Labels

Saturday, December 31, 2011

CUTI-CUTI AKHIR TAHUN

PADA tahun ini, saya cuti akhir tahun agak panjang, hampir dua minggu. Pada tahun lepas saya menjadi penunggu pejabat. Berada di ofis sehingga ke hari terakhir 2010.


Foto ini yang dirakam pada 31/12/2010 dan dimuatkan ke Facebook oleh seorang rakan sangat nostalgia kepada saya. Ia adalah bilik pejabat saya. 31/12/2010, masih bekerja. Kawan-kawan datang makan-makan. Bilik ini saya tinggalkan Jun 2011. Tidak dijenguk lagi. Entah bagaimana rupanya.

Kembali kepada cuti-cuti akhir tahun ini, harapan saya ialah:-

1. Menulis dan menyiapkan dua buah buku yang diminta oleh penerbit
2. Menyelesaikan beberapa keperluan rumah
3. Berehat ...

Akhirnya, kejayaan saya semasa cuti ialah:-

1. Menjual trainer yang diamanahkan oleh seorang rakan.
2. Memotong rumput dan pokok-pokok keliling rumah
3. Membeli TIGA buah basikal Dahon. IA itu Dahon MU XL, MU P8 dan Eco C7
4. Berjaya berkayuh dengan anak bongsu
5. Berjaya menulis HANYA dua bab, itupun belum sempurna
6. Berjaya menghantar Laporan Penilaian Prestasi diri sendiri pada diri terakhir. Itupun 99.9% kerja dilakukan oleh PA. Ini akibat HRMIS gagal berfungsi seperti mana diharapkan.
7. Sekadar dapat melihat laporan penilaian prestasi sebagai Pegawai Penilai Pertama dan Kedua

Itulah sahaja rasanya kejayaan saya semasa cuti....


Thursday, December 29, 2011

DAHON MU XL

Biasa sahajalah .... sexy
Biasa jugak, senang lipat
Ini paling istimewa ..... cuba tengok rantai, ditutup rapat, tak kotor seluar. Ini paling best!.
Ingatkan susah naik ke PICC ..... tidak ada masalah langsung.

SPESIFIKASI:
Speeds: 8
Frame Sizes: 1
Gear Inches: 27" - 83"
Distance: Seatpost to Handlebar: Min: 625 mm (24.4") Max: 655 mm (25.5")
Distance: Saddle to Pedal: Min: 685 mm (26.7") Max: 975 mm (38")
Folding Size: 30 x 79 x 66 cm (11.7" x 30.8" x 25.7")
Folding Time: 15 sec
Weight: 12.3 kg (27.1 lb)
Suggested Rider Height: 142 - 193 cm (4'8" - 6'4")
Max Rider Weight: 105 kg (230 lb)
Frame: PA Series, 7005 butted aluminum alloy, custom-drawn Sonus tubing, Lattice forged hinge, patented Fusion and V-Clamp technologies
Fork: Dahon SlipStream, Puro U7 aluminum, patented Fusion technology, double butted tubing
Handlepost: Radius VRO, patented Fusion and V-Clamp technologies, forged aluminum, designed for Andros stem
Handlebar: Kinetix Pro, flat bar, double butted 7050 AL
Stem: Dahon Andros, patented InfiniteAdjust technology, 6061 aluminum
Headset: Dahon Fusion+, zero stack, cartridge bearings
Grip/Bars Tape: BioLogic Arx, lock-on function, reflective end plugs, black/brown
Saddle: Kore Sola, forged 6061 T-beam
Seatpost: Kore I-Beam, 2014 AL, 34 x 580 mm
Seat Clamp: Dahon Turtleneck clamp
Front Brake: Kinetix SpeedStop V-Brakes, stainless link, anchor and pivot points
Rear Brake: Kinetix SpeedStop V-Brakes, stainless link, anchor and pivot points
Brake Levers: Avid FR5
Brake Cable & Housing: Dahon LiveWire 7.0, anti-compression housing, Slick cables, DuPont L3 lubricant, alloy ferrules
Front Hub: Kinetix Neutron, cartridge bearings, ultra-light 58 gram design
Rear Hub: Shimano Alfine, 32H, 8 speed
Spokes: Double butted 18/10 stainless steel
Nipples: Sapim Polyax, self aligning, brass
Rims: Kinetix Comp, doublewall, CNC sidewalls, wear line indicator
Tyres: Schwalbe Marathon Racer, 85 psi, Qualifier Compound casing, RaceGuard puncture protection, Reflex
Shifter(s): Shimano Alfine
Crankset: FSA Gossamer, CNC alloy guard, ISIS Drive, Dahon Special Edition
Cassette/Freewheel: Shimano, 18T
Bottom Bracket: American Classic UltraLight, ISIS Drive
Chain: Rust Block, GST + Teflon coated, 3/32"
Pedals: Suntour folding, alloy body
Chainguard: BioLogic FreeDrive
Mudguard: SKS Mini 20, stainless hardware
Kickstand: Aluminum, Dacromet bolt
Clip System: Magnetix system
Luggage Bracket: Luggage Socket, frame integrated

