Labels

Tuesday, May 24, 2005

KEMENTERIAN KAYA RAYA



DULU semasa saya kerja di JKR, kawan-kawan gelarkan jabatan saya ini sebagai Jabatan Kaya Raya (JKR) dan saya sebagai Jejaka Kesukaan Ramai (JKR). Kementeriannya pula adalah Kementerian Kaya Raya (KKR). Namun istilah paling umum yang didengari pada masa tersebut mengenai JKR ialah Jangan Kerja Rajin. Hinggalah JKR menukar moronya kepada Jasa Kepada Rakyat (JKR).

Pada kebiasaannya setiap jabatan atau kementerian ada mempunyai kereta sendiri. Perdana biasanya untuk pengarah dan ketua organisasi. Saga atau Wira adalah untuk kegunaan umum jabatan. Bagi jabatan-jabatan tertentu pula, ia mungkin mempunyai kenderaan pacuan empat roda seperti Pajero atau Prado atau yang sekelas dengannya. Ada juga yang mempunyai van atau MPV. Bagi kementerian-kementerian tertentu pula ia mungkin mempunyai bas sendiri. Pelbagai kategori kenderaan ini adalah berbeza-beza mengikut fungsi jabatan atau kementerian tersebut.

Minggu lepas saya melihat ada satu LRT Putra yang berwarna dan berlogo sebuah kementerian. Semalam saya naik LRT dan kebetulan menaiki LRT yang dimaksudkan. Wah! cuba bayangkan sebuah kementerian yang mempunyai LRT sendiri!. Walaupun ia hanyalah sekadar membeli ruang iklan cat badan pada sebuah LRT, namun ia telah berjaya memperkenalkan sebuah kementerian kepada seluruh masyarakat (kota). Bukankah gah bagi sesebuah kementerian mempunyai LRT sendiri?. Nampak gayanya jika kementerian lain ingin 'berlawan' dengan kementerian ini, terpaksalah merisik kepada MAS atau AirAsia pula agaknya!.

Tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Warna korporat kementerian ini ialah ungu. Ternampak ungu, terbayang kementerian ini. Bolehkah anda kaitkan warna lain dengan kementerian lain?.

No comments: