidak bertemu dengan King Ghaz]
{Bukan susah buat sushi .... kelas masakan sushi]
{sushi sedang disediakan]




HARI ini, 20 Oktober 2012 (Sabtu) saya menjemput ramai kawan untuk makan sushi di rumah saya. Tujuannya?

Semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas, kami menghidangkan sedikit sushi. Menantu kami sangat teruja. "sushi party", "sushi party" katanya. LAntas isteri saya ingin buat "sushi party" tersebut. Lagi pula agak ramai juga tetamu yang tidak sempat menikmatinya semasa Hari Raya yang lepas.

Tarikh 20 Oktober dipilih kerana kebetulan ada rakan dari Jepun yang datang ke Malaysia. Beliau sangat sibuk, cuma ada masa terluang pada 20 Oktober sahaja. Itu pun sebelah petang. Jadi kami buatlah "Jom Makan Sushi" dari 4pm-10pm. Sayangnya dia juga tidak dapat datang kerana kesibukannya dengan program lain. Isteri saya sangat terkilan kerana dia tidak datang. Hampir kehilangan mood untuk menyediakan sushi. Oleh itu saya hanya memberitahu isteri saya, dia tidak dapat datang hanya sehari sebelum hari kejadian.

Sebab lain ialah untuk menjamu rakan pejabat. Sudah ramai yang ingin berkunjung ke rumah, tetapi tidak ada kesempatan kata mereka. Inilah peluang untuk mereka datang bersama keluarga ke rumah saya.

Sebab seterusnya ialah untuk melancarkan buku saya "Travelog Jepun: Sedasawarsa Bersama JICA Di Okinawa".

Sasaran jemputan ialah 100 orang. Persiapan dibuat untuk 100 orang. Jemputan melalui Facebook mendpati 35 orang yang mengesahkan kehadiran. Jika mereka datang berdua, sudah 70 orang. Jika mereka datang bertiga, sudah 100 orang!. Jemputan melalui WhatsApp, ada beberapa orang yang berjanji akan hadir. Jemputan kepada ahli myJICA dan exconya pula ada lagi beberapa orang yang membuat pengesahan. Anak buat dari ofis, ada 16 orang yang akan datang. Jemaah surau saya jemput hadir selepas solat Maghrib.

Mengenangkan setiap petang hujan lebat dan ditambah pula dengan perlawanan final bolasepak piala FA, saya anggarkan tidak ramai yang akan datang. Apatah lagi apabila tetamu kehormat daripada Jepun tidak dapat hadir, ramai pengikut dan peminatnya juga tidak dapat hadir.

Kami juga tertanya-tanya, takkan tetamu yang datang akan dihidang dengan sushi semata-mata. Bagaimana halnya bagi yang tidak makan sushi? Apakah hidangan sampingan yang sesuai dengan sushi?. Nasi lemak dan mee-hoon sudah tentu tidak sesuai. Minuman teh hijau sudah semestinya. Itu sahaja yang kami sediakan, sejuk dan panas. Ada yang nak makan kacang pees, saya belikan. Kami bertanya pada Chef, dan dia tawarkan untuk menyediakan soba dan tempura, iaitu vege-tempura. Cukuplah hidangan sampingan.

Pada hari kejadian, tetamu datang bersilih ganti. Kadang-kadang jem rumah dan dapur. Sushi pula hampir kehabisan. Masak lagi dan masak lagi. Nasib baik beli beras 10kg. Keseluruhannya 8kg habis dimasak untuk hidangan sushi.

Dipendekkan cerita, memang ramailah orang datang. Buku juga laris dan hampir habis. Penatnya memang terasa, namun kegembiraan bertemu rakan-rakan telah menghilangkan segala rasa penat.

"Jika kita berbuat baik kepada orang, nescaya orang akan berbuat baik kepada kita juga. Jika orang tidak berbuat baik kepada orang, kita patut berbuat baik juga kepadanya".

"Menghadirkan diri ke majlis orang lain itu hukumnya wajib, apatah lagi sesudah kita berjanji, melainkan ada keuzuran"






Saturday, October 06, 2012

Thursday, October 04, 2012

Wednesday, October 03, 2012

EBOOK atau BUKU BERCETAK?

[Ini adalah sebahagian daripada buku-buku karya/sumbangan saya]

Beberapa hari yang lepas saya membeli sebuah buku memoir setebal 400 muka surat. Ia sangat menarik hati saya untuk membaca dan menghabiskan bacaannya. Namun masa sangat terbatas. Masa senggang langsung tidak ada.