Wednesday, December 28, 2011

BROMPTON

BROMPTON adalah basikal lipat @ Folding bike yang paling kecil setelah dilipat.





Tuesday, December 27, 2011

BASIKAL LIPAT @ FOLDING BIKE

JUMAAT lepas, selepas solat saya singgah di Rodalink Putrajaya. Tengok-tengok FB. Tidak berhasratpun untuk membeli, cuma tengok-tengok. Singah belek-belek Dahon MU P8. Menarik. Tapi bila tengok Dahon MU XL... wow! .... yang menariknya ialah rantai dia cover dengah casing,. Bila kayuh tak kotor seluar...

dan akhirnya Dahon MU XL ini sudah berada di Puncak PICC malam tadi.


Saturday, December 24, 2011

Friday, December 23, 2011

UJIAN PENERIMAAN moblog

Salam sejahteran
Sekadar menguji moblog sahaja

Terima kasih.


Sent from my MBA wireless device.

Wednesday, December 21, 2011

CONTOH KPI

SAYA berpendapat Indeks Prestasi Utama (KPI) adalah pengukuran terhadap hasil akhir. Ia itu apa yang hendak dicapai. Ia bukan pengukuran terhadap proses yang dibuat.

Contoh KPI: Anak berjaya mencapai gred 5A dalam penilaian sekolah (UPSR).

Bagi mencapai KPI ini, pelbagai cara boleh dilakukan. Misalnya:-

1.Tuisyen 5 subjek, 5 kali seminggu
2.Dapatkan guru khas di rumah bagi matapelajaran yang lemah
3.Datang dan pulang dari sekolah tepat pada masanya
4.Tidak ponteng sekolah
5.Buat baik dengan guru-guru
6.Sertai kumpulan belajar
7.Hadir kelas motivasi
8. Berdoa

Bagi mencapai KPI 5A dalam UPSR, kaedah yang dilakukan tidak semestinya sama dari seorang ke seorang yang lain. Ia boleh sahaja berbeza. Ada yang memerlukan tuisyen, ada yang tidak perlu tuisyen. Begitulah seterusnya. Pencapaian 5A adalah yang diukur, bukan kehadiran ke sekolah ataupun ke tuisyen.

Itulah KPI pada pendapat saya.

Tuesday, December 20, 2011

KPI PENGURUSAN KESELAMATAN ICT

Indikator Prestasi Utama (KPI) bertujuan untuk mengukur prestasi. Dalam sektor keselamatan ICT, dua kategori utama adalah Risiko dan Bisnes, sepertimana dalam carta. Pandangan?.

Monday, December 19, 2011

Sunday, December 18, 2011

BASIKAL LIPAT @ FOLDING BIKE

SAYA tengok FB ini macam basikal Ali-Baba sahaja lagaknya..... Sudah cuba kayuh, terasa bergetar hendalnya. NAmun kini, FB kian popular.

FB ini harganya menjangkau RM10 ribu.... mahal tu...

FB ini juga mahal ....

Thursday, December 15, 2011

3 HARI 2 MALAM BERCUTI DI MELAKA

SAYA memohon cuti rehat semenjak tiga minggu lepas. Ia itu pada awal cuti sekolah. Cuti rehat saya masih berbaki 69 hari untuk tahun ini. Sokongan cuti cuma diberikan lima hari sebelum tarikh cuti. Hingga hari kerja terakhir, cuti masih belum diluluskan.

Lulus atau tidak? Lulus atau tidak?.

