Labels

Friday, July 29, 2005

STESENKERJA


DULU

Thursday, July 28, 2005

INI SIAPA PUNYA KERJA?

Semua mesin ATM di seluruh negara dibekukan buat sementara waktu berkuatkuasa serta merta disebabkan oleh bapa kepada nombor pin, iaitu ayah PIN telah melarikan diri. T.Kasih.

RASA-rasanya dekat telco ni mesti ada sebilangan manusia yang kerjanya hanya mewujudkan isu, joke atau yang seerti dengannya untuk sebaran SMS. Mesej-mesej begini dengan cepatnya merebak ke seluruh pelusuk negara dan siapa yang untung? Pengendali SMS @ telco jugak..... Pandai depa ni berniaga dan pengguna juga yang terpedaya dengannya.

Wednesday, July 27, 2005

SIBUK

Semalam: Sibuk
Hari sebelum semalam: Sibuk
Hari sebelum sebelum semalam: SIbuk juga?. Ah tipu... itu adalah Ahad.
Hari ini: memang sibuk

Baru hari ini sempat lunch (baru terasa lapar).

Semalam sempat hadir ke pelancaran penggunaan internet secara selamat.
Sebelum ni banyak tomahan kepada kerajaan mengapa tidak menyekat pengaliran web lucah dari memasuki negara dibuat oleh ISP (jaring & TM-Net), sebaliknya meminta organisasi, syarikat, sekolah atau orang persaorangan yang membeli dan memasang perisian sendiri. Ada yang mengatakan kerajaan ingin memberi projek kepada kroni dan sebagainya.

Mereka kata kat Arab Saudi ISP yang sekat laman lucah. Ia adalah lebih murah dan lebih berkesan. Mengapa Malaysia tak buat begitu?.

Jawapannya ialah kita ada MSC. Kita ada bill of guarantee, iaitu kebebesan Internet.

Oooooo faham!.

Monday, July 25, 2005

AKU & HBKL

AKU & HBKL

di sini ada muka-muka
kematian.
di sini ada muka-muka
sengsara.
di sini ada muka-muka
manusia.

akulah yang seorang
di antara ribuan
akulah yang seorang
di antara manusia.

kehidupan cuma
satu catatan di rekod perubatan
kematian cuma
satu catatan di rekod perubatan
aku cuma
satu catatan di rekod perubatan.

Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah
1992


SAMBIL mengemas-ngemas buku, terjumpa sebuah koleksi puisi lama dan baru berjudul Langit di tangan. Sajak pertama yang terpandang dari koleksi tersebut ialah "AKU & HBKL" (kini HKL). Pada pendapat saya, sajak ini menceritakan tentang pengalaman penulisnya yang di HKL. Segala-galanya berdasarkan kepada rekod perubatan (yang juga membawa maksud peraturan, prosedur, tatacara) hinggakan tiada budi-bicara (kasih sayang, belas ikhsan dll) digunapakai dalam operasinya.

Hmmmmm.... inilah tugasku barangkali.

Sunday, July 24, 2005

HARUMAN KENCANA



SETELAH sekian lama, khatam jugalah novel ini. Ia menceritakan tentang Kencana, seorang graduan ijazah kelas pertama dari UPM yang berusia 21 tahun (terasa kurang logik dan tidak ada signifikan mengenai umur ini) dibiayai oleh sebuah syarikat tempatan untuk mempelajari ilmu membuat minyak wangi di Perancis.

Kisah seterusnya ialah mengenai kehidupan suka duka Kencana di Perancis. Mempelajari proses membuat minyak wangi, berhenti setelah penajanya meninggal kerana kemalangan helikopter di Malaysia dan seterusnya berkelana menjadi pelukis jalanan.

Perjalanan cerita mungkin sesuai bagi yang ingin mengetahui serba sedikit mengenai Perancis dan kota-kotanya. Banyak maklumat mengenai Perancis diberikan dalam novel ini.

* Penulis ada juga tersasur seolah-olah Kencana adalah dirinya yang fasih berbahasa Jepun (belajar kat mana boleh jadi mahir?). Akhirnya fakta tersebut langsung tidak digunakan (terlupa agaknya).

Secara peribadinya, novel ini penat untuk dihabiskan dan tidak rugilah jika tidak memilikinya.

Saturday, July 23, 2005

MAGHRIB DI PUTRAJAYA



MALAM tadi singgah menantikan waktu sembahyang Maghrib di masjid Putra sebelum balik ke rumah. Wah banyak sungguh kereta di sekitar masjid, hampir penuh kawasan parkir. Ramai sungguh orang di persekitaran masjid. Namun yang ramainya adalah pelawat dan pelancong. Bila tiba waktu solat, adalah dalam satu saf sahaja.

Ada seorang kawan kata, senang sahaja nak meramaikan jemaah di masjid (mana-mana masjid). Katanya jika pemimpin setempat (lokal) atau nasional atau (lonal = lokal + nasional) datang berjemaah di masjid. Maka nescaya penuhlah masjid tersebut. Cuba renung-renungkan.

Wednesday, July 20, 2005

TASIK PUTRAJAYA

SURAT KU UNTUK MU


gambar hiasan

SAYA telah berputus cinta talak tiga dengan sekeping kad kredit atas dasar tak suka sama tak suka kira-kira tiga tahun yang lalu. Agaknya saya ini sejenis manusia yang gila talak kad kredit kot. Pada suatu masa dulu, semua kad saya ada. Namun kad yang ini agak istimewa dan lain dari yang lain. Kad kredit ini dilengkapkan dengan kemudahan 'sentuh dan pergi' (touch n go) yang mempunyai keupayaan tambah nilai (reload) secara automatik dan caj dikenakan terus kepada kad kredit. Itulah keistimewaannya yang hingga kini tidak dimiliki oleh mana-mana kad kredit (perasan saya begitulah). Namun apabila kad ini memutuskan hubungan dengan syarikat sentuh dan pergi (reload tidak lagi secara automatik), maka saya[un mengambil keputusan untuk memutuskan juga hubungan dengan kad tersebut. Atas persetujuan bersama, kami berpisah secara baik (ewah... tangkap lentok pulak).

Namun selama tiga tahun kami berpisah, saya masih lagi menerima tuntutan bil pada setiap bulan yang berjumpah -RM59 (kad berhutang dengan saya sebanyak RM59). Kalau dalam bahasa lama, kad ini dikatakan gila talaklah. Orang dah cerai, dia masih datang mengendeng lagi. Hutang kita tak mahu dijelaskannya.

Cubalah bayangkan sudah berapa banyak perbelanjaan yang mereka keluarkan untuk menghantar surat yang sia-sia tersebut setiap bulan. Kos stem sahaja ualah RM0.30 X12 bulan X 3tahun = RM10.80. Kos envelop lagi, kos kertas lagi, kos tenaga lagi macam-macam lagi kos yang perlu ditanggung mereka.

Andai kata saya yang berhutang sebanyak RM59 tersebut, sudah tentu setelah tiga tahun hutang tersebut telah meningkat kepada sekurang-kurangnya RM239. Ia itu RM5 setiap bulan sebagai denda lewat (RM5 atau 5% mana yang tertinggi). Ini belum masuk interest lagi.

Ini saya tengah merangka-rangka surat cintalah ni untuk menerangkan duduk perkara kepada mereka, supaya mereka sedar diri sikit. Ada idea macamana nak tulis?

Tuesday, July 19, 2005

GULA-GULA ATAU COKLAT?



Terima omeyage dari kawan yang balik dari Jepun. Nak makanpun sayang

SAJA JER

SAJA jer tak kemaskini blog sehari dua ni. Hajatnya dah malas nak buat entri baru di tempat baru. Lagipun tak ada apa cerita yang boleh dikongsi.

Mengapa pindah kerja ke tempat baru?. Saja jer.

Hari pertama sembahyang magrib jam 8:30pm gara-gara tersekat dua jam dalam kereta. Kalau nak ikutkan 8:30pm tu belum masuk isya' lagi, tapi sebenarnya mega merah di langit dah tak ada, dah malam. Maknanya magrib dah lupus ler tu.

Hari kedua terpaksa mendengar kedua-dua khutbah Jumaat dalam kereta gara-gara terpaksa ke Kuala Lumpur dan keluar dari ofis jam 12:30pm. Tiba di masjid Wilayah sempat sembahyang ikut imam 1 rokaat sahaja.

Hari ketiga, iaitu semalam, sampailah 7pm. Tapi sini sesak, sana sesak. Kalau jalan clear, mahu 1 jam, jika tidak 1.5 ke 2 jam tu perkara biasa. Ah ini tak boleh jadi..... kena tinggal kat kuarters ni. Nanti boleh gi kerja naik basikal saja.

Dah tahu jauh, dah tahu sesak ngapa pindah juga? saja jer.

:)

Friday, July 15, 2005

BAJU BATIK - BAJU MELAYU

HARI ini adalah merupakan hari pertama penjawat awam memakai batik ke pejabat setelah kerja 5 hari seminggu diperkenalkan. Surat pekeliling terbaru menyatakan baju batik hendaklah dipakai pada 1 dan 15 haribulan pada setiap bulan. Peraturan ini mula berkuatkuasa pada pertengahan Julai (hari ini). Sekiranya 1 atau 15 haribulan tersebut jatuh pada hari cuti, maka pemakaiannya tidak perlu diganti dengan tarikh lain. Sekiranya ia jatuh pada hari Jumaat, kakitangan Islam digalakkan untuk memakai pakaian kebangsaan.

Tinjuan di Putrajaya dan Kuala Lumpur pada hari ini menunjukkan pemakaian batik atau baju kebangsaan tidak begitu meluas. Masih ramai penjawat awam yang berpakaian biasa. Ada yang tidak perasan. Ada yang terlupa dan macam-macam alasan lagi. Jika dulu, mungkin orang rumah boleh mengingatkan setiap Sabtu dengan pakaian batik. Namun kini, 1 dan 15 haribulan membuatkan mereka terlupa ...

Mengenai pakaian kebangsaan pada hari Jumaat pula, sang isteri sengaja buat-buat lupa kot. Al maklumlah pakai baju Melayu lengkap bersamping ni dikaitakan dengan nak jumpa Tok Kadhi.....

Nota kaki

Apakah nama sebenar/rasmi pakaian di atas?
A = Baju Melayu (Orang Melayu saja pakai, orang Cina tidak)
C = Pakaian Kebangsaan (Patut dipakai oleh semua bangsa)
D = Baju Malaysia (Melayu Indonesia dan negara lain tak pakai)
E = Semua Di atas

Wednesday, July 13, 2005

BERANI ATAU JANGAN TAKUT?

ADAKAH "berani" sama ertinya dengan "jangan takut"? Jika sama erti, yang mana satu lebih sesuai digunakan?. Jika "berani" tidak sama dengan "jangan takut", di manakah perbezaannya dan dalam keadaan bagaimanakah perlu dipakai perkataan berani dan bila masanya pula perkataan jangan takut perlu digunakan?.

Takut yang positif.
Takut yang negatif.
Berani yang positif
Berani yang negatif.

Adakah ia saling kait mengait antara satu sama lain?. Untuk tujuan ini, tadi MBA beli empat buah buku. Dua daripadanya ialah BERANI (let's be brave) dan satu lagi JANGAN TAKUT (don't be afraid). Entahlah bila boleh habis baca buku-buku ini tak tahulah. Ini ialah kerana berdekatan dengan ofis MBA ini ada dijual buku-buku, kaset, CD dan sebagainya. Memandangkan hari ini, secara tidak rasminya adalah hari terakhir MBA berada di pejabat sekarang, maka ada peluang nak beli tu, belilah dulu. Baca lain kalipun tak apa. Mungkin ofis baru nanti jauh pula dengan kemudahan macam itu, tentu kempunan pulak.