Sekiranya buku tersebut dalam format ebook, nescaya ia sudah selesai atau hampir selesai saya baca. Sebabnya ialah kerana semasa dalam mesyuarat, menunggu antara mesyuarat, dalam kenderaan dan banyak masa lain, saya boleh curi-curi baca ebook.

Baca ebook memang berbaloi.

ps sebahagian daripada buku di atas boleh diperolehi dalam format ebook.

Tuesday, October 02, 2012

TRAVELOG JEPUN : SALJI PERTAMA

SAYA sudah biasa melihat salji, tetapi cuma di dalam TV.
Salji sebenar yang saya lihat, saya pegang dan saya rasa ialah di Tokyo pada tahun 1990.




Friday, September 28, 2012

Wednesday, September 26, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Monday, September 24, 2012

Sunday, September 23, 2012

Sunday, September 02, 2012

KANAK-KANAK PUN MINAT NAJIB




PADA suatu hari, saya berpeluang mengikuti pemimpin tertinggi negara ke sebuah hospital. Saya dikehendaki menjadi pegawai pengiring (LO) kepada seorang menteri.

Selepas lawatan berakhir, kami menghadiri jamuan makan. Saya memilih untuk duduk di meja di sebelah meja menteri yang saya iringi. Di meja ini ada beberapa orang pesakit kanak-kanak yang menjadi jemputan khas.

Emak kepada pesakit ini memberitahu, anaknya akan menjalani pembedahan pada esok hari. Dia agak liat untuk memakai baju Melayu. Namun pada hari tersebut dia memakai baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok. Sebabnya ialah supaya dapat bersalam dengan Perdana Menteri. Maklumlah jika tidak bersongkok, PM dikatakan tidak akan bersalam dengannya.

Sehingga selesai majlis, PM bukan sahaja tidak bersalam dengan dia, malahan dengan mana-mana pesakit pun. Beliau hanya berada di meja makan yang dikhaskan sehingga selesai acara. Menteri yang saya iringi itu pula adalah bertanya khabar dan bergambar denga seorang dua pesakit yang dipilih oleh setiausaha akhbar dan jurugambarnya.

Saya sampaikan hasrat budak ini kepada jurugambar. Sekurang-kurangnya dapat bergambar dengan Menteri cukuplah, sebab Perdana Menteri duduk di meja lain yang tidak memungkinkan budak ini pergi memandangkan ditangannya masih terlekat jarum untuk pemindahan darah dalam wad sebentar lagi.

Setakat itu sahajalah yang saya boleh buat. Semoga budaj itu telah selamat menjalani pembedahan.


Wednesday, August 29, 2012

KOPI ITU RACUN




SAYA perhatikan di negara kita ini terlalu banyak jenama kopi. Macam-macam ada. Ada kopi tongkat ali, kacip fatimah, ginseng, misai kucing, organik, dan 1001 jenis kopi lagi.

Namun saya fikir, tidak ada satu jenama kopi dari Malaysia pun yang berjaya diekspot ke luar negara.

Masyarakat Malaysia memang sukakan kopi, bukan kopi biasa, tetapi kopi "berkhasiat". Sebenarnya menurut doktor saya, peminum kopi begini sangat memudaratkan diri. Kesemua kopi sebegini mengandungi racun berjadual. Ia boleh merosakkan tubuh badan kita. Contohnya begini, kopi tongkat ali misalnya. Dari mana Tongkat Ali diperolehi dengan banyak? dari ladang atau dari kilang?. Jika dari ladang, bagaimana sukatannya dan mana ladangnya?. Kebanyakannya dari kilang dan ketahuilah ia sebenarnya bukan Tongkat Ali (atau apa-apa sahajalah), tetapi bahan kimia (dan sebahagiannya beracun). Begitulah keadaannya.

Dulu saya ada juga minum kopi-kopi begini. Harganya memang sangat mahal. Kononnya untyuk sihat dan cergas. Melancarkan perjalanan darah. Menurunkan darah tinggi, dan macam-macam lagi. Sebahagiannya mungkin benar, tetapi ia memberi kesan kepada yang lain.

Saya sudah membuat ujian darah dan didapati terdapat pelbagai benda-asing yang merbahaya dalam darah saya selepas meminum kopi-kopi begini dalam sebulan dua.

