Labels

Saturday, February 27, 2010

BASIKAL KESAYANGAN


Pertama kali tiba di Peres

Pada hari siap dipasang

di perkarangan pejabat sendiri sebaik pulang darikayuhan Limau Manis

Friday, February 26, 2010

BASIKAL KAWAN-KAWAN






Thursday, February 25, 2010

BERBASIKAL KE LENGGENG


bergambar ramai

Marina, Bayang & Muhaimy

Dr.Azmi & Meen

Samad seorang

Sunday, February 21, 2010

JAMATA CERVELO


Cervelo, paling kiri dalam kayuhan Lenggeng hari ini
Cervelo sedang berehat

SUDAH lebih dua minggu Cervelo menumpang di rumah saya. Bianchi dan Panahrello semuanya bermalam di luar rumah, tetapi Cervelo ini istimewa sedikit. Bukan sahaja dalam rumah, tetapi dalam bilik!.

Risau juga menjaga Cervelo orang ini. Tuan dia suruh jaga dan suruh kayuh. Namun saya tidak begitu beriya-iya ingin mengayuhnya takut, kalau-kalau rosak, tercalar atau apa-apa yang seerti dengannya. Cuma dua kali sahaja ia dikayuh. Pertama semasa promosi Le Tour De Langkawi di tengah-tengah kota KL pada 1 Februari dan terakhir, hari ini, di Lenggeng. Bolehlah...

Mengikut perjanjian kami, rabu ini Cervelo akan diserahkan semula kepada tuan empunyanya.

Jamata Cervelo!

nota: Jamata bermakna selamat tinggal, semoga jumpa lagi. Sayonara pula cuma selamat tinggal (mungkin buat selamanya).

Saturday, February 20, 2010

SAYONARA BIANCHI


SAYA mengenalinya setahun yang lalu. Kenal dan terus miliki. Setahun berkayuh bersama Bianchi yang berwajah Itali dan berjiwa Itali ini. Dua tiga minggu lepas, Bianchi dihantar masuk wad kerana operation pemindahan organ. Kini semua organ Bianchi sudah dimiliki oleh Panahrelo @ eKay. Panahrelo masih berjiwa Italy, walaupun wajahnya jauh berlainan.

Hari ini Bianchi, Panahrelo dan rakan Bianchi ke kayuhan Limau Manis. kayuhan kali kedua bagi kami bertiga. Ia adalah kayuhan terakhir. Bianchi telah diserahkan kepada pemilik lain.

Sayonara Bianchi.

Friday, February 12, 2010

PROGRAMMER TIDAK TAHU TULIS PROGRAM


SEKIRANYA staff anda tidak tahu tugas hakiki mereka;
- Programmer tidak tahu tulis program
- Jurutaip tidak cekap menaip
- Pemandu tidak cekap memandu
- Tukang masak tidak cekap memasak
- dan sebagainya;

Apakah yang sepatutnya dilakukan?.

Kembali kepada programmer, tugas hakikinya ialah menulis program. Andai kata dia tidak cekap untuk menulis program, adakah "belakang parang" perlu diasah juga supaya tajam walaupun terpaksa membeli batu pengasah puluhan ribu ringgit?. Atau... barangkali lebih mudah jika diberikan sahaja tugas lain dalam kitaran pembangunan sistem (SDLC).

Tugas hakiki programmer adalah seperti berikut:-
Perkhidmatan Penolong Pegawai Sistem Maklumat (PPSM) adalah merupakan perkhidmatan sokongan utama dalam melaksanakan dasar, program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perkhidmatan awam. Peranan ini adalah penting memandangkan penggunaan sistem komputer dan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam telah menjadi semakin luas dan terus meningkat sejajar dengan pemodenan perkhidmatan awam dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan kerajaan elektronik.