Tuesday, July 12, 2005

MAWI BOLEH JADI IDOLA



SEORANG pensyarah Sains Politik berjawatan Profesor Madya dari sebuah universiti tempatan menyifatkan Mawi, peserta Akademi Fantasia 3 (AF3) sebagai idola generasi muda Melayu terkini yang bijak menyelitkan unsur jati diri Melayu dan keagamaan ke dunia hiburan.

Apakah kaitannya di antara sains politik dengan Akademi Fantasia?. Adakah unsur jati diri Melayu dan keagamaan dalam dunia hiburan yang mengaitkannya?. Entahlah. Walau bagaimanapun rasanya lebih banyak lagi isu lain yang berkaitan secara langsung dan lebih ilmiah dalam sains politik yang boleh disentuh, dianalisis dan diulas.

Salahkah pensyarah dalam bidang lain membuiat ulasan dalam bidang lain?
Sudah tentu tidak salah sekirannya dia mempunyai kemahiran dalam bidang yang diulas. Misalnya dulu ada profesor sejarah yang bercakap pasal sukan, menulis pasal sukan, bercerita pasal sukan dan banyak perkara pasal sukan. Adalah sikit-sikit diselitkan pasal sejarah dalam sukannya. Namun profesor ini memang berkebolehan dan selepas bersarapun dia masih lagi dengan dunia sukannya.

Yang ini bagaimana?. Entahlah. Wallahualam. Semua boleh membuat ramalan sendiri.


Beliau melihat Mawi sebagai seorang bersahsiah Islam dan Melayu, yakin dan selesa dengan dirinya, berorientasi "world" yang disukai anak muda sekarang. Malah, Mawi bukan sekadar artis baru, tapi cerminan sebahagian daripada anak muda.

Bagaimanapun, beliau mahu Mawi terus dengan penampilan ikhlas yang ada sekarang - berketayap, pakai kain pelekat, pandai silat, berzanji, kental ajaran agama termasuk menjadi qari selain boleh membawa pelbagai rentak lagu dengan kekuatan sendiri.

Adakah berketayap budaya Melayu di zaman ini?. Mungkin anak muda di universiti masih boleh berketayap, namun anak muda yang telah bekerja, terutamanya di sektor awam, bolehkah berketayap?. Jika songkok tu lainlah ceritanya. Jadi, sampai tahap mana kita mahu anak muda berketayap?. Begitu juga dengan kain pelekat. Jika kombinasi ketayap dan kain pelekat untuk ke majlis yang bersesuaian dengannya seperti ke surau, masjid, majlis kenduri dan yang seumpama dengannya sudah tentulah amat sesuai. Selain dari itu bagaimana?.

Wallahualam

Monday, July 11, 2005

HANYA DI JEPUN SAHAJA

MEL yang diterima kata (tulis), peristiwa dalam gamabar berikut hanya ada di Jepun sahaja. Entahlah. Mungkinlah kot.


AKU TERTIPU KERANA ANDAIAN SENDIRI

MATI-mati aku ingatkan blog aku ni dapat dilihat oleh orang lain macamana yang aku lihat. Hidup-hidup aku tertipu rupanya... Semasa entri mengenai kemaskini laman web melalui SMS, Rubie kata hitam jer yang nampak di sebelah kanan (tempat aku kemaskini laman guna SMS). Dalam hati berkata, ah Rubie ni pakai PC versi Jepun kot, sebab tulah dia nampak hitam saja.

Rupa-rupanya aku terlupa bahawasanya sebilangan besar daripada umat manusia di muka bumi ini menggunakan komputer dengan perisian yang dicipta oleh Bill Gates dari Microsoft. Maaflah... betul-betul terpula (buat-buat lupa). Hari ini bila blog tersebut dicapai menggunakan Internet Explorer (IE), barulah nampak rupa sebenar blog aku. Habis senget-menget jadinya. Memang hitam legam ler sebab yang kanan dah jatuh ke bawah. Oh buruknya rupa... (seburuk tuannya ler tu).

Sudah semenjak dua menjak ini, aku memang dah tak pakai IE. Walaupun kat ofis masih pakai Windows XP, tapi aku dengan sengajanya telah memberikan pencen kepada IE dan menggantikannya dengan FireFox. Tapi kalau PC kat rumah sememangnya kelibat Bill Gates pun tak ada. Semuanya dok main Linux dan Open Source belaka.

JIka dalam FireFox nampak comel dan cute (ugly but pleasant to lok at) jer blog aku tu (perasan sendiri). Seba tu macam tak percaya bila orang lain cakap ia sengetlah, hitamlah dan macam-macamlah.

Walau bagaimanapun yang senget dalam IE tu telah dibaiki adanya.

APAKAH UNSUR ANDA?







Your Element is Earth


Your power color: yellow


Your energy: balancing


Your season: changing of seasons


Dedicated and responsible, you are a rock to your friends.
You are skilled at working out even the most difficult problems.
Low key and calm, you are happiest when you are around loved ones.
Ambitious and goal oriented, you have long term plans to be successful.



What Element Are You?




Find the Love of Your Life
(and More Love Quizzes) at Your New Romance.

Sunday, July 10, 2005

MARAHKAN SERBAN, TURBAN DIBAKAR

Kerana marahkan orang Islam yang difitnah mengebom London, umat Islam diserang dan kuil Sikh dibakar. Masyarakat Sikh memang memakai turban yang seakan-akan serban. Oleh kerana "buta hati", serban yang disyaki, turban yang dibakar. Alahai Mat Saleh

LONDON 9 Julai - Polis Britain sedang menyiasat beberapa insiden serangan terhadap penduduk Islam dan satu kes pembakaran sebuah kuil Sikh yang dipercayai berpunca daripada siri letupan bom di London kelmarin.

Para pemimpin Islam bermesyuarat malam tadi untuk membincangkan cara terbaik bagi menenteramkan umat Islam dan menangani sebarang insiden lanjut yang memperlihatkan sikap membenci Islam dan penganutnya.

Kata-kata berunsur perkauman terkandung dalam e-mel yang dihantar kepada Majlis Islam Great Britain (MCGB) untuk melumpuhkan sistem komputernya manakala propaganda perkauman telah dipaparkan pada beberapa laman Web di Internet.

Jurucakap polis West Yorkshire mengesahkan mereka menyiasat satu kebakaran di sebuah kuil Sikh di Armley, Leeds dan mengesyakinya sebagai perbuatan khianat.

Seorang jurucakap MCGB berkata, mereka bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan perasaan takut serta bimbang itu timbul di kalangan umat Islam terutamanya di kota ini.

Namun para pemimpin Islam juga berasa lega kerana mereka tidak menyaksikan perbuatan membalas dendam yang berleluasa seperti yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) berikutan serangan 11 September, 2001.

Ketua Parlimen Islam, Dr. Ghayasuddin Siddiqui memuji warga London kerana menghadapi dugaan itu dengan penuh keberanian.

Beliau berkata: ``Ramai penduduk Islam bimbang dengan apa yang boleh menimpa diri mereka tetapi kami tidak melihat perbuatan seperti yang dilakukan selepas 11 September apabila orang Islam (di AS) diludah di jalan raya dan masjid-masjid dirosakkan.'' - Agensi

BOM: POLISI PERANG LONDON BUKAN PUNCANYA

Blair menolak serangan bom di London berpunca dari campur tangan dan sokongan London terhadap usaha menyerang Iraq. Maknanya lepas ni bolehlah lagi serang negara lain pula?

LONDON 9 Julai - Perdana Menteri Britain, Tony Blair hari ini mengakui bahawa konflik berterusan di Asia Barat adalah antara punca serangan bom di kota ini kelmarin.

Menurut beliau, faktor-faktor lain ialah berkaitan dengan kemiskinan dan ketiadaan demokrasi.

``Barangkali dengan keganasan seperti ini, penyelesaiannya tidak mungkin dicapai dengan mengambil langkah keselamatan sahaja.

``Sebagai sebuah kerajaan, kita perlu melakukan segala yang termampu untuk melindungi rakyat,'' kata Blair dalam wawancara dirakamkan semalam dan disiarkan pagi ini.

Justeru, Blair menyatakan dunia perlu menangani punca sebenar keganasan kerana langkah keselamatan semata-mata tidak mungkin melindungi sesebuah negara daripada serangan.

Punca-punca sebenar yang menyebabkan keganasan mesti dihapuskan ke akar umbi, kata Blair kepada radio Perbadanan Penyiaran British (BBC), dua hari selepas sekurang-kurangnya 50 terbunuh dan lebih 700 lagi cedera dalam serangan serentak terhadap sistem pengangkutan di London.

``Bagaimanapun jika pengganas bersiap sedia untuk meletupkan orang di dalam kereta api atau bas secara rambang, kita tidak akan dapat menghalangnya sekalipun kita menjalankan pengawasan paling rapi di dunia.

``Kerana itulah akhirnya isu-isu asas (yang menyebabkan keganasan) perlu juga ditangani meskipun kita tetap mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu,'' ujarnya. - AFP

BERHATI-HATI NAK TOLONG ORANG

``Saya nak tolong tapi kena pukul''
PULAU PINANG 9 Julai - ``Saya tidak sempat pertahankan diri dan terus dipukul dengan teruk,'' kata Mohd Khairul Nizam, 16, remaja yang parah di kepala setelah dibelasah empat lelaki di kawasan pasar malam, Batu Maung dekat sini, Selasa lalu.


Tak tolong susah, tolong lagi susah... inilah tanah air ku.
berita lanjut di mingguan malaysia

Friday, July 08, 2005

Wednesday, July 06, 2005

KEMASKINI WEB GUNAKAN SMS

DALAM perjalanan ke Putrajaya pada minggu lepas, saya mendengar siaran radio mengenai InfoICT. Tajuknya ialah mengenai mengemaskini laman web menggunakan SMS.

Hasilnya ialah seperti di sebelah. Entri tersebut saya kemaskini menggunakan SMS. Dengan adanya teknologi ini, rasanya akan memudahkan segenap lapisan manusia yang mempunyai laman untuk mengemaskininya. Maklumlah orang yang mempunyai handphone adalah lebih ramai berbanding dengan yang mempunyai PC.

Anda hanya perlu hantar SMS ke 32728 (DAPAT) dan laman web anda akan dikemaskinikan. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan, kecuali bayaran SMS sahaja.

Walau bagaimanapun sebelum anda boleh mengemaskini laman web tersebut, satu kod perlu dimasukkan dalam laman web anda dahulu (sekali sahaja). Kod ini boleh diperolehi dengan menghantar UPDATE XXX kepada 32728 dan DAPAT akan menghantar SMS memberitahu kod tersebut. nota: XXX ialah nama pilihan anda
Kod tersebut adalah begini:-

(script src="http://update.dapat.com/sms/news12345.js")(script)
di mana news12345 tu contoh jer, tak jadi kalau ambil yg tu kot.

Jadi setiap kali kita hantar SMS kepada DAPAT, UPDATE news1 bla bla bla bla , makla 'bla bla bla bla ' tu akan dikemaskini dlm web/blog anda.

Selamat mencuba.

p.s Saya ada handphone GPRS, jadi SMS tak perlu sangat bagi saya untuk kemaskini laman. Yang GPRS tu boleh update panjang-panjang dan caj GPRS lebih murah.

Monday, July 04, 2005

PAKAIAN TRADISIONAL MALAYSIA

SABTU lepas satu kelas @ demonstrasi masakan Jepun telah diadakan oleh wakil 'Persatuan Isteri Pegawai Jepun'. Kemudian mereka telah meminta supaya kami mangadakan satu sesi worksyop, kursus, seminar atau demonstrasi pakaian tradisional malaysia untuk ahli-ahli mereka. Seramai 30 orang dijangka akan turut serta dalam sesi ini.

Bercakap mengenai pakaian tradisional Malaysia (atau Melayu), di fikiran saya terlintas pakaian berikut:-

1. Baju Kurung
2. Baju Kebaya
3. Baju Kebarung

Baju kurung sahaja sudah terbahagi kepada beberapa jenis seperti baju kurung Kedah, baju kurung Johor, baju kurung cekak musang, baju kurung telok belanga, baju kurung moden dan banyak lagi.

Tarikh yang dicadangkan untuk demo ini ialah pada 20 Ogos di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Sebagai orang amatur dan buta fesyen, saya menggaru kepala yang tidak gatal untuk menerajui acara sebegini. Apa yang perlu dilakukan agaknya?. bagaimana untuk menjimatkan kos?. Berikut adalah apa yang terlintas sepontan dalam fikiran saya, (tolong-tolong tokok tambah ekkk).

- Cari seorang penceramah mengenai pakaian tradisional (misalnya Puan Azah Aziz)
- Cari sebuah butik untuk membuat pameran/jualan produk mereka (moga-moga dapat berkongsi kos)
- Cari model-model amatur untuk memperagakan pakaian ( peluang terbuka kpd semua)
- Cari penaung/penasihat/perunding (misalnya Kementerian Kebudayaan & kesenian)
- Cari penaja (sesiapa sahaja & apa-apa bentuk tajaan sahaja)
- Cari duit (ha ha duit ada, tak payah cari)

Program ini akan diadakan secara percuma sahaja, dan sebagai balasan persatuan isteri-isteri pegawai Jepun ini akan diminta untuk memperaga @ demo pakaian tradisional Jepun @ kimono pula suatu hari nanti.

Sdr ada apa-apa idea tambahan?.

Sunday, July 03, 2005

GELAS DAN AIR



GELAS ini separuh penuh atau separuh kosong?. Ia tertakluk kepada pandangan seseorang, dan ia boleh berbeza dari seorang ke seorang yang lain.

Apabila kerajaan mengistiharkan Sabtu adalah cuti mingguan kepada kakitangannya, pandangan berbeza dari sudut yang berbeza diberikan. Samada dari sudut kerja atau dari sudut rehat.

Sabtu lepas adalah hari terakhir kerja, dan selepasnya ia adalah cuti mingguan. Ada yang mengambil cuti pada hari Sabtu tersebut kerana berpandangan ia adalah cuti Sabtu terakhir. Sebabnya selepas ini tidak lagi boleh mengambil cuti pada hari Sabtu kerana sememangnya ia adalah cuti mingguan.

Yang tetap bekerja pada Sabtu lepas berpandangan, inilah masanya kita bekerja pada hari Sabtu, kerana selepas ini tidak ada lagi (secara rasmi) Sabtu kerja, jadi kerjalah pada Sabtu tersebut sebagai kenangan akhir.

Adegan Yang Tidak Ingin Dilihat
Bank-bank sedang mengkaji samada staf mereka juga patut bekerja 5 hari seminggu setelah kakitangan kerajaan kerja 5 hari seminggu. Alasan kukuh sudah tentulah, ATM ada, Internet ada, phone-banking ada, jadi buat apa kerja pada hari Sabtu?. Jikalah semua urusan bank dapat diselesaikan dengan kemudahan tersebut, elok juga jika bank ditutup terus kepada orang awam, bank boleh dibuka 24 jam sehari melalui kemudahan lain.

Saturday, July 02, 2005

CATATAN SEMINGGU: SABTU KE SABTU

Sabtu: 25 Jun 2005: Sabtu Terakhir Kerja

Mempengerusikan mesyuarat EXCO PERJASA di Putrajaya selepas waktu pejabat. Agenda utama ialah untuk mengadakan Malam Jasamu Dikenang, Treasure-Hunt, Pertandingan Golf dan AGM.

Terpaksa menguzurkan diri dari menghadiri majlis Palmx di KL Sentral

Ahad: 26 Jun 2005:

Rutin biasa, ke pasar membeli lauk-pauk untuk seminggu.
Kemudian hantar mertua yang sudah lebih sebulan di KL pulang ke Kampar.
Seterusnya meneruskan perjalanan ke Sungai Petani. Bermalam di Swiss-Inn Sungai Petani.

Isnin: 27 Jun 2005:

Cuti rehat. Masih di Sungai Petani, mendaftarkan anak kedua @ Angah untuk menyambungkan pelajaran di Sungai Petani.

Jam 1 tengahari bertolak dari Sungai Petani ke KL. Memandu dalam cuaca panas begini amat memenatkan @ mengantuk.

Selasa: 28 Jun 2005

Mesyuarat dari pagi hingga petang

Rabu 29 Jun 2005

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Cuma mangambil masa satu jam.
Ini adalah satu contoh mesyuarat yang paling berkesan.

Ksu memanggil semua pegawai gred 41 hingga 52 untuk perjumpaan khas

Khamis 30 Jun 2005:

Mesyuarat mengenai skim perkhidmatan di luar pejabat dari pagi hingga lewat petang.
Sesi bertemu kawan-kawan dari skim J yang sama-sama menuntut di Leeds 1997 dahulu.


Jumaat: 1 Julai 2005

Jam tangan di tangan kiri aku masih menunjukkan 31 haribulan. Inilah hasilnya dapat jam original jenama 25 hours dengan harga tak seberapa. Agaknya jauh lebih baik dari jam berjenama tiruan yang dijual murah di tempat parking kereta tu kot

Hari pertama kerja 3 waktu anjal, 7:30am – 5:30pm
Sepatutnya setiap 1 dan 15 haribulan perlu pakai baju batik, namun pemberitahuan adalah terlalu lewat.
Pagi: Mesyuarat lagi dan telah menguzurkan diri
Petang: Demo. Jurudemo lebih ramai dari pendengar oleh kerana kesibukan pendengar.

Sabtu 2 Julai 2005: Sabtu Pertama Cuti

Ke Jabatan Pendaftaran Putrajaya untuk membuat myKAD kepada Budin yang genap 12 tahun usianya semalam. Makan pagi di dataran pertanian bersama Subaru. Suatu contoh jabatan kerajaan yang mesra pengguna.

Dari Putrajaya ke Shah Alam menhgadiri demo/kelas masakan Jepun

Hari ini juga diadakan hari keluarga kementerian, ah ponteng ah.

p.s Pudar sahajakan dari Sabtu ke Sabtu?

Friday, July 01, 2005

SOAL-JAWAB

BERIKUT adalah jawapan popular yang diterima dari pembaca:-

1. Siapakah orang Jepun yang paling terkenal di Malaysia?

Koizumi (prime minister)
Nakata (Soccer player)
Aiko (Princess)
Watanabe (pemain musik)
& Doremon & Sinchan ;-)

2. Berapa ramai pelajar yang melompat kelas?
sekarang dah tak ada

3. Bagaimana kehidupan pelajar2 di Malaysia?

pagi sekolah, petang tuisyen malam mengaji
JIka ada masa senggang - lepak

4. Apakah yang anda fikirkan tentang Jepun?

-Bersih
-Maju
-Semuanya kecil/sempit/padat
-Cepat
-Tak pasti (never say no)


5. Pernahkah anda makan sushi?. Sushi jenis apa yang anda suka?

pernah. Macam-macam ada, tapi tak tahulah sama atau tidak dgn yg kat Jepun


6. Adakah anda mempunyai binatang peliharaan? Apa dia?
Ada, biasanya kucing

7. Apakah binatang yang terdapat di Malaysia?
Semua binatang ada. Yang popular adalah:-
-Harimau
-Orang Utan

8. Apakah yang anda fikir tentang sembahyang?
Sembahyang tiang ugama

9. Apakah perkara2 yg popular di Malaysia?

-handphone/SMS
-Akademi Fantasia
-Malaysian Idol

10. Siapa penyanyi paling pop[ular di Malaysia?
Siti Nurhaliza

11Bila terfikir tentang Jepun, apakah perkara pertama yang datang ke fikiran anda?

-Mount Fuji
-Kimono
-Geisha
-Samurai


12.Siapakan pelawak paling popular?
Senario

13.Apakah makanan yang paling lazat di Malaysia?

-nasi lemak
-roti canai
-cokelat
-Satay

14.Adakah pelajar di Malaysia memakai pakaian seragam?
Ya

15.Apakah masakan tradisional Malaysia?

-Dodol
-Satay
-Rendang

16.Apakah makanan harian di Malaysia?
Nasi

17.Apakah makanan istimewa di hari perayaan?

-Lemang
-Ketupat
-Kuih Bakul/Kuih Bulan
-Maruku


18.Apakah makanan Jepun yg popular di Malaysia?
tempura

19.Adakah perayaan yang diraikan di sekolah?

Hari guru
Mesyuarat PIBG
Hari Terbuka


20.Bagaimana pelajar pergi ke sekolah?

bas sekolah, kereta ibu bapa, motor


21.Berapa matapelajaran yang diambil oleh seorang pelajar?

lagi banyak lagi terror

Wednesday, June 29, 2005

WARNA DIRAJA

APAKAH sebenarnya warna diraja (royal colours)?.
Ada yang kata kuning dan ada pula yang kata biru


Warna biru selalunya dianggap sebagai warna diraja. Disebabkan itu, warna biru selalu digunakan untuk uniform rasmi, seperti uniform polis.



Ungu menandakan warna diraja, kerohanian, martabat yang tinggi, misteri, pertukaran, kearifan, kesedaran, kekejaman, keangkuhan, dan keadaan berkabung. Ungu dianggap warna luar biasa.



Warna kuning ialah warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja).
b) di bawah bulan sabit dan bintang terdapat 5 bilah keris. ...


Adakah kuning, ungu & kuning adalah warna diraja atau yang mana satu?.

p.s Jika anda tengok Bandar Diraja Kuala Kangsar, apakah warna yang paling sesuai?.

MBA


yg belah kiri tu MBA, yg belah kanan tu pende?
orang tanya MBA tu pende?
aku kata Married But Available
orang kata Hah???... ingatkan Master in Business Admin.
aku kata tak ahh, kalau Management By Asking boleh gak
OKlah entah hapa-hapalah engko ni.

Tuesday, June 28, 2005

KURSUS/DEMO MASAKAN JEPUN - PERCUMA!!


Tarikh: 2 Julai 2005 (Sabtu)
Masa: 10am - 12pm
Tempat: Seksyen 11, Shah Alam (peta akan diberi)
Menu: ada 5-6 menu, lepas masak boleh makan.
Anjuran: myJICA
Pengajar: Isteri-isteri pegawai the Japan International Cooperation Agency.

Jemputan terbuka kepada sesiapa sahaja (pembaca blog) yang ingin turut serta. Sila mel kepada saya (info@myjica.net) untuk pengesahan.

MEMAKAN GENGIS KHAN

DALAM sesi sidang video dengan pelajar-pelajar Sapporo yang lepas, mereka membuat satu persembahan tentang kebudayaan Sapporo. Empat kebudayaan utama di Sapporo ialah:-

- Memakan Gengiskhan
- Tarian Yosakai Soran
- Festival Salji
- Odori Park

Saya agak terkejut apabila memakan gengiskhan adalah merupakan budaya utama mereka, lantas saya bertanya apakah Gengiskhan yang mereka makan. Siapapakah Gengiskhan?. Adakah anda tahu bahawasanya Gengiskhan (dan Kublaikhan) adalah suatu nama besar dalam sejarah dan peradaban Islam?



Pertanyaan ikhlas rasa ingin tahu saya ini agak sukar untuk dijawab oleh pelajar-pelajar ini beserta guru mereka. Akhirnya setelah diterjemahkan, Gengiskhan adalah merupakan makanan tradisi di Sapporo. Ia adalah merupakan BBQ daging kambing dan sayuran. Ia dihidangkan dalam sejenis dulang yang bentuknya seakan-akan topi atau mahligai yang dipakai oleh Gengis Khan.