Doktor saya menasihatkan saya, jika mahu minum kopi, minumlah kopi yang asli. Ia itu kopi yang tidak dicampur dengan apa-apa ramuan yang mengarut ini. Pilihlah kopi dari jenama apa sekali pun, mengikut selera dan cita rasa, tetapi bukan yang karut-marut ini. Ia beracun.


* Dunia menghasilkan 100 juta bag (132 lb setiap satu) setahun. Maknanya setiap orang boleh minum 100 cawan kopi setahun.



Saturday, August 25, 2012

SELSEMA

KAWAN-kawan yang mengenali saya mengatakan saya ini selsema sepanjang tahun. Sebenarnya tidak begitu. Dalam setahun, barangkali adalah sebulan yang saya bebas dafri selsema, atau lebih tepat lagi hidung tersumbat.

Beberapa bulan yang lalu, saya bebas sepenuhnya daripada selsema. Namun, saya tidak ingat apa yang saya buat atau makan sebenarnya. Ini adalah kerana saya mengambil dua jenis suplimen secara "proof of concept (POC)" selama 3 bulan. Ia ity Xango dan Juice Plus.



Xango adalah pati (termasuk kulit) buah manggis. Juice plus pula adalah pelbagai jenis buah dan sayur-sayuran.



Kini saya ingin ambil salah satu daripada suplimen ini secara berkekalan. Dari segi logiknya, Juice Plus adalah lebih munasabah rasanya, tetapi entahlah.

Doktor pula berikan saya ubat selsema untuk dimakan dalam masa 6 minggu.


Yang mana satu ya? ....


Friday, August 24, 2012

TERLEBIH POTASIUM




PAGI tadi saya ke hospital dan..

Dr: Potasium dalam darah awak berlebihan, terlalu tinggi, tersangat tinggi. Harap hentikan makan pisang.

Saya: Saya banyak makan pisang apabila saya kayuh basikal Dr.

Dr: Untuk apa?.

Saya: Pisang memberikan tenaga yang segera.

Dr. Mungkin benar, tapi dalam kes awak, carilah cara lain. Jangan makan pisang lagi.

Saya: Baiklah Dr.


+++ Sumber Potasium:
Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.

Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato.

Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.

==> Kekurangan potassium boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.
Kulit kering, tekanan darah rendah.
Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot.


** Jika terlebih Potasium, apakah masalahnya?

--> Terlalu banyak Potasium boleh menyebabkan otot dan saraf rosak, yang membawa kepada denyutan jantung tidak teratur. Tanda-tanda lain adalah kekejangan perut, muntah, cirit-birit, pendarahan gastrousus, kekejangan otot, cepat marah, keletihan, nadi benang dan kegagalan jantung. Ia juga boleh menyebabkan kulit pada tangan, kaki dan lidah untuk menggelenyar dengan sensasi "pin dan jarum".

Sunday, August 12, 2012

PERHIMPUNAN BULAN OGOS

SEBAIK sahaja mendapat undian tugasan ini awal tahun ini, saya agak ligat juga memikirkan tema perhimpunan. Ogos adalah bulan kemerdekaan, puasa dan raya. Apa tema yang sesuai?. CTI - Cepat, Tepat Integriti baharu sahaja diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri. Sesuaikan tema ini?. Ah ia terlalu tinggi, lagi pun ada bahagian yang akan terbitkan buku mengenainya.

Apa kata jika huruf P.E.M.A.T.U.H.A.N dicarikan akronimnya dan dibuat tema?. Terlalu panjang pula.

Saya juga ada buat survey di Facebook mengenai cadangan tema "patuh dan selamat". Ada yang mencadangkan 3M - Mendengar.Mengamal.Mematuhi. Kebanyakannya tidak setuju sebab macam Stop.Look.Go. Akhirnya "Patuh & Selamat" dipilih.

Sebaik sahaja selepas perhimpunan bulan Julai, kami mula bergerak. Terus bergerak. MAsing-masing dengan tugasan masing-masing. Cuma dua kali raptai. Selesai.

Terima kasih banyak kepada semua anak buah yang memang cekal dan dedikasi.





Nyanyian Lagu Negaraku.


Ucapan alu-aluan yang sangat ringkas dari saya


Buku kompilasi Tip Keselamatan ICT oleh ICTSO diserahkan kepada KP


Penyerahan kad raya gergasi warga BPICT




Krew BPICT

Wednesday, August 08, 2012

30 TAHUN KERJA: APA YANG SAYA DAPAT?


DI SINI saya ingin senaraikan apa-apa faedah yang saya dapat selama 30 tahun bekerja. Ia sekadar rekod, bukan untuk tujuan lain. Jauh sekali tidak bersyukur dengan apa yang ada.

