Labels

Friday, November 22, 2019

BISNES KINI SEMAKIN KOMPLEKS


RASA-rasanya bukan bisnes yang kompleks, tetapi kehidupan kita sendiri yang sudah kompleks.

Misalnya, di negara kita yang panas dan cukup cahaya matahari, bisnes basuh pakaian dan mengering pakaian masih laku. Bukan sekadar laku, malahan ia sudah menjadi seakan-akan gaya hidup yang mesti. Maka muncul lah bisnes untuk menampung keperlua sedemikian.

Bisnes yang kompleks ialah apabila bisnes tersebut tidak ada foundation. Tak tahu jual apa. Tiba-tiba dapat banyak duit. Tak tahu puncanya akibat kompleks. Maka halal haramnya juga sangat kabur.

Kemudian banyak sangat orang buat pemasaran. Samada ia berbentuk iklan atau pemasaran konten. Semuanya bercelaru. Tidak jelas. Banyak sangat guru yang tidak ada pun bisnes, melainkan buat syarahan dan live sahaja kerjanya.

[stop dulu].

Thursday, May 02, 2019

BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI HIDUP ANDA



Baca kata2 orang yg berilmu ini:
Ini menakjubkan, Randy Paunch 47 tahun, seorang pensyarah sains komputer dari Mellon Universiti. Dia meninggal disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The last lecture" (syarahan terakhir) pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan. 
Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "panduan untuk hidup yang lebih baik" untuk isteri dan anak-anaknya. 
Semoga anda diberkati dengan aspirasinya.

BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI HIDUP ANDA
Personaliti:
1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
2. Jangan punya pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda punya pada masa ini.
3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu. 
4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda; tiada siapa yang berbuat demikian. 
5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip 
6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga. 
7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah punya semua yang kamu perlukan.
8. Lupakan yang sudah lalu. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa. 
10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.
11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri. 
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu 
13. Senyum dan tertawa selalu 
14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.
Komuniti:
15. Hubungi keluarga kamu selalu 
16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari 
17. Maafkan orang lain
18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah 
19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu
21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.
Kehidupan:22. Dahulukan TUHAN dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.
23. TUHAN itu penyembuhan 
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah
26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi
27. Yang terbaik akan datang kemudian 
28. Buang apa yang tidak berguna, cantik atau menggembirakan
29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada TUHAN 
30. Kalau kamu kenal TUHAN kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.
Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. 
Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang disekeliling anda.
Ingatlah,
BENDA YANG BAIK ADALAH UNTUK KITA SEMUA KONGSIKAN!

Sunday, April 21, 2019

KENDURI KAHWIN ORANG MELAYU ZAMAN AKAN DATANG

1. Kenduri kahwin orang Melayu sudah mula berubah dari dulu hingga sekarang. Dulu kenduri di rumah dan jemputan saudara-mara dan jiran dekat sahaja.  Jamuan dulu dimasak secara gotong royong. Kini kenduri dibuat di dewan atau hotel. Jika buat di rumahpun masakannya ditempah dari katerer.

2. Dulu jempu sendiri atau wakil guna mulut. Kemudian guna kad. Sekarang jeputan sudah guna e-kad atau whatsapp sahaja.

3. Dulu jemputan seribu, kini masih seribu (atau beribu). Dulu tumbang seekor-dua lembu atau kerbau. Sekarang melayang 50-60 ribu ringgit.

4. Kenduri sekarang ialah tempat kawan-kawan bertemu. Sungguh pun begitu, biasanya banyak halangan berlaku seperti banyaknya kenduri pada tarikh yang sama dan jalan raya yang sesak. Jem.

5. Saya fikir, pada masa hadapan orang Melayu akan buat kenduri kahwin di alam maya sahaja. Buat live. Masing2 makan sendiri di rumah atau lokasi masing-masing. Pengantin dan keluarga mereka di lokasi lain. Buat live wedding. Makan. Ucap selamat. Bergambar bagai.

Itu agakan saya sahaja lah .....  banyak yg boleh jimat!.


Saturday, April 20, 2019

AHLI KELUARGA BARU



Sekarang sudah ada lima belas (15) orang.

Saturday, April 13, 2019

JEMPUTAN KENDURI : DULU DAN SEKARANG

DULU

DI KAMPUNG saya dahulu, dan saya jangle ia sama sahaja pengan kampung-kampung Melayu yang lain. Jika kita ingin buat jemputan ke kenduri Kahwin misalnya, kita (bapa kita lah) perlu pergi jemput orang itu sendiri di rumah dia. Tidak boleh main jemput ketika bertemu di kedai kopi atau di balai raya.

Jika tidak boleh hadir sendiri kena lastik seorang wakil yang mu'tabar. Bukan sebarangan wakil. Bukan main wakil-wakil saja.

Jemputan guna kad juga dikira tidak kuat dan tidak muktabar. Nak guna telefon, memang tak ada telefon. Telefon itu kira untuk kes kecemasan saja. Telefon ke balai polis, nanti polis datang cari.

SEKARANG

Mula-mula guna kad. Kini kan pun orang dah tak buat. Jika ada pun tanya e-kad sahaja. Jemput guna whatsapp saja. Tapi ... masih lagi ada generasi yang tidak mahu terima wasap-wasap ini, nak kad juga.

Begitulah perubahan zaman ...