Jika benar jawapan tersebut maka sahlah tradisi "memakan gengiskhan" yang dimaksudkan ialah Gengis Khan yang berasal dari Mongolia yang akhirnya digantikan oleh Kublai Khan. Mengikut sejarah sememangnya Gengis Khan menyerang dan menakluki sebahagian besar dari benua Asia hingga ke Eropah. Ia termasuklah China dan Korea. Walau bagimanapun khabarnya Gengis Khan dan Kublai Khan tidak berjaya menakluki Jepun setelah dua kali menyerang menggunakan sehingga 4.000 kapal perang. Ini ialah kerana cuaca buruk hurricane yang kemudiannya dinamakan kami-kaze (angin Tuhan)oleh orang Jepun.

Agaknya selepas peristiwa ini orang-orang Sapporo mula menyimpan dendam terhadap Gengis Khan dan memakan daging kambing BBQ di atas dulang mahligai Gengis Khan dengan meniatkan memakan otak Gengis Khan (agaknya lah). Mungkin ada cerita yang sebenarnya yang sahih ....

Jika begitulah ceritanya saya rasa, orang-orang Islam, khususnya negara OIC perlu berbuat sesuatu. Misalnya dengan memberi tahu kerajaan Jepun bahawa orang Islam seluruh dunia berasa tersinggung dengan budaya orang Sapporo memakan daging Gengiskhan. Bukan nak halang mereka nak makan daging, makanlah, tetapi berilah suatu nama lain, janganlah makan sebegitu lazat diberi nama dengan seorang besar dalam sejarah peradaban dunia. Sudah tentu orang Jepun akan marah sekiranya orang Melayu membuat sup 'gear box' yang kemudiannya dinamakan "sup HiroHito", iaitu seorang maharaja Jepun. Atau ada ke dalam dunia ini "daging panggang Hitler" misalnya?

Ayuh...... kita buat kajian mengenai "memakan gengiskhan" dan melakukan sesuatu selepas ini.


BBQ yg kat atas tu Gengiskhan dan yg kat bawah tu sayur

Sunday, June 26, 2005

Persidangan Video Malaysia-Hokkaido

JUMAAT lepas seramai 41 orang penuntut Kiyota High School, Sapporo, Hokkaido telah mengadakan sidang video melalui JICA-Net dengan kami di pejabat JICA Malaysia. Berikut adalah soalan-soalan yang mereka kemukakan untuk kami jawab. Apakah jawapan terbaik yang boleh anda berikan?.



1. Siapakah orang Jepun yang paling terkenal di Malaysia?
2. Berapa ramai pelajar yang melompat kelas?
3. Bagaimana kehidupan pelajar2 di Malaysia?
4. Apakah yang anda fikirkan tentang Jepun?
5. Pernahkah anda makan sushi?. Sushi jenis apa yang anda suka?
6. Adakah anda mempunyai binatang peliharaan? Apa dia?
7. Apakah binatang yang terdapat di Malaysia?
8. Apakah yang anda fikir tentang sembahyang?
9. Apakah perkara2 yg popular di Malaysia?
10. Siapa penyanyi paling pop[ular di Malaysia?
11?Bila terfikir tentang Jepun, apakah perkara pertama yang datang ke fikiran anda?
12?Siapakan pelawak paling popular?
13?Apakah makanan yang paling lazat di Malaysia?
14?Adakah pelajar di Malaysia memakai pakaian seragam?
15?Apakah masakan tradisional Malaysia?
16?Apakah makanan harian di Malaysia?
17?Apakah makanan istimewa di hari perayaan?
18?Apakah makanan Jepun yg popular di Malaysia?
19?Adakah perayaan yang diraikan di sekolah?
20?Bagaimana pelajar pergi ke sekolah?
21?Berapa matapelajaran yang diambil oleh seorang pelajar?


Itulah di antara apa yang mereka ingin tahu mengenai Malaysia. Pada asalnya mengikut apa yang kami perolehi, mereka ingin tahu mengenai Islam dan metreka sepatutnya membuat persembahan mengenai ISlam yang mereka fahami. Namun pada hari sidang video diadakan, merteka mempersembahkan mengenai kebudayaan Jepun dan soalan-soalan di atas.

Selamat menjawab.

Thursday, June 23, 2005

SAYONARA DOYOUBI

BESOK (bukan esok) adalah hari Sabtu terakhir bekerja bagi penjawat awam di Malaysia. Mulai 1 Julai nanti, kakitangan awam akan bekerja lima hari seminggu. Rupa-rupanya ramai juga penjawat awam yang tidak berapa suka cuti Sabtu ni, mereka nak kerja (dan minta orang lain juga kerja). Sungguh di luar jangkaan, unsangkarable kata orang dulu-dulu.

Dengan cuti Sabtu-Ahad, apa yang boleh dibuat ekk?. Jawapannya macam-macam, tapi janganlah habiskan dengan tidur saja!.

1. Sabtu boleh buat kerja rutin, iaitu pergi pasar. Oleh itu Ahad boleh joging. Hmmm.... sihatkan badan!.

2. Bagi NGO, cuti Sabtu-Ahad banyak menafaatnya. Jika dulu asyik mencari Sabtu pertama & ketiga, kini setiap Sabtupun boleh buat meeting, boleh buat aktiviti. Semoga lebih banyak NGO akan bergiat aktif buat macam-macam aktiviti.

3. Bagi yang nak belajar part-time, cuti Sabtu-Ahad adalah yang terbaik. Kita boleh belajar apa-apa yang nak kita pelajari. IPTA dan IPTS rasanya banyak program pelajaran part-time. Ada yang tawarkan MBA, ada yang tawarkan ilmu Hadis, Al-Quran dan macam-macam. Hmmmm.... kalau terfikir nak jadi loyar bila pencen nanti, masih belum terlambat lagi nak ambil law secara part-time ni. Inilah masanya (ikiemasene? kata WakDin). Nak ilmu dunia boleh, nak ilmu akhirat lagi boleh.

4. Balik kampung?. Bagus juga program balik kampung hujung minggu. Jengok orang tua, lawat kampung sendiri, temuai kawan-kawan sekampung. Sementara mereka masih ada ni, selalu-selalulah balik kampung a.k.a melawat kawasan @ turun padang.

5. Main golf: Ohhh cuti Sabtu-Ahad, mainl;ah sepuas-puasnya. Jangan dok nak menyelinap ke padang golf masa office-hour (ada ke?. wa tak tau).

6. Baiki Blog yang senget sebelah tu boleh dibuat masa Sabtu-Ahad. Jika hari lain sibuk memanjang, jangan gunakan PC pejabat @ masa pejabat untuk kerja sendiri ekkk.

7.Baca buku:Yang kaki buku boleh baca buku @ novel sepanjang cuti Sabtu-Ahad. Jika novel yang sederhana tebalnya, dan bagus punya cerita, boleh habis tu.... Maknanya dalam sebulan empat buah novel senang-senang jer untuk dihabiskan. Wah boleh kaya penulis ni...

8.Cuti-Cuti Malaysia atau melancong.... inilah agaknya hasrat sebenar kerajaan. Dengan ini pekerja tol boleh pungut duit, pekerja hotel & restoran tak boleh duduk diam dan teori kata ekonomi boleh meningkat naik.


9.

10.




SELAMAT TINGGAL SABTU.

Wednesday, June 22, 2005

PERUBAHAN WAKTU BERURUSAN DENGAN KERAJAAN

MULAI 1 Julai ini, kerajaan Malaysia akan mengamalkan waktu kerja 5 hari seminggu. Hari Sabtu dan Ahad adalah merupakan hari cuti bagi semua negeri kecuali Terengganu, Kelantan dan Kedah yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu.

Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dari 7:30am hingga 5:30pm (1pm - 2pm waktu makan tengahari). Staf dibenarkan untuk memilih salah satu dari 3 waktu, iaitu WP1:7:30am-4:30pm, WP2:8:00am - 5:00pm atau WP3:8:30amk-5:30pm. Bagi negeri-negeri lain, waktu kerja adalah 8:00am-5:00pm dan 8:00am-4:45pm bagi Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Sementara itu waktu rehat pada hari Jumaat adalah berbeza di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan kerana masuk waktu Zohor yang berlainan.

Jadi..... bagi orang Kedah yang ingin berurusan dengan kerajaan pada hari Jumaat, bolehlah pergi ke Perlis atau Penang. Bagi orang Penang atau Perlis yang ingin berurusan pada hari Ahad pula, bolehlah ke Kedah. Begitulah seterusnya.

Maklumat terperinci ada di laman web JPA (dalam format PDF). Harap maklum.

Monday, June 20, 2005

HURUF TANPA BUNYI

HUJUNG minggu lepas saya mengembara dengan memandu kereta sejauh 1,000km seorang diri. Ia itu 500km pergi dan bakinya kembali semula ke KL. Macam-macam perkara timbul bila memandu bersendirian begini. Umpamanya rasa bosan, mengantuk, kesunyian dan yang seerti dengannya. Namun saya enjoy dalam pemanduan ini. Indah sekali alam semesta sepanjang perjalanan.

Dalam perjalanan pulang, kira-kira 50km lagi nak sampai ke destinasi, saya memilih untuk memberhentikan kereta berhampiran dengan huruf H yang besar (tanda pili bomba). Ini ialah kerana meter pada kereta menunjukkan radiator kehausan dan memerlukan sedikit air. Lama juga waktu menunggu sehingga enjin sejuk berhampiran dengan huruf H ini:-

Saya fikir-fikirkan kemudian congak-congak campur tolak tentang huruf H ini. Setakat yang saya tahulah, huruf H tidak dibunyikan di Terengganu, kecuali beberapa sebutan sahaja. Contohnya begini:-

hamba - amba
hamid - amid
halim - aling
hasan - asang
hamis - amih
habis - abih
haruan - (ikang) ruang
hajat - ajat
haji - aji
hampas - apah
hampir - dekat
hangus - anguh
hantu - antu
hanyut - anyut

dan banyak lagilah... Cuma biasanya yang mempunyai satu suku kata, H tidak dibuang, misalnya:-

hak - hok
hon - hong


Eh-eh entah-entah seluruh Malaysiapun begini jugak kot?.

Saturday, June 18, 2005

HARI JURURAWAT SEDUNIA

HARI Jururawat disambut pada 12 Mei setiap tahun. Malam tadi mba dijemput sebagai tetamu dalam majlis makan malam dan amal-ria sempena hari jururawat sedunia. Terima kasih misi

Berikut adalah sedutan dari teks mengenai Hari Jururawat yang diperolehi dari internet:


12 Mei bukanlah satu tarikh yang diingati oleh orang ramai kerana ramai yang tidak tahu signifikanya. Hari Jururawat memang tidak popular kerana populasi yang menyambutnya terhad.. Jururawat seperti juga doktor adalah segolongan masyarakat yang bekerja dan berkorban tanpa mengira masa.

Waktu kerja kita adalah waktu kerja mereka, waktu rehat kita adalah waktu kerja mereka juga., mereka terus bekerja samada hari cuti umum mahupun hari2 kebesaran. Jika pesakit yang dirawat telah sihat kadangkala ucapan terimakasih pun tidak mereka dengar tetapi apabila sebaliknya selalu mereka mendapat cacian. Itulah resmi kehidupan jururawat.

Marilah kita berganding bahu membangunh Negara bukan semata2 mengejar pem,bangunan material tetapi apa yang lebih penting adalah pembangunan insa. Sama-sam kita pupuk dan jana ibu dan keluarga, guru dan anak murida jururawat dan pesakit, pemimpin serta rakyat yang takutkan tuhan.

Friday, June 17, 2005

SAYANG ORGANISASI II

berikut adalah komen dari saya mengenai entri SAYANGI ORGANISASI semalam untuk komen seterusnya dari anda:-

Organisasi saya (dlm gambar di entri bawah) terlalu sayangkan anggotanya. Tiket penerbangan pergi balik ke Jepun, hotel, elaun dan pelajaran diberi percuma. Bila kembali ke tanah air, mereka cuma diminta bayar RM20 setahun untuk terus menikmati faedah menjadi ahli.

