Labels

Wednesday, February 29, 2012

FOTO TERBAIK (ISTOCKPHOTO) BULAN INI



Saturday, February 25, 2012

BILIK AIR LELAKI MESRA BAYI

Sebaik sahaja saya masuk ke bilik air ini, mata terus terpandang kepada tempat menukar lampin bayi

Benarkah ini bilik air lelaki? Confirm.

Wednesday, February 22, 2012

TOMODACHI

Tomodachi adalah perkataan Jepun bermakna friends, atau kawan-kawan.

Tomodachi adalah kawan-kawan. Kawan-kawan adalah tomodachi.

Tomodachi boleh dihubungi melalui Facebook

Www.facebook.com/tomodachi.my

Tuesday, February 07, 2012

BERKAYUH DI SUNGAI PAHANG

BERKAYUH DI SUNGAI PAHANG adalah merupakan salah satu aktiviti "wajib" myJICA dalam kategori "NAture Study" 2012.

Pihak JICA menyediakan sedikir peruntukan bagi aktiviti "nature study" ini. Beberapa tempat difikirkan seperti Hutam Blom di Perak. Tasik Kenyir di Terengganu, Gua Mulu di Sarawak. Akhirnya Tasik Chini di Pahang menjadi pilihan dn dipersetujui. Program sebenar ialah untuk membuat 'nature study' di Tasik Chini. Memandangkan kos penginapan di Chini Resort agak mahal, maka kami memilih D'Ambang Resort. Jaraknya lebih kurang 20km daripada Tasik Chini.

Hari pertama kami mulakan dengan taklimat pengemaskinian laman web, portal dan FAcebook bagi myJICA dan ASJAA (Asia JICA Alumni Association).

Sebelah pagi hari kedua kami mulakan dengan 'jungle trekking', 'water confident' dan 'water rafting'. Program ini sangat menarik dan kesemua kami berjaya menghadapi rintangan yang mendatang. Selesai aktiviti berakit menyusuri Sungai Pahang, kami dihidangkan dengan makan tengahari barlauk ikan patin masak tempoyak. Ikan patin yang diternak di sungai pahang ini adalah merupakan ikan patin masak tempoyak yang pertama kali saya makan. Sebelum ini saya tidak boleh makan tempoyak. Sedap!!!.

Setelah terjaga dari tidur yang sangat lena kerana keletihan, aktiviti kayuhan basikal di sekitar Resort bermula. Kayuhan santai ke beberapa buah kampung di sekitar. Orang-orang kampung sekarang sudah tidak berbasikal lagi. Paling komanpun, mereka bermotor tanpa topi keledar. Melihatkan kami berbasikal dengan topi keledar, ia adalah sutau perkara pelik buat mereka.

Hari ketiga kami ke Tasik Chini. Menaiki bot ke 12 laut di Tasik Chini. (Orang asli memanggil tasik sebagai laut). Selepas itu singgah di perkampungan orang asli, cuba menyumpit dan melihat-lihat kraftangan yang dijual.

Sekian.

para peserta

sedia untyk water confident

water confident

buat rakit sendiri

uni rakit atas darat

mula berkayuh

sungai pahang ni...



Saturday, February 04, 2012

Taklimat portal myjica

AHMAD SYAHIR TERIMA ANUGERAH PRESIDEN @MSU


Sinar Harian 1 Feb 2012

Harian Metro 1 Feb 2012
Utusan Malaysia 2 Feb 2012

"Ahmad Syahir mengakui, pengalaman ayahnya, MBA, yang bertugas sebagai Pengarah Pematuhan ICT, banyak mempengaruhinya untuk mempelajari bidang yang sama"