Dalam hal ini, Penolong Pegawai Sistem Maklumat terlibat dalam pentadbiran ICT, pembangunan dan pemasangan serta pelaksanaan di peringkat operasi sistem komputer dan teknologi maklumat di Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan.
Antara bidang tugas utama Penolong Pegawai Sistem Maklumat adalah :
Pentadbiran ICT;
Pembangunan, pemasangan dan pengendalian sistem komputer dan teknologi maklumat;
Pengaturcaraan dan perisian komputer;
Pengendalian dan penyeliaan pengkalan data dan maklumat;
Pelaksanaan dan pemantauan sistem komputer dan rangkaian;
Perkhidmatan bantuan teknikal ICT; dan
Pengendalian program kursus dan latihan untuk pengguna.
Note: Sumber Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Wednesday, February 10, 2010

NATURE STUDY


KONNICHIWA;

Saya ingin menjemput semua pembaca blog dan sahabat Facebook dari kalangan ex-JICA participants atau ahli myJICA atau 'tomodachi' untuk turut serta dalam program Nature Study di Taiping ...

26 Februari 2010 (Jumaat)
2.00 pm Bertolak dari Kuala Lumpur ke Taiping
6.00 pm Dijangka tiba di Hotel Seri Malaysia, Taiping
Minum Petang, Pendaftaran, Check-in Hotel

7.00 pm Makan Malam
8.00 pm Mesyuarat Exco Jica Alumni Malaysia

Safari Night -Opsyen

27 Februari 2010 (Sabtu)
7.30 am Sarapan Pagi
8.00 am Opsyen
(a) Program di Bukit Maxwell
(b) Zoo Taiping
(c) Muzium Taiping

10.30 am Minum pagi

1.45pm Bertolak ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Bakau Matang, Kuala Sepetang

2.15pm Tiba di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Bakau Matang, Kuala Sepetang

2.20pm Taklimat Program ‘Nature Study’

2.25 pm Ucapan Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib, Presiden JICA Alumni Malaysia

2.30pm Ucapan wakil JICA Malaysia

2.35pm Taklimat berkenaan Pengurusan Hutan Paya Bakau di Kuala
Sepetang oleh Encik Rosli bin Tahir, Pegawai Hutan Daerah,
Taiping, Jabatan Perhutanan Negeri Perak

3.15 pm Lawatan ke kawasan Hutan Paya Bakau di Kuala Sepetang

4.30 pm Minum petang

4.45 pm Lawatan ke kilang kayu arang di Kuala Sepetang

6.00 pm Bertolak balik ke Hotel Seri Malaysia, Taiping

6.30 pm Sampai di Hotel Seri Malaysia, Taiping

8.00 pm Makan Malam & Karaoke (tbc)


28 Februari 2010 (Ahad)
7.30 am Sarapan pagi
8.30am Bertolak ke Kuala Gula
Lawatan ke Santuari Burung Kuala Gula
11.30am Bertolak balik ke Hotel Seri Malaysia, Taiping

12.00pm Tiba di Hotel Seri Malaysia, Taiping

Sesi Bergambar Sesama Para Peserta

Makan Tengahari

1.00 pm Check out Hotel

Bertolak balik ke Kuala Lumpur

Tuesday, February 09, 2010

BULUH DAN SENIBINA MELAYU


DI KAWASAN belakang rumah, saya tanam tiga perdu buluh hiasan. Kini buluh tersebut sudah tinggi dan daun-daunnya sudah bercantum. Ini menjadikan kawasan tersebut agak redup dan provasi.

Anak saya memberitahu, "ustazah kata, bila daun-daun buluh ini bercantum, orang bunian akan bergayut-gayut di situ. Ia tidak elok".

Kawan saya pula memberitahu, "Ustaz tidak galakkan orang Islam menanam buluh sebagai pokok hiasan rumah".

Namun begitu, kawan-kawan Cina dan Jepun saya cukup memberikan pujian. "Cantik" kata mereka. Begitu juga dengan Cina Islam. "landskap ini sudah lengkap, terutamanya dengan adanya pokok buluh ini".

Barangkali jika saya ada kawan dari kalangan Orang Asli, tentu dia akan berkata. "Aku suka pokok buluh ini, nanti boleh buat sumpit. Bila sudoh besor buleh buat bakor lemang".