Faedah menjadi ahli saya rasa adalah lebih dari 1000% setahun (berbanding dgn yuran RM20, ahli akan dapat subsidi melebihi RM200 setahun melalui aktiviti)

Namun dari 8000 pelatih, cuma 800 saja yg jadi ahli dan 200 saja yg bayar setiap tahun. Malah ada pelatih yg marah2 hatta hebahan mengenai aktiviti dimaklumkan melalui emel (jangan kacau privacy, kata mereka).

Ada cadangan macamana nak sayangkan organisasi?
MBA | Homepage | 06.17.05 - 9:12 am | #

ULASAN TERBUKA TERHADAP HAIKU ABDUL LATIP

latiptalib: MBA, cuti sekolah, durian mula gugur,senyum pengantin ...macam mana haiku saya ni? hehe

Bang Latip;

Biasanya ahli-ahli sastera akan memberikan pujian yang melambung apabila mengulas sesebuah karya sastera ahli yang lain. Ia ternyata akan mengembirakan sipenulis dan menyenangkan yang membuat ulasan. Hubungan mereka kian akrab dan pihak sana pula akan memuji pihak sini akan karya mereka. Dalam ertikata lain kedua-dua pihak akan win-win. Namun saya khuatir, suasana begini tidak akan meningkatkan karya sastera dengan sewajarnya kerana penulis mungkin akan lemas dalam pujian walhal mutu karyanya tidak seberapa. Justeru itu saya lebih suka memberi pandangan seadanya mengikut apa yang saya tahu dan boleh dikongsi dengan niat untuk mempertingkatkan mutu sesebuah karya. Sebab itu saya tak boleh jadi sasterawan@penulis he he he.

cuti sekolah, durian mula gugur,senyum pengantin
Jika setakat memberi ulasan begini:-
Haiku ini bagus.
kata musim ialah 'cuti sekolah' dan 'durian mula gugur'.
Syabas saudara!


Itu bukan ulasan haiku. Ulasan sesebuah haiku tidak ada kena mengena dengan kata musim (kigo). Sebabnya kigo hanyalah salah satu dari ciri-ciri sebuah haiku. Banyak lagi ciri lain yang perlu ditekankan dan bukan hanya dengan adanya kigo, ia adalah sebuah haiku, tanpa kigo ia adalah senyru. salah sama sekali. "haiku" yang terdapat kigo juha tidak semestinya sebuah haiku (apatah lagi haiku yang baik).

Saya tertarik dengan takrifan senyru yang diberikan oleh sebuah kelab haiku di US yang bermaksud begini "senyru ialah sebuah haiku yang rosak atau tidak menjadi".

Bang Latip;

Sekali imbas, karya sdr adalah merupakan sebuah haiku yang baik. Saya sukakannya!. Penuh dan dalam maknanya. Namun ia bukanlah sebuah haiku yang hebat.

Berikut adalah asas penilaian saya @copyright.
cuti sekolah
durian mula gugur
senyum pengantin


1. Apakah bentuk haiku ini?. Adakah 17 sukukata? Adakah 5-7-5?
:lulus
2. Adakah jelas kelihatan atau kedengaran dua bahagian yang berbeza dalam sebuah haiku, iaitu pembayang dan maksud?
:lulus
3. Adakah terdapat perkataan atau simbul musim dalam haiku ini?
:lulus
4. Adakah haiku ini mempunyai objek nyata yang boleh dinikmati oleh pancaindera biasa?
:lulus bersyarat
5. Adakah haiku boleh dibaca sebagai satu ayat yang lengkap?
:lulus
6. Adakah terdapat ganti nama dalam haiku ini?. Adakah ia diperlukan atau boleh digantikan?
:lulus
7. Adakah semua perkataan/cerita menunjukkan waktu semasa?
:Tidak
8. Adakah perkataan dalam haiku ii berirama?
:lulus
9. Adakah kata perbuatan dalam haiku ini?. Adakah ianya betul-betul diperlukan?
:lulus
10. Adakah mana-mana perkataan yang digunakan boleh dikeluarkan tanpa menghilangkan makna ayat?
:lulus
11. Adakah mana-mana perkataan yang boleh diganti dengan perkataan lain?. Penggunaan perkataan yang ada sinonim adalah lebih bagus.
:Perlu diperbaiki
12. Adakah perkataan yang digunakan adalah tepat?.Punai berbanding burung, mawar berbanding bunga dan jati berbanding pokok.
:lulus
13. Adakah haiku ini mempunyai makna yang berganda?
:lulus
14. Adakah haiku ini dapat difahami?
:lulus
15. Adakah anda pernah membaca atau mendengar haiku ini atau yang seakan-akan begini?
:lulus
16. Adakah anda rasa selesa membaca haiku ini dan tidak jemu mengulanginya?
:OK lah
17. Adakah haiku ini menyatakan segala-galanya?. Adakah anda rasa satu siri haiku diperlukan dalam subjek yang sama?
:lulus
18. Adakah idea dari haiku ini lebih baik ditulis dalam bentuk tanka atau lain-lain genre?
:Boleh jadi
19. Adakah idea dari haiku ini lebih baik dihidangkan dalam bentuk lain dengan perkataan-perkataan yang lebih baik?
:Boleh jadi
20. Keseluruhannya?
:lulus


Secara umumnya haiku ini tidak banyak yang perlu diulas, cuma beberapa perkara seperti berikut:

-Haiku perlu mempunyai objek nyata yang boleh dinikmati oleh panca indera yang lima:
:perkataan "cuti sekolah" tidak wajar digunakan untuk mewakili musim cuti sekolah. Ia perlu diwakilkan dengan suatu perlambangan. Umpamanya "musim panas" tidak boleh digunakan untuk menceritakan tentang musim panas, sebaliknya "katak" atau kata lain boleh digunakan. Hakikatnya, sebuah haiku ialah hasil sebuah pengalaman semasa penulis (haijin) dan bukan imaginasi beliau. Dari pengalaman tersebut, pembaca sudah memahami tentang sesuatu musim yang dimaksudkan, walapun tanpa menyebutnya secara terus. "cuti sekolah" di sini bagi saya bukan sebuah objek nyata yang diperlukan dalam sebuah haiku. Ia boleh diwakili oleh perkataan lain seperti 'balik ke kampung', 'membasuh baju', 'buku pinjaman' dan apa-apa sahaja yang bersesuaian.

-Saya fahami haiku ini sebagai musim perkahwinan (senyum pengantin)di musim cuti sekolah yang secara kebetulan juga adalah merupakan musim buah-buahan (durian mula gugur). Haiku ini terlalu banyak menceritakan perihal musim (secara langsung dan perwakilan) dan ia tidak begityu sesuai bagi sebuah haiku yang hebat. Secara keseluruhannya plot cerita dalam haiku ini adalah longgar kerana ia lebih mirip kepada imaginasi penulis berbanding dengan peristiwa sebenar yang dialami oleh penulis. Dalam erti kata lain, penulis boleh berada di rumahnya di Jelebu walhal majlis perkahwinan ini berlangsung di Putrajaya. Untuk membangkitkan suasana sebenar yang berlaku, kita boleh andaikan penulis hadir ke majlis persandingan dan sebiji durian jatuh dari pokok berhampiran.

Contohnya "debuk berbunyi, pengantin di pelamin, durian gugur".
Di sini cuti sekolah telah ditiadakan. Majlis perkahwinan boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja, namun di sini ia dilakukan pada musim buah. Unsur suspen di sini ialah, pembaca sangkakan pelamin yang runtuh bila debuk berbunyi, namun terasa lega kemudiannya kerana rupa-rupanya durian yang gugur.

Sdr;

Rasanya masih banyak lagi yang boleh diperkatakan mengenai haiku ini, mungkin ia boleh disambung kemudian sekiranya ada mood.

Nota Kaki
1. Menulis haiku memang mudah, cuma 5-7-5 dan jadilah ia sebuah haiku (jika haiku tersebut rosak @ belum masak, ia akan jadi senyru). Namun untuk menghasilkan sebuah haiku yang baik (apatah lagi yang hebat) ia amat sukar. Perlu saya tegaskan lagi di sini bahawa haiku yang ditulis dalam bahasa asing tidak sama dengan haiku dalam bahasa Jepun dan tidak akan menjadi haiku Jepun sampai bila-bila. Justeru itu kita tidak boleh menilai haiku Melayu dengan kayu ukur dan kacamata Jepun.

2. Ulasan di atas adalah merupakan pegangan (mazhab) saya dalam haiku (yang mungkin boleh berubah mengikut masa dan keadaan). Ia tidak semestinya dipersetujui oleh orang lain (terutamanya dari mazhab lain). Namun setiap pegangan harus mempunyai hujah dan boleh dibincang serta dibawa berunding. Saya berpegang kepada prinsip bahawa haiku dan hasil sastera lain juga tidak boleh terlalu rigid, kerana ia adalah sastera bukan sains.

Thursday, June 16, 2005

SAYANGKAN ORGANISASI

Bagaimanakah cara atau kaedahnya untuk membolehkan ahli sesebuah organisasi menyayangi organisasi mereka?.

Ibarat kata "makan bola, tidur bola .... tapi minum Cola"

Pendapat anda dialu-alukan.



catatan hiasan
Oh... sayangnya dia kepada organisasinya, hinggakan tidurpun berselimutkan bendera organisasi. Tapi kan.... dia ni jaga, jika sayangkan organisasi dia tak boleh tidur semasa kerja!.

Wednesday, June 15, 2005

HEY KAWAN! .... LU SAPA? KITA KAWAN KA?

MELIHAT akan iklan KFC terbartu di kaca TV "hey kawan, lu sapa?. Bila kita berkawan?". Ia mengingatkan saya kepada seorang kawan dalam tahun 1980an dulu di tempat pertama saya bekerja. Pada masa itu tukan cuci, tukang lap dan tukang sapu pejabat telah dimonopoli oleh orang Indon. Ada seorang cewek Indon ni, selalu membahasakan kami sebagai abang. Selamat pagi abang. Boleh saya sapu kat sini abang. Boleh saya lap sini abang?. Kawan saya itu dengan serius bertanya "Bila emak engkau kahwin dengan bapak aku?. Mengapa panggil aku abang?. Sejak bila kita bersaudara?. Kami ni pegawai tau?. Panggil aku encik dan bos aku ni tuan. Faham tak?|.

Cerita lain pula ialah bos saya tidak boleh berbuat apa-apa dengan office boy kami (dia membahasakan dirinya officer boy) yang memanggil pengarah kami dengan panggilan nama sahaja. Saya panggil pengarah "tuan" tau?. Awak boleh panggil dia dengan nama saja? (Pengarah tu dah jadi Ketua Pengarah dan dah bergelar Tan Sri). Officer boy tu menjawab "Saya juga panggil saya tuan. Bukan saya tak tahu protokol. Saya tahu siapa tuan, siapa encik, siapa Dato', siapa Tan Sri. Tetapi masa boss dengar tadi, saya cakap agak laju, itu pasal "tuan" sudah tinggal luar (bilik) dan "nama" dia juga dengar dalam bilik. Itupun saya punya salah ka?.

Kedua-dua cerita tersebut kini hanya tinggal kenangan. Officer boy tersebut kononnya telah menjadi taukey tempat letak kereta dan bos saya menjadi pelanggannya. Bos itu terpaksalah memanggil officer-boy tersebut dengan panggilan "tuan" pulak.