1983-1989 JKR:

+Tempat pertama kerja ini saya mendapat banyak ilmu, ramai kawan dan semangat untuk bekerja. Saya adalah pegawai ICT pertama di sini. Saya juga banyak menghadiri kursus di INTAN untuk mengutip ilmu dan kepakaran.

1989-1990 JPA:

+Di sini saya berpeluang naik kapalterbang buat pertama kali. Saya keluar negara buat pertama kali. Saya diberikan peluang hadir kursus System Engineer selama enam bulan di Okinawa International Center (OIC).

+Pulang dari Jepun saya mendapat kenaikan pangkat, memangku Tingkatan Kanan.

1990-1996 JPJ:

+Saya bekerja kuat di sini seperti jabatan-jabatan sebelumnya. Di sini saya perolehi lesen memandu kelas "E". Sayangnya saya tidak sempat ambil lesen "B" kerana semua staf sudah ada lesen "B".

+Di sini saya berpeluang pergi ke seluruh JPJ negeri. Naik kapalterbang. Memandu dan tidur di hotel-hotel di mana mesyuarat atau lawatan diadakan.

+Saya mengakhiri perkhidmatan di sini dengan menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di UK.

1997-2002 JAN

+Di JAN saya mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang yang pertama setelah lebih 18 tahun berkhidmat. Di sini juga saya berpeluang bekerja di syarikat swasta selama dua tahun dalam projek pembangunan EGAG.

+Buat pertama kali berpeluang ke USA, menghadiri kursus.

2003 HOSPITAL SELAYANG

+Tempoh perkhidmatan di sini terlalu pendek, namun saya berjaya menyakinkan pihak pengurusan hospital dan mengenali doktor-doktor pakar di sini.

2003-2005 MITI

+Saya berjaya memperkenalkan konsep bari pengurusan projek.

2005-2010 KKM

+Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

*Berpeluang ke bilik Ketua Setiausa Negara (KSN) kerana masalah rangkaian

+Menghadiri kursus CIO di Boston, USA

+Menghadiri lawatan ke MOH New Zealand

+Kenaikan pangkat ke JUSA.

2011-KINI.

?

Tuesday, August 07, 2012

MOOD DALAM PEKERJAAN


SAYA pernah bertanya kepada bos saya "mengapa tidak ambil opsyen betrsara 60 tahun?".

Dia jawab "belilah peluang orang muda pula bekerja. Takkanlah dah tua-tua pun masih nak bekerja. I dah tak tahan lagi dengan tekanan kerja. Mana ada kehidupan jika umur 60 tahun masih bekerja?".

Senior saya dalam perkhidmatan Kerajaan ada berkata "Penjawat Awam di zaman British lagi baik berbanding selepas merdeka. Semasa British, semua kuli kerajaan diberikan tanah. Dapatlah seekar dua seorang. Kini tanah I hanyalah tapak rumah I itu sahajalah yang dibeli dengan pinjaman perumahan kerajaan". Akhirnya beliau berhenti dan menyertai sektor swasta.

Saya bertanya dengan seorang staf saya "Apabila bersara nanti nak buat apa?". Dia memilih untuk bersara awal.

Jawabnya "saya nak berehat, nak belajar agama dan bergiat dalam NGO".

Saya bertanya khabar pula kepada staf saya yang telahpun bersara. Dia juga bersara pilihan. Katanya "saya bahagian sekarang. Tiada lagi tekanan. Tiada lagi deadline. Saya tidak buat apa-apa pun, sekadar menolong anak saya yang buat bisnes online".

Begitulah serba sedikit kisah orang bersara.

Sudah hampir 30 tahun saya mengabdi diri menjadi kuli Kerajaan. Sebahagian besar daripada tempoh tersebut berjalan tanpa apa-apa masalah. Saya suka bekerja. Saya risau jika tidak bekerja. Di awal-awal perkhidmatan saya, saya datang ke pejabat pada hari Ahad semata-mata untuk belajar Komputer Mikro (sebelum PC dikeluarkan). Saya buta kayu langsung pasal PC dan Apple II pada masa itu. Maklumlah semasa belajar, saya menggunakan mainframe.Saya berjaya menguasai kesemua bidang teknikal yang dibawah kawalan saya.