Sayapun jadi keliru mengenai senibina taman Melayu (adakah?). Apa yang boleh ditanam dan apa yang dilarang?. Tanam pisang?. Itu budaya orang India. Tanam tebu di bibir mulut? itu budaya Hindu. Entahlah.

Apakah ciri-ciri seni taman Melayu?. Ada pancuran? Oh.... itu Bali. Entah.

Monday, February 08, 2010

AYUMI


Aymi sedang mengarang ucapan bagi pihak mummynya di hari persandingan kakaknya Minako.


Mummy membaca ucapan dalambahasa Inggeris dan Jepun sebagai meraikan hadirin.


Ayumi memberikan tanda peace sebagai tanda telah berpuas hati dengan tugasan yang baru diselesaikan.


Ayumi di atas pelamin bersama kakaknya Minako

Sunday, February 07, 2010

Saturday, February 06, 2010

PANAHRELO

setelah siap dipasang
frame tanpa cat dan logo
kotak penghantaran

IA bermula dengan pembelian sebuah kerangka tanpa jenama. Rekebentuknya ada iras-iras Pinarello. Ia diperbuat daripada karbon nano (12k) sepenuhnya. Jika Pinarello asli, rasa-rasanya harga kerangkanya ialah daam RM12,000.

Hasrat asal ialah untuk membuat logo, diberi nama dan dicat. namun saya tidak sabar untuk mengayuhnya. Namun ada juga kawan-kawan yang menasihatkan supaya ia tidak perlu dicat, takut merosakkan karbon. Bila dalam keadaan asli begini, begitu ketara warna karbon hitamnya. Hitam itu menawan. Akhirnya kerangka ini dipasang pada basikal Bianchi putih. Jadilah ia hitam sepenuhnya. Berat keseluruhan basikal ini sudah berkurang sebanyak 1kg akibat penggunaan panahrelo. Berat sekarang ialah 8.8kg.

Malam ini barulah aya berpeluang mengayuhnya kerana seminggu berada di luar pejabat. pada awalnya ramai sekali kawan-kawan yang ingin turut serta dalam kayuhan ini. Namun apabila tiba saat dan waktunya, hanya saya dan seorang lagi kawan yang muncul. Kami kayuh di Outer-ring selama sejam tanpa henti. Kelajuan maksima ialah 52km dan purata 23km/jam. Ada sedikit peningkatan berbanding dengan rangka Bianchi yang asal.

Saya masih lagi mencari-cari nama kepada basikal hitam legam ini. Buat sementara, kita panggil dia sebagai "panahrelo".

Wednesday, February 03, 2010

PULUT SAKURA SERUNDING KASIH


DUA malam menginap di sebuah hotel di ibu kota, saya habiskan pembacaan novel PSSK. Novel ini sangat istimewa buat saya. Saya mesti habiskan pembacaan novel ini untuk mengetahui kesudahan ceritanya. Ia sangat istimewa kerana penulisnya memang saya kenali lebih sedesawarsa yang lalu. Saya mengenali penulisnya 'Leyla Shuri" di Okinawa, Jepun. nama sebenarnya ialah halela Abdul Razak yang menjadi isteri kepada Encik Kudaka. Lantas beliau dinamakan sebagai Halela Kudaka. Shuri adalah kota berdekatan rumah beliau di Okinawa. Novel ini pula saya perolehi di hari persandingan anak gadis sulungnya, Minako Kudaka di Singapura.

Sebaik sahaja memperolehi novel ini, saya tunjukkan kepada sdr Azhar yang menemani aya ke majlis tersebut. "Masyaallah, tebalnya. Bagaimana Kak Lela menulis novel setebal ini?".PSSK adalah setebal 470 muka surat adalah merupakan karya agung Halela. Itu kata saya. Saya sangat kagum dengan beliau. Respek sungguh dengan keupayaannya menulis novel setebal itu. Sedesawarsa yang lalu, kebolehan beliau berbahasa Melayu sangat terbatas. Kini berjaya menghasilkan novel setebal 470 muka!. Sayapun masih belum berjaya melakukannya. Hendak seribu daya. Gomeneto Gozaimasu Harera san!.

