Labels

Monday, August 31, 2015

KAWAN LAMA

SAYA jumpa beliau pada tahun 1989 di Okinawa, Jepun. Pada masa tersebut, beliau telah bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia, sedangkan saya baharu saya tiba. Beliau menyerahkan "Album Malaysia" kepada saya sebagai 'watikah' perlantikan'Penghulu Malaysia' kepada saya selama tempoh saya di OIC (Okinawa International Center).

Khabarnya beliau banyak mengharumkan nama Malaysia ketika menjadi penghulu. Selepas saya ambil alih, tidak banyak yang saya lakukan. Status-quo sahaja. Cuma saja ingin dicatat bahawa pada tahun 1989/90 itu, jika tidak silap saya, Malaysia mengalahkan Indonesia dalam Piala Thomas. Maka warga Indonesia di OIC tidak begitu senang hati. Mereka menganjurkan pertandingan badminton Indonesia Vs. All Over the World (kecuali Malaysia) dan mereka menang. Maka tibalah pula giliran Malaysia Vs. Indonesia di OIC. Dan..... Kami menang. Ya Menang!. Memang benarlah Malaysia memang pinter!, bukan sekadar nasib sahaja.

Setelah pulang ke Malaysia, saya berjumpa dengan beliau beberapa kali. Khususnya apabila bapa angkat kami, Pakcik Higa (Kyogi Higa) datang bertandang ke Malaysia selama 3 bulan. Kami bawa beliau keliling Semenanjung. Tempat-tempat nostalgia beliau terdahulu. Sehinggalah Pakcik Higa bertemu dengan Makcik Fatimah melalui rancangan "Jejak Kasih TV3". Itupun saya usahakan.

Semalam saya ke rumah beliau kerana kenduri kahwin anak tunggalnya. Saya bukan pergi makan kenduri, tetapi pergi makan pagi. Sebabn ya kami ada urusan lain di Pasir Salak pada tengaharinya.

Berpuluh tahun tidak berjumpa...



Zainori Abd Raman.




Sunday, August 30, 2015

BAU BUKU


Pejabat saya merangkap stor/kedai buku masih baru. Ia masih berbau baru. Bau cat. bau gam. bau varnish.

Saya mahukan buku. Saya mula mencari pewangi "bau buku". Di mana ada dijual?



Wednesday, August 26, 2015

GAMBAR LAMA

Kad perpustakaan;
1978: UKM
1981; UM

Friday, August 07, 2015

TRAVELOG EROPAH : BERKHEMAH VS. MOTORHOME

Buku "Travelog Eropah: 15 Hari + 8 Negara = Berkhemah" sedang ditulis.



Siapa pernah travel menggunakan caravan ataupun motorhome?. Boleh kongsi pengalaman dengan kami?. Ini adalah camping site kami di Italia. Kami buka khemah berdekatan dengan motorhome. Kami berkongsi plug elektrik yang sama. Kami main redah sahaja, mana-mana ada plug kosong, kami cucuk sahaja. Kami tidak tahu yang penghuni motorhome mesti bayar untuk gunakan kemudahan elektrik di sini.



Sunday, August 02, 2015

DUA KISAH SEBUAH BUKU


CUBA kita lihat kepada sebuah buku yang kita beli dari sebuah kedai buku. Adakah buku tersebut kepunyaan kita?.

Ya. Kita boleh baca, pinjamkan, jual, buang, bakar dan sebagainya buku tersebut.

Adakah kita boleh sewakan buku tersebut?. Saya fikir YA.

Bolehkah kita buah salinan terhadap buku tersebut?. Di sini ada dua kisah yang kami temui dalam kembara menjual buku.

Kisah 1:
Seorang guru membeli beberapa buah buku kerja. Beliau memberitahu saya "cikgu akan fotocopy kandungan dari buku ini dan berikan kepada murid-murid untuk buat kerja"

Saya bertanya balik, "bolehkah cikgu berbuat begitu?. Buku ini dilindungi oleh hakcipta, bolehkah cikgu buat salinan begitu?".

Beliau memberikan jawapan "Cikgu hanya buat  fotocopy satu atau dua muka sahaja setiap buku bagi tujuan pembelajaran. Bukan sebuah buku. Ia dibenarkan. Lagi pula Encik, mana murid-murid cikgu ini mampu beli buku".

Saya diam dan tersenyum.

Kisah 2:

Seorang imam beli sebuah buku agama dan buat berpuluh salinan. Saya bertanya, "mengapa Imam tidak beli buku yang original?".

Beliau menjawab. "huh buku ori mahal. Cekik darah punya".

Seterusnya saya berkata "Kesian penulisnya, penat-penat menulis kemudian orang lain ambil begitu sahaja".

Imam berkata "untuk makluman you, penulis buku ini telah halalkan ilmu dia dan benarkan kami fotostat. Sebab itu kami buat. Jika tidak, tentu berdosa".

Saya mempunyai pendapat lain dan saja provok imam. "pada pendapat saya, penulis buku itu tidak ada hak untuk membenarkan buku itu dibuat salinan. Ia adalah hak penerbit. Jika penerbit benarkan, mungkin boleh. Sungguhpun begitu, ia akan menganiayai penulis pula dari segi royalti. Penulis boleh beri dan halalkan ilmu beliau, bukannya buku itu yang dia sudah tidak ada hak lagi.

Imam: "U jangan pandai-pandai buat fatwa baru".

Sekian terima kasaih.