Berikut adalah dialog (yang telah diubah suai) di antara saya dan kawan saya dari sektor swasta tidak berapa lama dulu.

kawan: Hari tu I jumpa kakak yang kerja kat J*M tu. Tapi dia buat tak kenal saja bila saya tergur dia.

saya: Kau panggil dia kakak ke?

kawan: Ya lah. Kan dia lebih tua dari aku.

saya: Patutpun dia buat tak kenal. Padan muka kau. Dia tu pegawai tinggi kerajaan tau!. Kau pulak datang nak jual barang (cari projek). Bila kau panggil dia kakak, terasa sangatlah yang dia tu tua. Walaupun kau memang muda dari dia, janganlah panggil kakak kepada pegawai kerajaan. Apatah lagi kau tyu lelaki. Kalau perempuan dgn perempuan, boleh maaf lagi.

kawan: Eh tak kan teruk sangat. Kat tempat kerja aku biasa jer panggil direktor aku dengan panggilan kakak.

saya: Lain padang lain belalang. Kau kenalah buat apa yang patut jika kau nak jual barang. Jika perempuan, panggillah dia puan. Jika kau yakin dia belum kahwin, panggillah dengan sebutan Cik. Jika kau tahu nama dia eloklah letakkan Puan atau Cik dan namanya. Itu menampakkan yang kau memang kenal dengan dia. Bukan main bantai kakak saja....

kawan:Oooo jika pegawai lelaki nak panggil apa pulak?.

saya: Suka hati kaulah, tapi jika kau panggil aku abang, aku sekeh kepala kau kang!.


disclaimer:Panggilan tersebut tidak semestinya begitu, namun biasanya begitulah. Pengecualian biasanya adalah disebabkan oleh seseorang individu, bukannya umum.

cuba teka
Cuba teka apa panggilan yang sepatutnya yang betul dalam surat ini:

Kepada
Ketua Pengarah ABC
Kuala Lumpur
(u.p Cik Laila Majnun)

Tuan atau Puan yangg betul? (cuba teka dan berikan dalilnya ya....)

Merujuk kepada bla bla bla ....

Tuesday, June 14, 2005

KLCC atau KLCC-CC ?



AHAD lepas kami jogingjenjalan kat KLCC, iaitu Kuala Lumpur City Centre. Sambil jenjalan tu, ternampak pulak satu lagi KLCC, iaitu Kuala Lumpur Convention Centre yang baru siap dan dah mula digunakan. Mengapa depa pakai nama KLCC jugak?. Tidakkah ia akan menyusahkan orang saja?. Buktinya kawan aku ada terima undangan untuk hadir seminar di KLCC dan dia tak tau tempat mana nak pergi. Mujurlah kat bawah kad tu dengan tulisan kecil tercatat Kuala Lumpur Convention Centre.

Jika stesen keretapi boleh dipanggil KL Sentral sahaja (aku agak ia adalah bahawa Melayu kepada Central kot), mengapa tidak ia dinamakan sebagai Kuala Lumpur Convention Sentral (KLCS) pulak? Atau ambil sahajalah nama Jepun ke, Perancis ke, Arab ke untuk cetral tu untuk membezakan di antara KLCC dengan KLCC.

* Mengapalah dah 3 entri aku tulis hari ini?. Nak hilangkan stress ke ni?. entahlah.

HARI BAPA

BILA "hari bapa" sebenarnya?. Semalam terima SMS ini:

Slmt Hari Bapa. Tahniah di atas keperihatinan anda. Sesungguhnya keluarga anda amat hargainya.

Dari XXXXX. T.Ikhlas

STRESS GILER

YANG mana satu akan menimbulkan stress?

A. taknak tak dapat
B. nak tak dapat
C. nak dapat
D. taknak dapat

Jawapannya ialah: ____

Monday, June 13, 2005

KONDOM DAN JARUM PERCUMA

HEBOH satu Malaya orang-orang kita berbincang samada patut atau tidak patut kerajaan membekalkan kondom dan/atau jarum penyuntik percuma kepada penagih dadah.

Alasan bagi yang bersetuju ialah, penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan untuk menyuntik dadah ke badan mereka akan menyebabkan penyakit AIDS dan/atau HIV positif merebak kepada orang lain. Begitu juga dengan penagih dadah atau manusia yang telah dijangkiti AIDS dan/atau HIV positif ini juga akan merebakkan penyakit mereka kepada orang lain yang mereka tiduri/setubuhi sekiranya mereka tidak memakai kondom.

Lantaran itu, jarum penyuntik dan/atau kondom perlu dibekalkan oleh kerajaan secara percuma kepada mereka supaya penyakit ini tidak berjangkit.

AIDS dan HIV ialah sejenis penyakit yang biasanya (tidak semestinya) dihidapi oleh penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan dan manusia (tiada kajian pula pada binatang) yang mengamalkan seks dengan banyak pasangan @ seks rambang (bukan poligami)serta tidak memakai kondom. Oleh itu untuk menghalang dari penyakit ini merfebak, dicadangkan berikan jarum penyuntik kepada mereka (supaya tidak berkongsi) dan juga kondom turut diberikan. Itu sahajalah rasanya alasannya. Oh cukup mudah bunyinya.

Andai kata selepas menerima dan menggunakan jarum dan kondom subsidi ini, mereka masih dijangkiti AIDS/HIV, rasanya mereka boleh mendakwa kerajaan. Kaya sakan peguam mereka rasanya. Jika bekalan jarum dan kondom tidak mencukupi atau kualitinya tidak menepati ISO, mereka juga berhak untuk meminta pampasan agaknya. Atau barangkali memang sudah ada orang yang bakal bergelar jutawan kerana dapat kontrak membekal jarum dan kondom?

Selepas jarum diberi, penagih ini perlulah mendapatkan dadah pula. Jika dadahnya sukar diperolehi, pihak berwajib rasanya patut pula membekalkan dadah kepada mereka. Jika tidak mungkin akan berlaku masalah sosial lain pulak. Fuh... tidak senang juga untuk menghalalkan benda haram ni ya?

AIDS/HIV ialah suatu penyakit dan Tuhan dah kata, setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati. Menyalahgunakan dadah adalah suatu kesalahan negara dan dicegah oleh ugama. Hubungan seks tanpa nikah (dengan satu pasangan atau pelbagai pasangan,dengan kondom atau tanpa kondom) mungkin tidak salah dalam hukum negara (jika tiada paksaan, suka sama suka, dll), namun ia tetap BERDOSA mengikut hukum ugama. Jadi adakah logik untuk menghalang AIDS/HIV aktiviti penggunaan dadah dan seks bebas begini digalakkan dan diiktiraf? Oh sungguh tak faham.

berita terkini
Sekarang besi kerap dicuri. Pagar besi, penutup longkang besi, hatta depan rumah sekalipun kerap dicuri. Nanti tentu ada cadangan untuk membekalkan 1kg besi sehari kepada pencuri besi supaya pencuri tidak susah-susah lagi nak mencuri dan penduduk juga tidak risau lagi besi mereka hilang.

Sunday, June 12, 2005

GIGI BIRU



setengah abad lalu
gigi emas suatu kegilaan
pakaian wanita dan lelaki
kini
gigi biru
menjadi kegilaan, khususnya remaja
namun
gigi biru di telinga
oh inilah tamparan teknologi


*gigibiru = bluetooth

model: Abedib
lokasi: Suria KLCC
kamera: Treo 650

Friday, June 10, 2005

BLOG ORANG

Aku malas nak menulis, nak membaca pulak (dapat ilham dari blog manmoncang):-








BLOG ORANG

































Wednesday, June 08, 2005

autobiografi MERENTAS LALUAN



SEMASA minggu lepas saya sempat menghabiskan sebuah buku berjudul MERENTAS LALUAN autobiografi Zaharah Nawawi, Pemenang SEA Write Award 1996.

Autobiografi bermakna riwayat hidup yang ditulis sendiri oleh pengarangnya. Ia berbeza dengan biografi yang bermakna riwayat hidup yang ditulis oleh orang lain.

Apabila membeli buku ini, saya berharap untuk mendapat sebuah 'autobiografi' seorang penulis yang menerima SEA Write Award dan menilai sebuah karya yang ditulis menggunakan dana dari DBP sebagai Karyawan Tamu untuk menulis dan menyiapkan bukunya.

Setelah habis membacanya, saya memperolehi beberapa kisah dan pengajaran berguna daripada buku ini. Namun saya berpendapat ia tidak menceritakan riwayat hidup yang sepatutnya diceritakan. Maksud saya ialah riwayat-riwayat hidup biasa seseorang yang mempunyai nilai untuk diketahui oleh pembaca, apatah lagi jika kisah tersebut ditulis menggunakan dana daripada wang rakyat. Ia adalah berbeza jika menulis riwayat hidup sendiri yang tidak menggunakan wang orang lain. Saya rasa buku ini lebih banyak meninggalkan tanda soal berbanding dengan jawapan mengenai sesebuah karya autobiografi. Saya juga faham bahawa penulis juga mempunyai privacy tersendiri yang tidak perlu diumumkan. Namun autobigrafi ini. Namun buku ini terlalu banyak menceritakan tentang cerita dongeng @ cerita rakyat yang diceritakan oleh ibunya berbanding dengan riwayat hidup sebenar penulis.

Penulis mungkin ingin mencari suatu kelainan dalam menulis autobiografi, namun bagi saya cara begitu belum tiba masanya lagi. Apabila saya bandingkan autobiografi oleh penulis lain, umpamanya Perjalanan Mencari Bahasa Abdullah Hassan (Edisi Khas Sasterawan Negara), ia namoak sangat terlalu berbeza. Abdullah Hassan memang menceritakan tentang riwayat hidup dalam segmen tertentu (mencari bahasa) dan rasanya ia memang bercerita dengan cara yang menarik tanpa meninggalkan tanda soal kepada pembacanya. Walaupun Abdullah Hussain seterusnya menulis beberapa buah autobiogtafi lagi dalam siri "perjalanan mencari"nya.

Dipendekkan cerita, autobiografi ini bukanlah merupakan riwayat hidup yang lengkap dari perspektif yang hendak diceritakan. Sebaliknya kisah-kisah here and there yang ingin ditulis dan disembunyikan oleh penulis.

nota: penulis menceritakan yang ia tidak suka dikritik dan saya ingin tegaskan ini bukanlah kritik, cuma ulasan setelah mengeluarkan RM23 untuk memilikinya :)

Tuesday, June 07, 2005

CINTAMU DI HATI



SAYA masih tidak berpeluang untuk bersenang-senang bagi menghabiskan novel CintaMu Di Hati karya Aida Adriani. Novel ini ialah pemberian Pak Wattan semasa kami bertemu di KarangKraf lama dulu.

Dalam satu sesi YM, Aida kata 'nampak sangat novel I tu hampeh', setelah diberitahu yang ianya masih belum habis dibaca. Bukan gitu Seri (sekaqli cakap Aida, sekali Seri, tapi ia adalah orang yang sama), tak ada masa, jika ada masa nanti dalam satu hari saja boleh habis tu'. Cumanya nak menantikan harinyalah yang susah sikit.

Semasa berjumpa dengan penulis novel ini di Pesta Buku di PWTC, Aida tulis begini dalam novelnya

"Buat MBA, apa nak tulis ekk?? BEST WISHES ............ :) seriadriani

Walau bagaimanapun pasangan saya telah khatamkan novel ini dan berikut adalah ulasannya dari kacamata seorang wanita bernama isteri:-

I: Macamana novel ni, bagus?

Dia: Macam-macam ada. Ada yang logik, ada yang tak logik. Ada yang tak puas hati. Bab-bab akhir tu nampak seolah-olah penulis tergopoh-gopoh nak tamatkan cerita. Walau bagaimanapun novel ini telah berjaya membuatkan I menangis.

I: Apa yang tak logik?

Dia: Alah, biasalah novel cinta. Kadang-kadang mungkin ianya betul berlaku, sebab cinta tu kan buta. I kata tak logik sebab I meletakkan Seri sebagai diri I. Tak mungkin I akan jadi macam Seri. Makan perasaan, tidak berterus terang, terlalu ingin menjaga perasaan orang lain. Ah.... itu semuanya tak logik bagi I, bukan watak I, walaupun ia tidak mustahil dalam dunia percintaan. Cuma yang agak tak logik sikit ialah bila Seri bergaduh besar dengan suaminya, akibat cemburu. Lepas tu kan, Seri boleh termengandung!. Tak logiklah buat gitu...