Novel ini dibahagikan kepada 68 bab yang pendek-pendek. Ini menjadikan rentak pembacaan menjadi menarik dan tidak terganggu. Pembacaan dalam beberapa bab yang pertama saya dapati ia tidak banyak bezanya dengan novelis wanita tersohor Malaysia lain yang tidak perlu saya sebutkan namanya. Ia mengisahkan tentang Rafique atau Rafikku dalam telur Jepunnya. Kisah cinta ini, mengikut Halela adalah kisah cintanya. Siapa wataknya tidak diceritakan, saya juga sekadar mengagak-agak sahaja. Lokasi cerita adalah di Malaysia dan Jepun.

Terdapat sedikit unsur suspen dalam PSSK. Lokasinya di Jepun memang sangat familiar dengan saya, namun ia tidak diceritakan dengan terperinci. Sekiranya perinciannya ditambah sedikit, sudah pasti saya dapat melihat dengan jelas akan lorong-lorong yang pernah saya lalui dua puluh tahun yang lalu.

Syabas Harera.

Tuesday, February 02, 2010

JUARA DALAM PEMBIKINAN






RC adalah seorang usahawan peringkat antarabangsa. Anak Malaysia yang menetap di Beijing dan menguruskan bisnesnya dari sana. Pertama kali saya menemuinya kira-kira dua tahun yang lalu atas urusan bisnes. Awal tahun ini kami bertemu semula atas urusan tertangguh dua tahun yang lepas. Ia masih belum menjadi kenyataan.

Kali ini beliau ingin mengayuh basikal bersama saya, dari Putrajaya ke Port Dickson. Lantaran itu beliau mahukan basikal yang terbaik. Lama saya memikirkannya, akhirnya saya bawa beliau ke Bike Boutique untuk melihat basikal jenama Cervelo. Ini adalah kerana basikal jenama Pinarelo (yang saya anggap terbaik) tidak mempunyai pengedar di Malaysia.

Dipendekkan cerita, beliau membeli sebuah basikal Cervelo model RS lengkap dengan segala aksesori. Kosnya hampir RM20k. Kami kayuh bersama di Putrajaya sebagai warm-up sebelum kayuhan sebenar ke PD.

Monday, February 01, 2010

KAYUHAN KL 2010 UNTUK DEBARAN LTDL 2010


SEAWAL pagi, Won sudah tiba di rumah untuk membawa saya ke Dataran Merdeka bagi menyertai Kayuhan KL 2010. Pihak penganjur menjangka seramai 500 pengayuh menyertai kayuhan ini. Pada pandangan saya, ia lebih ramai daripada itu.

Kayuhan di tengah-tegah kota KL secara beramai-ramai adalah sangat istimewa. Ia jarang-jarang boleh dilakukan kerana kesesakan trafik. Namun pada hari ini kenderaan bermotor disekat daripada menggunakan jalanraya untuk membenarkan kami berkayuh. Sangat istimewa.

Rata-rata basikalis bersungut, kayuhan dua pusingan ini terlalu pendek dan tidak mencukui. Mereka inginkan lebih cabaran. Mungkin 10 pusingan yang boleh menyamai LTDL di KL Mac nanti. Walaupun sekadar dua pusingan sahaja, satu kemalangan melibatkan beberapa orang pelumba turut mencalar acara ini. Ramai yang menyokong agar kayuhan begini dilakukan di Putrajaya seperti tahun lepas kerana kota itu lebih mesra basikal.

DARI UTUSAN
Kayuhan KL semarak perlumbaan LTdL 2010

KUALA LUMPUR - Bagi menyemarakkan minat orang ramai menceburi sukan berbasikal, Kayuhan KL akan dianjurkan pada 1 Februari ini bersempena Le Tour de Langkawi 2010 (LTdL) yang bermula dan berakhir di Dataran Merdeka di sini.