Setelah senior sedikit, saya masih kuat dan rajin bekerja. Saya rindukan kerja. Saya suka datang kerja. Saya tidak pernah tinggalkan satu pun mesyuarat projek. Hatta semasa saya sakit dan diberikan cuti sakit oleh doktor, saya datang ke pejabat bertongkat semata-mata untuk hadir mesyuarat. Saya menguasai segala-gala bidang pekerjaan saya pada masa itu.

Seterusnya apabila menjawat jawatan 'middle management', saya ditukarkan ke sebuah kementerian yang bagi saya terlalu rigid. Serba tak kena. Marah, maki, tengking adalah perkara biasa. Saya tak tahan. Nasib baik tidak lama. Saya ditukarkan ke kementerian lain.

Di kementerian ini saya OK. Sangat OK walaupun ramai berpendapat saya dan siapa sahaja di situ tidak boleh servive. Akhirnya saya dinaikkan pangkat ke pengurusan tertinggi setelah enam tahun di situ. Semangat kerja masih jitu. Masih padu. Sesibuk mana pun, saya tidak pernah sekali pun ponteng mesyuarat pasca kabinet. Saya happy. Sayang cuma setahun sahaja di situ sebelum ditukarkan ke tempat lain.

Kini saya mencari erti sebenar sebuah kehidupan. Di manakah kehidupan. Ramai yang berpendapat, bersara dengan aktiviti kecil-kecilan dan melakukan hobi sendiri adalah merupakan sebuah kehidupan.

Saya sangat setuju.

Monday, August 06, 2012

MOOD DALAM PENULISAN


DALAM menulis dan menyiapkan penulisan, ia bukan sekadar masa, malahan lebih dari tu. Ia bukan setakat ilham, malahan lebih lagi.

Ilham sudah lama datang. Masa juga sudah ada. Namun ketiadaan mood menyebabkan projek penulisan ini masih belum siap-siap juga lagi.

Friday, July 27, 2012

SALAM RAMADHAN

Selamat Berpuasa Kepada Semua:


Thursday, July 26, 2012

BUDAK BAIK KENA MARAH


SEMENJAK kecil lagi saya memang seorang budak yang baik. Pujian kepada diri sendiri ini adalah sangat berasas dan ada testimonialnya. Jika budak-budak ingin bermain dan berpergian, emak mereka akan memberi kebenaran sekiranya mereka bermain dan berpergian dengan saya. Kadang-kala nama saya disalah gunakan oleh budak-budak yang tidak bertanggungjawab.

Baik dalam dunia kanak-kanak bermakna, saya bangkit sendiri di waktu pagi. Pergi mandi, berpakaian dan bersiap-siap untuk ke sekolah tanpa disuruh. Pulang dari sekolah, beg disimpan rapi. Pakaian sekolah direndam untuk dibasuh sendiri. Selepas mandi dan makan, saya telah bersiap-siap untuk pergi mengaji. Semuanya dilakukan secara automatik.

Saya mesti pulang ke rumah sebelum Maghrib. Tidak keluar di malam hari dan tidur awal.

Cukup baik bagi kategori budak. Saya tidak perlu disuruh setiap hari untuk melakukan rutin harian. Apatah lagi jika dimarah. Tidak perlu semua itu. Ini bukan bermakna saya tidak pernah kena marah. Budak baik pun ada kalanya juga buat salah dan kena marah. Itu memang hakikat hidup. Jika kita buat salah, kita kena marah.

Tapi kini...... saya kena marah pada setiap hari dan atas perkara yang 'tidak salah' sama sekali...

Hari ini saya cuti sebab kepala sakit berdenyut-denyut...

Sekian.

Tuesday, July 17, 2012

MASJID KOBE: DULU DAN SEKARANG

Ini adalah Masjid Kobe yang biasa kita lihat.

Semasa saya tiba, Masjid Kobe sedang berselimut.
Sedang diselenggara.

p.s Saya tidak pernah lihat masjid di Malaya diselenggara sebegini setakat ini.


Thursday, July 12, 2012

SELIPAR JEPUN DI MASJID KOBE

Terpegun saya lihat saf selipar Jepun di Masjid Kobe. Teratur. Bersih. Berdisiplin.

Selipar Jepun yang serupa, lupa diri di masjid negara. Masjid Putra. Masjid Jamrk. Masjid Besi. Masjid Kayu.