Penginapan telah ditempah, telah dibayar. Perancangan cuti telah dibuat. Jika lulus pergi. Jika diam pergi. Jika tidak dilulus, saya akur.

Mengapa susah sangat mengatakan YA atau TIDAK terhadap permohonan cuti?

3H2M bercuti di Melaka, sebenarnya saya terpaksa bekerja. Tiga kertas kerja dibentangkan. Satu upacara rasmi dihadiri sebelah malam. 9am-11pm bekerja semasa cuti. Cutikah namanya?.

Cuti kali ini (memang saya jarang bercuti), saya tidak ke mana-mana. Tidak keluar dari hotelpun. HAbiskan sebuah novel, conteng-conteng sana-sini dan perhatikan anak yang mandi di kolam. Itu saja.

Monday, December 12, 2011

BOSAN CUTI SEKOLAH

SEKARANG musim cuti sekolah:-

1. Jalan raya lengang untuk pergi dan balik kerja. Senang

2. Anak-anak bandar sudah bosan, asyik minta ibu-ayah bawa berjalan.

3. Tadika dan tabika juga bercuti, ini menyusahkan ibu-ibu yang bekerja

Anak saya juga sudah bosan pada masa cuti ini. Duduk di rumah tidak ada kawan, walaupun di rumah ada abang-abang. Itu semua orang besar katanya, tidak faham jiwa budak-budak. Dia ingin berkawan dengan rakan sebaya. Nak tak nak, saya terpaksa hantarkan dia ke rumah transit, di situ ramai rakan sebaya yang senasib dengannya. Mereka bermain dan sikit-sikit belajar. Enjoy.

Untuk musim cuti ini saya sudah belikan X-Box dan basikal, tetapi tetap boring juga duduk rumah katanya.

Sunday, December 11, 2011

KAYUHAN 11.12.11

HARI ini 11.12.11 rupanya.
Seawal 7.15am saya memulakan kayuhan dari rumah, menuju lebuhraya SILK. Semalam saya perhatikan ada 5-6 orang pengayuh berkum[pul di Kajang Sentral, berdekatan dengan rumah saya. Saya nampak ia adalah petanda bagus menjadikan Kajang Sentral sebagai RV aktiviti berbasikal. Pastinya mereka berkayuh mengikuti lebuhraya SILK yang masih belum banyak kenderaan. Dalam erti kata lain, kayuhan di sini tidaklah berbahaya sangat.
Kayuhan seorang diri ini cuma setrakat 30km sahaja mendaki dan menuruni bukit. Saya masih gagal memecahkan kelajuan 60km/j semasa menuruni bukit. Kelajuan maksima cuma 59.9km/j. Nak pecut sehingga 60km/j, terbayang juga akan kawan-kawan yang terpelanting jatuh apabila tayarnya meletup.

Kayuhan hari ini average masih tidak melepasi 21km/j. Sebabnya? Semasa mendaki ia sekadar 9km/j. Masih lemah, namun SILK adalah tempat latihan mendaki terbaik untuk saya.

Saturday, December 10, 2011

KEDAI MAKAN CINA HALAL

1. BIASANYA orang Melayu menganggap semua kedai makan orang Cina adalah haram.

2. BIASANYA orang Melayu menganggap semua kedai makan orang Melayu adalah halal.

3. Orang Melayu tidak suka masuk kedai makan orang Cina walaiupun ada logo Halal. Lainlah jika mereka pergi ke negara China.

4. Biasanya orang Melayu tidak memohon logo halal untuk kedai makan mereka. Sebabnya mereka sentiasa berpendapat produk mereka adalah halal dan mesti halal.

Pada suatu hari, ada sekumpulan pelancong Arab datang ke Malaya kita, kesemua mereka masuk ke kedai makan Cina. Sebabnya di situ terpampang logo halal. Tidak seorangpun masuk ke kedai makan Melayu kerana tidak ada tanda halal.