I: Itu biasalah, orang kena rogolpun boleh mengandung you....

Dia: Akhir kata, novel ini memang berjaya sebagai sebuah novel cinta. Cuma.... Ia tidak sesuai untuk U.

I: Mengapa?

Dia: Novel cinta memang tak sesuai untuk U. U bukan suka cerita cinta. U bukan cintan-cintan punya orang.

I: Senyum.(dalam hati) !@#$%$#@%^^&&*^%$#@@##$@!

Banyak juga ulasan dan komen mengenai novel CintaMu Di Hati yang boleh ditemui di Internet dan banyak juga star yang diperolehi dalam rating novel ini.

Monday, June 06, 2005

MERPATI




mencari arah

burung merpati
ranting tidak berdaun
mencari arah


jinak-jinak merpati

Membeli nangka dikebun jati
Dapat sekerat ditengah hari
Jangan disangka jinak merpati
Senang didekat ditangkap lari


*foto oleh Lynn

Sunday, June 05, 2005

BILA USTAZ KENCING BERLARI

guru kencing berdiri - murid kencing berlari
guru kencing berlari - murid jalan berbogel
ustaz kencing berdiri - guru kencing berlari - murid jalan berbogel
ustaz kencing berlari - guru lari berbogel - murid bunuh freshie

NAMPAK gayanya kat sekolah ugama tidak lagi selamat.
Ada penghuni asrama sekolah ugama didera malahan dibunuh
Ini semua kerja anak murid yang kurang akal.
Tapi khabarnya ada juga ustaz yang lebih dasyat lagi
Apabila ustaz yang diharap untuk memimpin murid pun berkelakuan duakalilima sahaja, apa lagi yang boleh diharap kepada murid?. Ustaz menghadapi tekanan hidup. Ustaz buat cerita palsu. Ustax buat laporan palsu. Ustaz cakap bohong.

siakap sinohong
ikan gelama ikan duri
bercakap bohong
ustaz patut kena gari.

Saturday, June 04, 2005

TEMPAT BERTEDUH




sejuk menggigil
payung kongsi berdua
senyum terukir


*Agaknya budak berdua ni berpayung kerana berlindung dari hujan atau panas?

SANJA MATSURI



bedak memutih
kimono warna warni
sanja matsuri


*sanja matsuri ialah salah satu dari tiga perayaan terbesar di Tokyo.

KUALA TERENGGANU



Ini barangkali haiku

ombak beralun
bot penambang di jeti
muara sungai


*Bot penambang ini sedang menanti pasenjeng untuk ke seberang takir, tambangnya samah sorang.

**pasenjeng = sebutan terengganu untuk passenger
***samah = 50 sen

Friday, June 03, 2005

DIPERANGKAP SEBELUM DITEMBAK



TIBA di rumah , saya menerima sepucuk berdaftar dari Dato' Gingkoi Seman Pancras. Faham-fahamlah kan! RM300 lah melayang bila nampak surat macam tu.

Memang masa balik kampung hari tu saya lupa daratan sebentar (ingat macam atas udara). Rasa-rasanya tak adalah laju sangat, tengok spedometer baru 160kmj, eh OK lagi tu memang boleh pergi lagi. Tapi bila tengok kereta lain pakat slow semuanya, ingatkan dia respek sama kita, rupa-rupanya ada perangkap (had laju) kat depan. Memang nampak kamera kat depan muka. Apa lagi, senyum ajalah sambil tekan brek bagi pos istimewa untuk ditembak kemera.

Nasib baik gak surat saman tu sebut limit had laju: 110, laju dikesan: 139.

Tapi kan, ada orang kata, kalau kita pecut 170kmj ke atas, memang kemera had laju tak dapat kesan. Betul ke begitu?. Siapa pernah cuba?. Jika betul, nak juga try sekali...

Bila saya cakap perkara ini kat wife, dia gelak saja. Sebabnya speedometer kereta dia maksima 160 saja. Memanglah kalau lebih dari itu tak kena perangkapo had laju sebab kereta tak berjalan katanya. Eh..eh yang mana satu betul ni?.

Thursday, June 02, 2005

BEKWAH

Sebutannya BEKWOH .... ejaan sebenar ialah BEKWAH. Mengikut Kamus Dewan, makna BEKWAH ialah KENDURI ARWAH.

Walau bagaimanapun biasa disebut BEKWAH sebagai KENDURI saja (apa2 kendurilah).

p.s yg saya buat hari tu memang kenduri arwah.

SEPANJANG PERJALANAN BALIK KAMPUNG

BEKWOH

KAMI sampai ke kampung agak awal. Masa makan tengaharipun belum tiba. Mak belum masak lagi sebab ingatkan kami sampai just in time kenduri nak diadakan. Tapi lauk-pauk untuk bekwoh telahpun siap untuk dimasak.

Maka kami suami-isteri buat pertama kalinya kenalah jadi tukang masak untuk bekwoh. Wow panasnya usah nak dikatalah. Terfikir juga dalam benak, mana adik beradik yang lain ni?. Mereka cuma akan datang untuk makan saja ke?.
Inilah lauk pertama yg kami masak.
Inilah hasilnya masakan kami utk bekwoh malam ni. Selepas lauk ini masak, kami masak air panas pulak. Bila air dah menggelegak, kami masukkan seguni beras (yang dah dibasuhlah) dalam kawah. Nasi belum lagi masak, hujan turun dengan lebatnya. Macamana nak buat?. Air hujan dah masuk dalam kuali. Nak angkat panas. Nak tutup takut nasi mentah. Akhirnya kami berpayung dalam hujan. Bukan tukang masak yang berpayung, tapi kami payungkan nasi dalam kawah. Inilah pengalaman pertama masak nasi kawah tengah hujan.


ANAK BONGSU
DAH penat memasak semalam, hari ni kami jalan-jalan ke Pantai Batu Buruk. Wow kat sini ada pesta pelancongan, ala-ala main pantai gitu. Patutlah kami yang kena memasak.
Si Bongsu ni dah jumpa motosikal. Terus dia nak bersunat. Abang-abang dia bersunat, tak dapatpun basikal, tapi dia demand nak motorsikal ni dan dia akan bersunat terus... wow anak bongsu aku ni.
Bila jumpa superman ultraman, dia lupakan pulak pasal motor. Tapi nasib baik dia diberitahu yang superman juga bersunat, jadi dia akan jejak langkah superman ultraman inilah.

Nota janggut: Bekwoh ialah kenduri

Wednesday, June 01, 2005

BUNGA KEMBANG PAGI

Kira-kira 5PM:

Jam 7AM:

Jam 8AM:

Dari Dekat:


Details kat http://mba2u.textamerica.com

Tuesday, May 31, 2005

KERJA 5 HARI SEMINGGU

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan sistem kerja lima hari seminggu di sektor awam serta mewujudkan semula elaun saraan hidup untuk kakitangannya yang berkhidmat di bandar besar. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam amanatnya sempena Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2005 di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Bukit Kiara, semalam. berita penuh


Saya pernah membuat entri mengenai perkara ini bertajuk Cuti Setiap Sabtu? April lalu. :)

Saturday, May 28, 2005

JOM BALIK KAMPUNG

SELAMAT menyambut cuti sekolah.

Jom balik kampung.
bawa isteri jumpa mertua
bawa anak jumpa tok
barangkali anak-anak dah lupa yang mana itik yang mana ayam
anak-anak juga pasti dah keliru mana kambing mana bebiri
isteri juga gerenti tak tahu bezakan antara pelanduk dan kancil
(kancil dengan rusa beroda empat depa tahu ler...)

jom balik kampung
bawa kereta jumpa tol
(jangan ler jumpa speed trap)

OK selamat bercuti.

WANTED

SAYA (kami) memerlukan perkara-perkara berikut. Jika sesiapa yang ada atau tahu di mana boleh diperolehi, janganlah segan-segan hubungi kami ya?.

1. MEMBERSHIP SYSTEM

Satu sistem pengurusan keahlian kelab/persatuan atau yang setaraf. Jika boleh dalam Open Source dan mesti Web-Based.

Di antara fungsi/sub-modul nya termasuklah:-

- Membership management
- Subscription renewal processing
- Membership ID Card
- Event booking
- Simple event cancellation
- Attendance & payment history
- Fees payment reminder
- Payment collection
- Enquiry follow-up
- Mail-merge features
- Email features
- Label printing
- Envelope printing
- Flexible operational reporting
- Management reporting
- Source contact analysis
- Club newsletter generation

Harga boleh dirunding. Free lagi bagus, tapi mana ada barang free dalam dunia ni

TUKANG RUMAH

YANG ini sebab nak renovate/extend rumah. Jika sesiapa ada kenal kontraktor atau tukang yang bagus (murah adalah kriteria penting) bagi kerja-kerja begini, silalah beri maklum ekk. Skop kerja dari lukis pelan, submit pelan sehinggalah buat renovation hingga selesai.

Lokasi rumah: Kajang

Friday, May 27, 2005

MOOD

SEMALAM tak ada mood nak menulis, jadi tak adalah tulisannya. Bahan untuk merapu berlambak, cuma mood saja yang tak ada. Hadis Melayu kata, biasanya 40 hari sebelum kematian seseorang, tanda-tanda kematian tu dah diketahuinya. Agaknya begitu jugalah agaknya dengan kematian sebuah blog kan?.

Hari sebelum semalam MBA pergi mengajar students mengenai Managing ICT Mega Projects. MBA saja tanya bebudak students ni, mana yang lebih bagus untuk diberikan projek, syarikat besar atau syarikat kecil?. Semua menjawab syarikat kecil.... Apa komen anda?. Ooooo teringat pulak, semalam depa tu ada test, skema markah masih belum hantar lagi (bila lagi nak buat ni?).

Semalam MBA pergi lunch dengan dua rakan Jepun yang bekerja di Malaysia dan seorang Jepun yang baru tiba dari Nagoya. MBA perlu tunggu tepat jam masa makan tengahari companynya, baru dia boleh keluar dan tepat habis waktu makan beliau terpaksa pergi. Bila ditanya mengapa begitu patuh sekali?. Rakan Jepun ni kata, "Bos saya tidak ada di pejabat, jadi saya mesti jaga pejabat. Jika bos ada, bolehlah saya keluar awal sikit dan balik lambat sedikit". Ohhhh gitu ke?. Saya pulak jawab, kami pula boleh keluar awal sikit dan pulang lambat sikit bila bos tak ada di pejabat, jika bos ada tak boleh. Rupa-rupanya kita ni berbeza sungguh ya?. Agaknya sebab itulah Jepun tidak boleh memahami Malaysia dan sebaliknya kan?.

Malam tadi MBA dinner @ BBQ dengan Jepun lagi. Sorang awek Jepun tanya, lelaki Melayu yang pakai songkok atau kopiah (dia kata hat lah), bagus tak? romantik tak? penyayang ke? dan banyak lagilah soklan-soklan seumpama itu. Hmmmm kalau bawak EP pergi rasanya, senang sikit EP nak terangkan.


p.s Bercakap pasal mood ni, teringat masa sekolah dulu. Ada seorang kawan cakap, semua orang tak ada mood, aku sorang saja sentiasa ada mood. (Nama dia ialah Che Mood). Entah ke mana dia sekarang, tak pernah jumpa lagi dengan Mood.



wassalam.

Wednesday, May 25, 2005

PANTUN MELAYU MODEN


Daripada pertuturannya, Pak Ungku jelas kecewa dengan sikap orang Melayu yang sudah mula melupakan pantun dan beralih kepada sajak moden.

“Ramai orang kini sangat tertarik dengan sajak moden, mereka tidak faham nilai pantun,” katanya.