Saturday, June 23, 2012

DUA KONVO YANG BERBEZA DALAM SEBULAN

BULAN ini kami menghadiri dua majlis konvokesyen. Konvo pertama adalah bagi anak keempat yang belajar di PTPL. Konvo dibuat di MSU, Shah Alam mulai 7.30am hingga 7pm. Sehari suntuk konvo kerana anak ini dapat Anugerah Presiden dan perlu hadir konvo sebelah pagi dan diikuti konvo sebenarnya pada sesi petang.

Majlis konvo ini sungguh licin perjalanannya. Sangat teratur aturcaranya. Pembahagian masa sangat ditepati. Disiplin para hadirin dalam dewan sangat memuaskan.

Saya paling suka ucapan presiden MSU yang merangkap CEO PTPL dan seterusnya ucapan Pro-Canselornya. Ucapan mereka sungguh bersahaja, sangat teruja. Bahasa yang digunakan adalah bahasa orang kampung yang boleh difahami oleh siapa sahaja yang mendengarnya. Ia tidak berbelit-belit dengan visi dan perkara strategik yang tidak terjangkau dek akal orang awam.

HARI ini kami hadir ke konvo MAHSA yang diadakan di PICC, Putrajaya untuk anak ketiga kami. Sangat menghampakan. Pertamanya masa tidak dihormati baik oleh kolej mahupun oleh hadirin. 7.45am sepatutnya tetamu sudah masuk dewan dan 8am perarakan akademik. Namun para graduan masih mundar-mandir di luar dewan bersama ibu-bapa bergambar dan sebagainya. Perarakan graduan sangat bersahaja. Tidak bersemangat. Malahan ada graduan masuk ke dewan selepas setengah jam majlis berlangsung, iaitu setelah diploma disampaikan (bukan seorang dua, malah berpuluh orang).

Tiada keikhlasan langsung dalam memberi dan menerima diploma. Kedua-dua pemberi dan penerima melihat kamera semasa tangan dihulur. Sangat berbeza semasa di MSU.

Acara ini dicacatkan lagi dengan pekik-lolong dan tangisan kanak-kanak. Mengapa kanak-kanak kecil dibenarkan masuk?. Orang-orang bodoh yang datang juga merusuh di luar dewan dengan membuat bising supaya dibenarkan masuk walaupun datang lewat (sangat lewat).

Ucapan? Sangat menyedihkan apabila kolej ini memberi ucapan dalam bahasa Penjajah Inggeris, seolah-olah majlis konvo ini diadakan di Gujarat, bukan di Malaysia. Bayaran untuk konvo MAHSA saya fikir dua kali ganda mahalnya berbanding dengan PTPL.

Semasa majlis berhenti rehat selama 15 minit, hadirin dibiarkan menunggu tanpa apa-apa pengisian. Kami mengambil kesempatan 15 minit ini untuk minum pagi di Kafeteria, memanggil anak untuk bergambar dan pulang ke rumah.

Wednesday, June 13, 2012

KISAH BELI KIMONO MERAH DI OKINAWA



PADA tahun 1989, saya pernah beli kimono musim panas (yukata) di Kokusai Dori, Naha, Okinawa, Jepun. Pada tahun 2012, saya datang dengan isteri untuk beli kimono pula (lagi). Saya rasa kedainya adalah kedai yang sama, namun penjualnya sudah bertukar.

Semasa memilih-milih kimono, isteri saya cakap Melayu. 'Merah, merah" merujuk kepada kimono warna merah. "hait (baiklah) kata penjual dan memberikan cermin kepadanya secara berkata "mira, mira".

Kami ketawa.....

merah (red) = mira (mirror).

ha ha ha ha.

Friday, June 08, 2012

APA ORANG LAIN KATA TENTANG KITA


Tuan Mba San adalah seorang pegawai tinggi kementerian. Beliau juga peminat sukan basikal.

Berkenaan isu pasaran ceramah motivasi dalam sektor kerajaan, beliau menulis....

"Ceramah motivasi wajib? Ada kalanya upah supaya hadir pun ada yang masih culas. Itulah hakikat."



- Puan Ainon, PTS.

Sunday, June 03, 2012

HEADER BARU

SAJA tukar sebab sudah lama tak tukar.

Wednesday, May 16, 2012

TEMPAYAN DALAM TAMAN


rumput yang panjang
Tempayan dalam taman
ikan haruan