Apa kata orang Melayu itu? .... Barangkali mereka akan kata Arab itu Wahab*, atau Syia* atau apa ya?. :)

Tuesday, December 06, 2011

KEBAS HUJUNG JARI

RAMAI orang mendapat sakit atau penyakit ketika bangun dari tidur di pagi hari. Semalam saya menerima panggilan telefon, kawan kepada seorang kawan sakit tumit kiri semasa bangkit dari tidurnya. Saya juga pernah mengalami sakit tumit begitu. Malam tadi, semasa memandu untuk pulang ke rumah, hujung jari kanan saya terasa kesat. Ia seperti menyentuh cecair pencuci ataupun Clorox. Biasanya saya akan mencari pelembab tangan jika perkara sebegini berlaku. Namun tidak ada. Pagi ini (Selasa 6.12.2011) apabila bangkit dari tidur, kelima-lima hujung jari tangan kanan saya sudah kebas. Ya, kebas. Kini masih kebas. Dalam fikiran macam-macam terfikir. Barangkali inilah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang banyak dan kerap dilakukan. Sungguh pelik rasanya sakit yang ini. Semuanya kuasa Allah. Berserah kepadaNya.

Monday, December 05, 2011

KAMBING DAN DARAH TINGGI

HADIS MELAYU ada berkata "sakit kepala sebab darah tinggi, darah tinggi sebab makan kambing".

Jika kita kaji-kaji semula, Nabi memang makan daging kambing. Kita perlu ikut nabi. Itu sunah. Jawapan kepada usul ini ialah "Alaaaa.... cara hidup nabi berbeza dengan kita. Nabi kuat sembahyang. Nabi bangun sepertiga malam dan solat serta beribadat. Kita banyak tidur".

Bukankah kita disuruh supaya hidup cara nabi? Bukan hanya kahwinempat saja ikut nabi, tetapi keseluruhan kehidupan. Jawapan yang diberikan ialah " ya laaaa..... tapi nabi itu Arab, kita Melayu. Mana boleh makan kambing.... darah tinggi tuuu".

Hahahahahaha.

Hari ini saya sakit kepala lalu saya hadiahkan perut saya dengan Nasi Arab berlauk kambing .... Dalam foto ini, nasinya nampak, Arabnya tersembunyi di sebalik kambing :)

Saturday, December 03, 2011

RM2 JUTA UNTUK PENULIS

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM2 juta dalam bentuk dana untuk penulis buku tempatan sebagai sebahagian daripada inisiatif membudayakan penulisan dan penerbitan buku bagi memudahkan rakyat membuat rujukan ilmiah.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memberitahu, dana itu bertujuan khusus untuk membantu penulis menerbitkan buku yang masih berada di peringkat manuskrip dan membeli buku secara terus daripada penulis.

“Mereka yang layak membuat permohonan bagi dana itu termasuk golongan penulis, guru dan para sarjana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohsin Fadzli Samsuri (Bebas-Bagan Serai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Mohsin Fadzli ingin tahu apakah langkah-langkah untuk membudayakan penulisan dan penerbitan buku-buku ilmiah, separa ilmiah mahu pun penulisan komersil yang masih kurang dalam kalangan guru dan ilmuan.

“Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) turut mengadakan program untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai tanggungjawab penulis dan penerbit bagi mendapatkan International Standard Book Number (ISBN) dan International Standard Serial Number (ISSN),” kata Joseph.

Menurutnya beliau lagi, penulisan buku ilmiah oleh para sarjana tempatan lazimnya diterbitkan oleh koperasi penerbitan insitusi pengajian tinggi masing-masing.

Friday, December 02, 2011

TIDAK BERKAWAN DENGAN JIRAN

SAYA ada menerima sekeping cek. Ia datangnya daripada sebuah syarikat telekomunikasi tempatan. Saya tidak minta bayaran ini, mereka sukarela bayar. Cepat pula bayarannya. Alhamdulillah syukur.

Cuma saya rasa sangat pelik, sebab cek ini adalah daripada bank luar negara. Walaupun cek itu memang laku, tetapi mengapa syarikat tempatan ini tidak menggunakan bank tempatan?.

Syarikat ini ada bilion-bilion duit. Jika guna bank tempatan, sudah tentu bank-bank tersebut juga akan dapat untung. Kongsi-kongsi untung. Bila guna bank asing, untungnya sudah tentu menjadi hak milik orang.

Pada fikiran saya, jawapannya ialah syarikat ini mahu jadi syarikat nombor satu dalam negara ini. Jika duit mereka yang banyak itu disimpan dan menggunakan kemudahan bank tempatan, mungkin bank itu yang kaya, untung dan akan merampas peluangnya menjadi syarikat nombor satu negara kita. Itulah telahan saya.

Teruk kan? telahan saya?. Lagilah teruk syarikat itu jika telahan saya itu banar.