Acara itu yang turut dianjurkan bersempena sambutan hari Wilayah Persekutuan akan melibatkan kayuhan sejauh 10 kilometer meliputi jalan-jalan utama di sekitar ibu negara.

Kayuhan KL dianjurkan buat pertama kali tahun ini sebagai antara aktiviti mempromosi LTDL 2010 di samping Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu menjadikan ia sebagai pentas untuk mewujudkan minat di kalangan generasi muda menceburi sukan berbasikal.

Acara yang dijangka menarik 500 penyertaan itu turut menawarkan hadiah cabutan bertuah kepada para peserta.

Ketua Pegawai Eksekutif LTDL 2010, Mohamed Salleh berkata, penyertaan dibuka kepada semua golongan tanpa mengira had usia.

''Daripada pelumba profesional hinggalah kepada pelumba santai, semua layak berkayuh dalam acara ini yang merupakan anjuran KBS dan penaja acara LTDL 2010.

''Kami berharap melalui Kayuhan KL akan dapat menyemai minat masyarakat terhadap sukan ini selain memupuk kesedaran faedah berbasikal terhadap kesihatan diri,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Teknikal LTDL 2010, Jamaludin Mahmood memberitahu, Kayuhan KL diadakan bukan untuk tujuan pertandingan tetapi ia lebih kepada aktiviti berkayuh secara santai dan tidak ada pemenang atau hadiah akan diberi melainkan cabutan bertuah.

Jelas beliau, pelumba akan berkayuh mengikut tahap kemampuan masing-masing dan diawasi oleh polis trafik.

Acara tersebut akan bermula pukul 8.30 pagi dan bagi orang ramai yang berminat menyertai Kayuhan KL perlu mendaftar diri pada pukul 7.30 pagi di Dataran Merdeka atau hubungi Sekretariat LTDL 2010 di talian 03-8996 4598 atau mendaftar menerusi laman web TLDL di www.ltdl.com.my.

Dalam pada itu, acara LTDL edisi ke-15 yang berstatus 2.0 Hors membabitkan tujuh peringkat perlumbaan iaitu di Kota-Bharu-Kuala Berang, Kuala Terengganu-Chukai, Pekan-Mersing, Mersing-Parit Sulong, Muar-Port Dickson, Putrajaya-Genting Highlands dan Kuala Kubu Baru-Dataran Merdeka yang membabitkan jarak keseluruhan 1019.3 kilometer.

Kejohanan itu yang bermula 1 hingga 7 Mac membabitkan seramai 120 pelumba daripada 20 pasukan termasuk dua pasukan tempatan dijangka mengambil bahagian dalam acara LTDL 2010.


DARI BERNAMA
Rasai Debaran LTDL 2010 Dalam Kayuhan KL 2010

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama)-- Orang ramai berpeluang merasai debaran pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dengan menyertai Kayuhan KL 2010 yang akan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka di sini pada 1 Feb ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL Mohamed Salleh berkata acara jarak 10km itu meliputi jalan utama sekitar Kuala Lumpur bagi mempromosikan edisi ke-15 LTdL yang bermula 1 hingga 7 Mac ini.

"Kayuhan KL 2010 diadakan sebagai saluran untuk menggalakkan orang ramai dan golongan muda menceburi sukan berbasikal serta sambutan Hari Wilayah Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari Isnin.

Mereka yang berminat perlu mendaftarkan diri pada pukul 7.30 pagi di Dataran Merdeka pada 1 Feb atau menghubungi Sekretariat LTDL 2010 di talian 03-8996-4598 atau mendaftar terus menerusi laman web LTDL di www.ltdl.com.my.

Perlumbaan LTdL sejauh 1,001.8 kilometer itu akan melibatkan penyertaan 120 pelumba dari 20 pasukan dengan cabaran bermula di Kota Baharu, Kelantan menyusuri Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor dan berakhir di Dataran Merdeka di sini.

-- BERNAMA