Bagi Pak Ungku, mereka yang beralih kepada sajak sebenarnya sudah ketandusan idea.

"Sajak itu tunjukkan minda dia itu sudah... kalau nak katakan bankrap orang marah. Memang tidak begitu kreatif bagi saya. Orang lain mungkin tak setuju tetapi itu kebebasan mereka,” katanya.

Ditanya mengapa beliau terus memperjuangkan pantun ketika populariti seni kesusasteraan itu semakin tenggelam, Pak Ungku berkata ia sebagai cabaran berfikir.


Sumber : Petikan dari sembang sabtu Berita Harian 2 / 4 / 05
Profesor DiRaja Ungku Aziz

Berikut disertakan beberapa "pantun moden' yang dipetik sebahagiannya dari akhbar Mingguan Malaysia untuk 'membuka minda' semua:-

Timang tinggi-tinggi
Dapur tak berasap
Bila besar nanti
Duduk dalam lokap

Pisang emas dibawa berlayar
Tinggal sebiji di atas peti
Hutang emas tidak berbayar
Wang rakyat dibawa lari

Harap-harap padi seberang
Entah-entah tidak menjadi
Harap-harap kepada kawan
Kawan sendiri cabut lari

Nasi lemak buah bidara
Kerana selasih hamba lurutkan
Tinggallah emak tinggalkan saudara
Kerana pangkat anakanda turutkan

Indra Giri pasirnya lumat
Kerang bercampur dengan lokan
Bagaimana nabi kasihkan umat
Begitulah saya kasihkan gelaran

Apa guna hidup membujang
Tidur malam syok sendiri

Kiri jalan kanan pun jalan
Sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesanpun jangan
Sama-sama kepala batu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba kain kencana
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang saya papa kedana

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan tuan makan
Suruh mengundi haram tak mahu

Orang miskin teruk bekerja
Orang kaya duduklah saja

Datuk-datuk makin ramai
Malam-malam timang cucu

Bunga cina di atas batu
Daunnya dimakan siulat bulu
Orang muda melepas rindu
Orang tua menanggung malu

Tuesday, May 24, 2005

KEMENTERIAN KAYA RAYA



DULU semasa saya kerja di JKR, kawan-kawan gelarkan jabatan saya ini sebagai Jabatan Kaya Raya (JKR) dan saya sebagai Jejaka Kesukaan Ramai (JKR). Kementeriannya pula adalah Kementerian Kaya Raya (KKR). Namun istilah paling umum yang didengari pada masa tersebut mengenai JKR ialah Jangan Kerja Rajin. Hinggalah JKR menukar moronya kepada Jasa Kepada Rakyat (JKR).

Pada kebiasaannya setiap jabatan atau kementerian ada mempunyai kereta sendiri. Perdana biasanya untuk pengarah dan ketua organisasi. Saga atau Wira adalah untuk kegunaan umum jabatan. Bagi jabatan-jabatan tertentu pula, ia mungkin mempunyai kenderaan pacuan empat roda seperti Pajero atau Prado atau yang sekelas dengannya. Ada juga yang mempunyai van atau MPV. Bagi kementerian-kementerian tertentu pula ia mungkin mempunyai bas sendiri. Pelbagai kategori kenderaan ini adalah berbeza-beza mengikut fungsi jabatan atau kementerian tersebut.

Minggu lepas saya melihat ada satu LRT Putra yang berwarna dan berlogo sebuah kementerian. Semalam saya naik LRT dan kebetulan menaiki LRT yang dimaksudkan. Wah! cuba bayangkan sebuah kementerian yang mempunyai LRT sendiri!. Walaupun ia hanyalah sekadar membeli ruang iklan cat badan pada sebuah LRT, namun ia telah berjaya memperkenalkan sebuah kementerian kepada seluruh masyarakat (kota). Bukankah gah bagi sesebuah kementerian mempunyai LRT sendiri?. Nampak gayanya jika kementerian lain ingin 'berlawan' dengan kementerian ini, terpaksalah merisik kepada MAS atau AirAsia pula agaknya!.

Tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Warna korporat kementerian ini ialah ungu. Ternampak ungu, terbayang kementerian ini. Bolehkah anda kaitkan warna lain dengan kementerian lain?.

Monday, May 23, 2005

IKLAN PETRONAS

Iklan Petronas "Bayar Dengan Kad Kredit Di Pam". Hanya dengan petronas. Maknanya syarikat minyak lain tidak boleh bayar dengan kad kredit di pam (kena hulur kad pada juruwang). Adakah benar begitu? (Tak tahu sebab memang gunakan Petronas).

Sudah dua kali berturut-turut saya gunakan kad kredit EON Bank di pam Petronas dan kedua-dua kalinya ditolak (dengan penuh sopan santun) oleh mesin. Kemudian saya hulur kad Maybank pulak, elok saja dia terima (dengan senyuman kot). Pokoknya saya tidak akan potong kad kredit dari EON Bank kerana ia adalah percuma, tanpa yuran tahunan sebagaimana kad kredit lain. Pengguna kad hanya perlu gunakan kad (sebarang amaun) sebanyak 12 setahun bagi kad klasik dan 24 kali setahun bagi kad emas. Macamana nak guna 24 kali setahun? Kaedah yang paling senang ialah di pam minyak. Jika dua kali sebulan isi minyak, setahun memang cukuplah 24 kali penggunaannya dan dapatlah semalatkan RM195 yuran kad emas. Tapi jika asyik kenan tendang saja ni terpaksalah gunakan untuk aktiviti lain pulak nampaknya.

Sunday, May 22, 2005

IBM THINKPAD R50e



THINKPAD R50e

Intel Celeron M Processor 340
(512KB cache, 1.5GHz, 400MHz)
Intel PRO wireloess/Network 802.11 b/g
Intel 855GM Chipset

MS Windows XP Home
256MB DDR SDRAM
40GB HDD & Combo Drive
15.1" XGA TFT Display, Weight 2.7kg
1 Year Limited Warranty (international)

NavCode 1834HA2
EXPRESS MODEL PROCED AT:

RM2,999*
* Option to buy 256MB Memory Key @ RM38

**Ini bukan untuk dijual, cuma rujukan untuk MBA rujuk semula. Sebabnya ia adalah MURAH yang teramat sangat. Notebook yang paling murah macam Dell pun kalah. Jenama-jenama clone lainpun kalah.

Mengapa dia murah?. Entahlah (bukankah IBM = INi Barang Murah?). Tapi sebenarnya ThinkPad ini tidak lagi menggunakan jenama IBM, selepas ia dijual kepada syarikat Lenovo dari China.

Saturday, May 21, 2005

TIGA

PAK LAH kata "Perkasakan diri dengan 3K"
Apakah dia 3K?

1. Kepimpinan

2. Kemahiran

3. Keusahawanan

CELCOM kata 3G.
Apakah dia 3G?
3G ialah spesifikasi generasi ketiga bagi teknologi komunikasi mobil. (1G ialah analog, 2G ialah GSM. Ada orang kata 2.5G ialah GPRS dan 2.75G ialah EDGE. Hai macam-macam.

Denga 3G ini pengguna boleh menikmati komunikasi dengan lebih laju (bolehlah gunakan video dan yang setaraf dengannya). Sebenarnya tak ada apa sangat dengan 3G tu.

Perkara KETIGA mengenai TIGA ialah sesuatu yang tidak boleh dibincangkan di sini.

Friday, May 20, 2005

TOKOH-TOKOH ICT NEGARA MALAYSIA

SEKUMPULAN 21 tokoh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara dianugerahkan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) sebagai tokoh ICT tempatan untuk menghargai jasa mereka dalam mengembangkan industri ICT negara.

Pengerusi Pikom, Harres Tan, berkata usaha ini untuk menghargai sumbangan mereka dalam industri ICT sehingga memberi kesan besar terhadap perkembangan industri berkenaan.

“Pengiktirafan ini adalah penghargaan Pikom terhadap mereka yang sudah menyumbang banyak tenaga serta pengalaman terhadap industri ICT tempatan.

Mereka ialah:-


1. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jaring, Dr Mohamed Awang Lah
2. Pengarah Urusan Mesiniaga Berhad, Wan Mohamed Fusil
3. Presiden HeiTech Padu, Safiee Mohammad.
4. Pengarah Urusan NsionCom Holdings Berhad, Datuk Chee Kok Wing;
5. Pengarah Urusan FSBM Holdings, Datuk Tan Hock San;
6. Pengarah Urusan Silverlake Solution Centre, Bob Bernsten;
7. Ketua Pegawai Operasi Datascan Berhad, C J Ang;
8. Pengarah Urusan JSP Consulting Sdn Bhd, Ang Kim Jhew.
9. Pengarah Urusan Cisco Systems Malaysia, Kumaran Singaram;
10.Pengarah Eksekutif VADS sdn Bhd, Dennis Koh;
11.Pengarah Urusan Sun Microsystems Malaysia, Cheam Tat Inn;
12.CEO Go Voice Sdn Bhd, Thong Teck Yoong
13.Pengarah Urusan Negara, Accenture Sdn Bhd, Lim Beng Choon.
14.CEO Globalweb Sdn Bhd, Charles Too;
15.Pengarah Urusan Pentasoft Malaysia, K Kuppusamy;
16.CEO Basis Bay Group, Praba Thiagarajah;
17.Presiden dan CEO Siemens Malaysia, Rainer Althoff;
18.CEO Hewitt Associates, Thomas Alan Parker;
19.CEO The Media Shoppe, Christopher Chan;
20.Pengurus Kanan IT HSBC, Chu Hong Keong dan
21.Pengarah Urusan CSA Malaysia, Chuah Tai Eu.

Dari senarai "Tokoh ICT" ini didapati:-
1. SEMUA tokoh adalah dari sektor swasta, adakah bermakna tiada tokoh dari sektor awam?
2. RASANYA semua tokoh adalah mewakili syarikat yang menjadi ahli PIKIM (kecuali jaring, kot). Adakah lebih tepat jika dikatakan yang ia adalah Tokoh ICT PIKOM?
3. Apakah jasa sesetengah dari mereka kepada ICT negara?.

entahlah labu.

Thursday, May 19, 2005

DOMPET



INI adalah gambar dompet. Orang sekarang panggil wallet. Orang dulu panggil beg duit.
Dompet mungkin merupakan salah satu cenderahati atau ole-ole yang biasa dan sesuai dibeli oleh atau untuk lelaki. Selain dari dompet apa lagi agaknya?.

Jadi pada suatu masa di musim yang lalu, saya belilah sebuah dompet kulit untuk dihadiahkan kepada seorang pakcik di negara asing yang datang bertandang. Pakcik ini beriya-iya sangat menolak pemberian saya dengan pelbagai alasan yang saya tidak mahu terima.

Akhirnya dia beritahu yang dompet yang dijual kat Malaysia ini tidak sesuai dipakai di negaranya. Sebabnya?. Duit di negaranya bersaiz panjang dan memang tak muat untuk dimasukkan ke dalam dompet jika tidak dilipat. Oleh itu susah pakai dompet begitu.

Sejak dari hari itu baru saya sedar bahawasanya saiz duit (bukan hanya harga duit) adalah berbeza dari satu negara ke satu negara. Hingakan saiz dompet juga perlu berbeza.

Mengapa tidak boleh diseragamkan saja saiz duit?.

Wednesday, May 18, 2005

BERITA YANG TIDAK BOLEH DIBERITAKAN

BERIKUT adalah di antara beberapa berita yang tidak boleh diberitakan, samada melalui media cetak mahupun media elektronik. Alasannya? Ditakuti membawa kesan negatif kepada pembaca, penonton atau pembacanya:-

1.Nahas Maut: Penduduk Hilang Sabar, Adakan Demonstrasi


2. Spekulasi Pengganti YAB Menteri Besar Kedah


3. Cerita/berita pembunuhan/rogol/samun/ganster dan yang seumpama dengannya.